19 June 2015

Ramadhan Day 1

I decided to start writing. Just write. :) 

1 Ramadhan bermula dengan masuknya waktu Maghrib 17 Jun 2015. Tak perlu kelam kabut untuk iftar, sebab tak puasa pun. Just makan apa nak makan untuk dinner dengan lebih awal, then prepare untuk solat maghrib. Around 8pm, aku, Kuya dan Yana bertolak ke Masjid Nurul Iman, Rawang. Kuya yang beria nak ke sana, kerana biah masjid tu yang best. Rapatkan saf, dan xde makcik menyembang2.

Sampai2 je sana, cari port. Then aku tengok Kuya dah standby solat tahiyyatul masjid. Aku follow. Then Kuya cari Quran untuk tilawah, aku follow. Dalam hati aku, bagus jugak ada adik akhawat ni(ikut usrah), dia reminder kita indirectly apa yg kita patut buat. Bukan mustawa mana kita berada yg menentukan itqan kita beramal soleh, tapi atas diri kita sendiri sebenarnya yg menentukan. 

Sempat aku habiskan half juz, jurus ikan Paus, sebelum azan Isyak berkumandang. Then pihak masjid bagi taklimat ringkas semua program sepanjang Ramadhan, zakat fitrah dan harga semasa (RM 7.00). Imam Tarawih tahun ni para huffaz alQuran. Style dorg, baca surah bukan lazim, tapi baca 4-5 ayat sahaja. Takde la jamaah asyik dengar surah juz 30 je huhu.. Malam tu, imam baca sebahagian surah Anfal. So antara ayat2 sentap ialah, orang yang beriman tu, bila dibacakan ayat2 Allah, bergetar hati mereka. Huuuuuu... Muhasabah sendiri.

Lepas witir, terus pulang. Xjoin tazkirah n moreh pun.

Sahur esoknya, bangun awal. 4am dh bangun sbb nk makan ubat. Then sempat mandi, qiam, then tolg mama prepare sahur. Lepas subuh, take time review planner, tertido jap, then sambung. Lepas zohor jurus Paus lagi sampai habis juz 1. Lepas asar dh start memasak2. Kepenatan memasak. Goreng sukun je ngn bubur nasi tapi sbb take time, jd penat pulak.

2nd Ramadhan, sambung esok :D


No comments: