22 May 2014

terbang

Langit asar
masih agak terik
namun tidak bahang

aku menjengah bumbung rumahku
melihat langit petang
dan tangan pun bekerja

mata terkilas pada sang burung
sekawan burung hitam yang bebas
terbang menghias kepulan awan
dan langit biru

indahnya menjadi burung
bisa terbang bebas
berlingkar bernyanyi menikmati udara lembut
tidak perlu mengangkat kain di jemuran

ah

barangkali burung pula berfikir
indahnya menjadi manusia
mempunyai pelbagai pakaian dan bergaya
tidaklah bosan dengan bulu yang sama

ah

karut

burung tahu tujuan kejadiannya
nyanyiannya adalah tasbih merdu
memuji Tuhan
ia tiada akal seperti aku
mana mungkin burung berfikir tentang fesyen

Subhanallah, 
berbutir keluar dari mulut hina ini

tangan sudah selesai bekerja
dan aku turun 
ke syurga dunia ku

duhai hati
bebaskanlah cengkaman si gelap
terbanglah tinggi bersama cita-cita
usah murung
usah duka
aku merindui hatimu yang dahulu
sembuhlah
wahai hati



1 comment:

Anonymous said...

Go em!