13 October 2019

Refresh

October 13, 2019 0 Comments
Berhabuk sudah bak kata orang, blog yang satu ni. In fact, amma has few secret blog just to jot down my diary as a wife, as a mother, and my love to dakwah 😂. Tak terkejar rasanya dengan dunia yang serba laju ni, nak banding dengan zaman blogger dulu. Tak terbaca semua update teman, keluarga yang berkembang, sanak saudara, dan jari jemari si kecik Nuha yang laju menekan keyboard while I'm typinggg. 😑



Sekilas pandang, melihat kelibat beberapa akhawat yg jarang-jarang terlihat, yang struggle dengan kerjaya, moga Allah mudahkan urusan dia.

Media sosial hari ini sangat menguji iman dan kesabaran, tangan lancang menulis tanpa memikir panjang impak negatif penulisan pendek hasil dari inovasi status update Facebook, WhatsApp, Twitter yang dengan mudah mengepos apa yg ada dalam minda, yang baru sahaja ada dalam minda sesaat yang lalu. Idea2 yang belum ditapis, diedit, direfleksi, adakah perlu ditulis atau tidak. Dan amma turut jadi mangsa ketidakwarasan dalam menulis. Kerana semua orang mampu menulis pada masa kini, dan dibaca oleh ramai orang, kerana medium2 social media yang sangat memudahkan semua orang untuk meluahkan perasaan dan buah fikiran, tanpa perlu editor surat khabar dan majalah. Sensitiviti dan kewarasan manusia sangat mudah hilang, in a blink.

And I'll huff, and I'll puff

Menarik nafas panjang. Istighfar.
Dan kembali ke dunia blogger. Di mana kewarasan kembali menguasai. 

Kau edit, kau baca, kau simpan as draft. 

Esok kau baca lagi, kau edit lagi, edit emosi semalam, edit penulisan semalam, edit segala yang tidak waras. Berapa banyak topik pun kau mahu luah, kau tulis lah. 

Kemudian, simpan.

Muhasabah semula, perlu ke tulis ni?

and I'll blow blow blow.
Melepaskan nafas lelah.

Teringat masa di Mesir, masa kami diinterview ringkas oleh pegawai WAMY (rasanya untuk sumbangan baucer), Akhi tersebut bertanya dalam bahasa Arab, "Kamu ada blog?" " Blog peribadi ataupun untuk dakwah?" Dan kami menjawab, kedua2nya.

Mari, refresh semula keberadaan kita di muka bumi ini. Keberadaan kita di media sosial ini. Mengapa kita buka akaun itu dan ini, dan di mana Allah dalam setiap keputusan kita.

Bak kata kak Teha, 

#resustillrevert
Bismillah.