Listen

11:27 PM أمانينا 0 Comments

Apa guna sang kumbang tiada telinga
Sedang bunga suka bercerita.

Terkadang pada pandangan kita
Itu remeh
Sedang pada pandangan dia
Itu serius.

Bersangka baik lah selalu
Agar lidah tiada seteru

Si buta pun lebih mahir mendengar
Dari si celik yang kurang deria

Tidak membaca
Tiada berilmu
Pincang rencana
Sakit beribu

Dengarlah kumbang dengarlah cerita
Cerita bisu sekuntum bunga.

-tadabur alam-

0 comments:

terbang

8:14 PM أمانينا 1 Comments

Langit asar
masih agak terik
namun tidak bahang

aku menjengah bumbung rumahku
melihat langit petang
dan tangan pun bekerja

mata terkilas pada sang burung
sekawan burung hitam yang bebas
terbang menghias kepulan awan
dan langit biru

indahnya menjadi burung
bisa terbang bebas
berlingkar bernyanyi menikmati udara lembut
tidak perlu mengangkat kain di jemuran

ah

barangkali burung pula berfikir
indahnya menjadi manusia
mempunyai pelbagai pakaian dan bergaya
tidaklah bosan dengan bulu yang sama

ah

karut

burung tahu tujuan kejadiannya
nyanyiannya adalah tasbih merdu
memuji Tuhan
ia tiada akal seperti aku
mana mungkin burung berfikir tentang fesyen

Subhanallah, 
berbutir keluar dari mulut hina ini

tangan sudah selesai bekerja
dan aku turun 
ke syurga dunia ku

duhai hati
bebaskanlah cengkaman si gelap
terbanglah tinggi bersama cita-cita
usah murung
usah duka
aku merindui hatimu yang dahulu
sembuhlah
wahai hati



1 comments:

Isu

7:47 PM أمانينا 0 Comments


To think about it again, kenapa org dulu, sebelum merdeka Tanah Melayu, melaung2kan Melayu. 
Simply, the only Muslims there in Tanah Melayu was Melayu. 
But not now. 

We have Muslims from Chinese, Indians, and bangsa2 minor yang lain. To shout Islam with Melayu, this is not Islam.

Doing some reading on fb, fb jumping stalking, found many interesting answers to such issues. Well answered, and well debated back.

End up, u know this wont stop. Tak kan ada hujah yang mematikan hujah yang lain, manusia sememangnya suka berdebat dan menyalahkan.

When some say they shouldnt generalised on all chinese, then others replied it's not all chinese but only DAP.
Then why at the first place u just dont say you meant DAP and keep quoting chinese chinese =.=

Perdebatan takkan berakhir walaupun jemaah keluar statement paling agung sekalipun. Jemaah dh buat stand umum,bole baca kt website.

Plus we can read bloggers from ikhwah akhawat, menerangkan isu2 ni dengan sejahtera sekali. Only if u r lucky and rajin enough to find and search them.

Melayu adalah bukan org Islam before kedatangan pedagang Arab ke Melaka. Should we quoted it up till now?

See..this wont end. 

Thats why jemaah just say it once, because we have a lot of things to do. Memperkukuhkan Islam dalam diri umat Islam dan menyampaikan Islam kepada non-Muslim. 
Kita takkan jadi UA kerana sibuk memperjuangkan nasionalisme kita.

Berapa banyak bangsa yang musnah kerana memperjuangkan kebangsaan mereka.
Bila Arab memperjuangkan bangsa Arab, kerana tidak mahu tunduk dengan khilafah Uthmaniyah. Bangsa Turki.

Nice reading kt blog pakcik Jalan Juang.

They said the truth, but should you take it as ur principe to defend on and fight for? Nope. Itu bukan perjuangan kita.

Gtg.

0 comments:

Lost

3:11 PM أمانينا 0 Comments

Feel like losing my track. Losing, fearing, hating medical profession when seeing video Budak Baru. Tahu je bende tu. Im seeing it when i did posting in Hosp Selayang. (Hosp Slim River have healthy surrounding but sadly they dont have HOs there) It hurts when seeing such dedicated doctors had become a clown of medical practitioner. Jadi robot, repeating skeptical cycle, generation to generation.
Mmg menyakitkan hati. Feel like dont want to get there. With such nurses and colleagues.
But thinking of it again, when this kind of profession is deteriorating in ethics, should i let unqualified person to get in to and become the majority? What a waste of me if i’m letting such thing. Egypt’s graduate are big community, at least 70% of them have good religious ethics and knowledge. Thanks to Egypt itself and the bi’ah there. You know halal haram. You know when you cheat patient’s creatinine reading, Allah knows and there’s go Ihsan in work.
ponder of it again and again.
I know I haven’t face such kind of people in dakwah yet. Sebab xcukup extreme utk berani jumpa org2 mcm tu. Perli. Condemn. Boast people. Usually just avoid and get away from such people.
Really need some critical conversation with kaki fikir like she and she for now.
Get back to track please.

0 comments:

Di mana

12:41 AM أمانينا 0 Comments


Bila dia menjadi kecintaan kita yang terutama, siang malam kita memikirkannya. Mimpi kita penuh dengan gambarannya, jaga kita dikejut olehnya, makan kita terkenang padanya, telefon kita menunggu-nunggu panggilannya, akal kita penuh dan tersibuk dengannya, bila kita cinta dia.

Kata ukhti, biar dakwah menjadi kecintaan kita.

Tidur kita bermimpikan dakwah, jaga kita bergegas menyahut seruan dakwah, makan kita tidak bermewah, telefon kita penuh dengan jemputan seruan kerja dakwah, akal kita syaghal dengan dakwah, bila kita cinta dakwah.

Tertampar aku di situ, bila tersedar, kecintaan ku pada saat ini, sangat berkitar mengeliling kekasih baru yang Allah pasangkan denganku. Siang malamku memikirkan dia. Itulah nikmat yang harus disyukuri. Namun aku bertanya kepada diriku, di mana kedudukan cintaku pada dakwah? Sehangat cintaku pada suamiku, atau bagaimana?

Di mana dakwah?
Di mana dakwah?
Di mana dakwah?

.


0 comments:

Kecewa

3:44 PM أمانينا 0 Comments

Kecewa adalah perasaan yang manusiawi. Tetapi ia harus diperlakukan
dengan cara yang tepat agar ia tidak menggelincirkan kita ke jurang kenistaan
yang sangat gelap.

Rasulullah s.a.w mengajarkan, "Ada tiga perkara dimana tidak seorang pun
yang dapat terlepas darinya, iaitu prasangka, rasa sial dan dengki. Dan aku akan
memberikan jalan keluar bagimu dari semua itu, iaitu apabila timbul pada dirimu
prasangka, janganlah dinyatakan, dan bila timbul di hatimu rasa kecewa, jangan cepat
dienyahkan, dan bila timbul di hatimu dengki, janganlah diperturutkan."

Kekecewaan memang pahit. Orang sering tidak tahan menanggung rasa
kecewa. Mereka berusaha membuang jauh-jauh sumber kekecewaaan. Mereka
berusaha memendam dalam-dalam atau segera menutupi rapat-rapat dengan
menjauh dari sumber kekecewaan. Mereka menekan rasa kecewanya. Repress,
istilah psikologinya. Sekilas tampak tak ada masalah, tetapi setiap saat berada
dalam kondisi rawan. Perasaan itu mudah bangkit lagi dengan rasa sakir
yang lebih perih. Dan yang demikian ini tidak dikehendaki Islam.

Islam menghendaki kekecewaan itu menghilang pelan-pelan secara
wajar, sehingga kita boleh mengambil jarak dari sumber kekecewaan sehingga
tidak kehilangan obyektivitas(objectivity) dan kejernihan hati. Kalau kita boleh
mengambil jarak, kita tidak lingsem, terjatuh dalam subyektivisme yang tajam.
Kita menjadi lebih tegar, meskipun proses yang diperlukan untuk menghapus
kekecewaan lebih lama daripada merepress.

Kalau Anda ternyata mengalami rasa kecewa, periksalah niat-niat Anda.
Di balik yang Anda anggap baik, mungkin ada niat-niat yang tidak lurus.
Periksalah motif-motif yang melintas-lintas dalam batin Anda selama
peminangan hingga saat-saat menunggu jawapan. Kemudian biarkan hati Anda
berproses secara wajar sampai menemukan kembali ketenangannya secara
mantap.

(Kupinang Dikau dengan Hamdalah)

0 comments: