29 June 2013

Terpaksa

4:40 PM 0 Comments
Memang
Memang susah pun nak buat benda yang kita tak nak buat.
Walaupun benda tu baik.
Tapi, sebab ada tuntutan dan keperluan untuk kita buat, maka dipaksakan juga.
Ada extra award di situ, kerana kita mujahadah untuk buat benda yang kita tak suka.

Memang
Memang senang pun nak buat benda yang kita suka.
Walaupun benda itu tak baik untuk kita.
Tapi, sebab nafsu menggila dan keras kepala, maka diendahkan juga segala ancaman azab.
Tiada extra azab di situ, jika satu ditulis satu. Jika dua ditulis dua. Sangat precise dan adil.

Sebab itu
Neraca baik buruk sesuatu benda,
Terletak pada definisi yang Allah sudah letakkan.
Dia Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita.

Bukan ikut definisi kita. Yang suka itu baik, yang tak suka itu tak baik.
Ikut kepala sendiri, tak selamanya baik.

Di hujung keterpaksaan, mari belajar erti hidup kerana Allah, bukan kerana diri sendiri.
Ibadah solat juga bermula dengan keterpaksaan, yang lama-lama dipupuk agar mencapai tahapan ikhlas, khusyuk, dan ihsan.

Belajarlah dari solat, bila kita merasa kita terpaksa.

28 June 2013

Senjata orang mukmin

2:21 PM 0 Comments
Dulu, aku hafal..untuk exam PSRA masa darjah 6..
Kepentingan doa, antaranya, senjata orang mukmin. Hafal sahajalah, tapi tak pernah beriman dan faham pun dengan statement tu..

Sampai lah bila meningkat dewasa, dan mula mengenali Islam, melihat orang2 mukmin yang benar di hadapan mata sendiri..
Memang benarlah, doa itu senjata.

Sebelum ni, mungkin ada persepsi, orang2 yang berdoa sahaja ni, lemahnya.
Seolah2 sudah xde cara lain selain berdoa.

Hakikatnya tidak.

Doa itu lah pedang mereka.
Doa itu lah anak panah dan busur mereka.
Doa itu lah baju besi mereka.
Doa itu lah tombak mereka.
Doa itu lah meriam mereka.
Doa itu lah riffle mereka.

Power nya doa, hanya dirasai orang2 yang beriman dengan Allah. Beriman yang doa itu, betul2 senjata mereka, menggantikan segala kelengkapan perang yang tidak digunakan. Menggantikan segala perisai dan kubu yang ada.

Doa bukan sebarang doa. 
Doa sepenuh hati, hingga mengalir deras air mata mereka, 
doa yang khusus, khusyuk, 
penuh dengan pujian2 terhadap kebesaran Allah, 
dan permintaan2 yang benar kerana agama Allah, bukan kerana kepentingan peribadi, 
doa yang penuh harapan.

Ya Rabb, makbulkanlah doa orang2 mukmin seluruhnya..

Pray for Egypt, pray for Islam.


26 June 2013

Putih

12:03 AM 1 Comments
I want it turn white.
Haha, but of course, it is nearly impossible,
as you have a lot of colors to fight with.
All other colors also want to show their beauty on this special day.






The only time i can wear all white


For sure

Is when I die.





.......

Keep going on, fight to be good.

(Deep breath)

25 June 2013

Nak apa sebenarnya

3:29 AM 0 Comments
I don't prefer people condemning their ownselves too much in public.

Bukan tak boleh merintih, tapi jiwa yang terpancar semakin lemah dengan kata-kata yang dituliskan di muka buku, menjadi doa mata-mata yang membaca.

Jiwa, semakin lemah, melemah dan melemahkan. 

Bukan pengakuan hina yang diperlukan, tapi aksi menebus dosa yang diperlukan.
Bukan sekadar update status.

Sekali dua tidak mengapa lagi. Tapi bila terlalu kerap dan berterusan begitu, mata yang membaca pun jadi geram dan mual.

Pengakuan menghinakan diri dan kelemahan diri, hanya depan Allah. 
Menangis lah, hina lah diri sepuasnya bila berdua. Bukan di khalayak.

Kalau sebaliknya, 
Di khalayak menghinakan diri, sedang bila berdua, tidak rasa apa2,
apa yang kau nak sebenarnya??

Perhatian manusia??

21 June 2013

Taat versi ini

2:26 AM 0 Comments
"Perkahwinan tak sepatutnya menjauhkan kau dari dakwah. 
Perkahwinan sepatutnya meningkatkan ketaatan kau pada Allah. 
Kalau selama ni kau berusrah, buat dakwah, tapi lepas kahwin kau tinggalkan, maka ke mana perkahwinan yang Allah nak tu dah bawa kau? 
Allah tak suruh kau tinggalkan ketaatan. 
Usrah dan dakwah tu tanda ketaatan kau pada Allah, yang kau dah lazimi sebelum engkau kahwin lagi.
Jadi kalau suami kau minta kau tinggalkan usrah dan dakwah, tak patut kau rela begitu sahaja."

UB

Daurah bm
Sayeda Zainab, 2012

11 June 2013

GMJ

9:58 PM 0 Comments
Sebelum berarak..

"Infiru khifafan wa tsiqaalan...!" Pak imam berkhutbah di tengah kepanasan Masjid Rab'atul Adawiyah
Gulp, kami pandang sesama kami, ni ayat dalam QD ni..
"Kita tak ada harta yg banyak, moga harakah kita hari ini, moga maseerah (marching) kita ni, Allah kira.."


Sedang berarak..

"Kalau umrah, macam ni sesak nye? (Sedang berjalan, berarak)
"Aah, lebih kurang cmni lah.."
"Macam mana orang boleh jalan, tapi tak nampak apa2. 
I mean, macam mana mana kita nk tahu kita dah sampai hujung ke belum?"
"Oh, kalau safa marwa tu, nnt dh nak sampai hujung, ada lampu tanda, dia kelip2.. Yg lelaki sunat berlari2 anak kan.. "
"Ooo..."

"Kalau orang tanya, kita dapat apa dari GMJ ni, kau nak jawab apa?
Takkan kita nak cakap dapat panas dan penat je?"

--Perah otak--

Chanting

Khaibar khaibar ya Yahuud!!
Jaisyu Muhammad bada'a ya'uud!! (Tentera Muhammad sudah mula kembali!!)

Di dataran istad(stadium)

"Ada 3 Marhalah yang Salahuddin Al-Ayyubi dan Saifuddin Qutuz buat untuk bebaskan Al-Quds.
1. Tarbiyah Imaniyah 'amiqah
2. Cintakan alQuds, pertahankannya, berkorban untuknya.
3. Kuatkan negara Mesir dan Suria (Syria), dan bebaskan Palestin.
Syria perlu dibebaskan, untuk membebaskan alQuds!!"

Masa makan di Restoran Nil, Hayyu Sabe'

"Tadi ada seorang pakcik ni, dia ngn anak dia..kecik lagi..dia tanya ana, kenapa kamu join maseerah ni?"
"Ana pun explaining la, alQuds tu bla3, isu umat Islam,bukan org Mesir je, etc3.."
"Pastu dia pandang anak dia, dia cakap, "kau faham kan sekarang?"..pastu anak dia angguk2.."
"Dasyat betul ikhwan sini tarbiyah anak.. Sampai sesimple berarak ni pun, dia bawak anak dia dan ada tarbiyah yang dia nak terapkan.."


Banyak lagi sebenarnya, kalau korek dari akhawat lain apa yg mereka dapat, macam2 cerita ada.


"Moga akan lahir para Salahuddin,
Moga akan lahir para Saifuddin Qutuz,
Daripada Mesir!!"

-Aminn..-

Topi kertas free, dapat sebelum solat Jumaat.




02 June 2013

Tobat

2:34 AM 0 Comments
Kenapa kena minta ampun ngn Allah setiap malam?

Sebab kita akan lupa untuk taubat dosa hari ini punya, ditambah pula dengan hari esok dan tulat. Kita takkan ingat, kalau hari2 kita tak muhasabah diri untuk sepanjang hari itu.

Allah tak lupa dosa kita yang kita dah lupa. Allah tak tidur.
Kita yang tidur tiap2 malam. Kita yang lupa.

Mana yang kita ingat, dosa hari ini, minta maaf cepat2. Sebelum terlupa esok.

Nabi pesan,
" Jika engkau berada di petang hari, maka janganlah engkau menunggu hingga pagi hari.
Dan jika engkau berada di pagi hari, mak janganlah engkau menunggu hingga petang hari."

Jangan tunggu. Jangan tangguh.
Nanti lupa. Nanti terlambat. Nanti dah mati, baru nak menyesal.

01 June 2013

Musim bunga

2:02 PM 0 Comments
bunga2 mekar merah.
hidup.
aku ikut turut bahagia.
musim bunga telah tiba.
pohon kosong jadi berhias.
hati sepi jadi girang.
senyum kelat jadi menawan.
mata duka jadi bercahaya.
jiwa mati jadi bernyawa.

Berbahagialah semuanya. :)