Sampah

5:53 PM أمانينا 1 Comments

Air kotak dicapai. Plastik sarung kepada straw dikoyakkan. Tong sampah depan mata, cuba nak masukkan sampah ringan ini ke dalam tong sampah. 

Aiseh, terbang pulak. Angin tiup.

Biar je lah. Kecik je sampah tu.
Nanti pakcik sapu sampah sapu lah.

Study. Baca baca baca.
Terfikir sampah tadi.

Aish, kang kena tanya dalam kubur kang, nape tak kutip sampah tu, bukannya kaki takleh gerak pon. Bukannya xde tangan pun.
Orang yang tak bersihkan tempat dia berhadas pun, dalam kubur kena azab kubur,
Xmustahil kau tak kutip sampah kau sendiri, kena azab kubur gak.

Bangun. Pi kutip. Make sure masuk dalam tong sampah.

Allahumma yahdiini da'iman.
Ya Allah, berikan petunjuk padaku selalu.

1 comments:

Rindu

4:56 PM أمانينا 0 Comments

Gambar suami isteri, sedang memancing, di bawak pondok dibina tinggi dari aras sungai, rimbun hijau mengelilingi.
Ah..
Gambar ini sangat cantik.
Dan buat aku kagum dengan indahnya alam yg Allah cipta.
Ini...
Ini...
Sangat ...
Sangat buat aku rindukan syurga!

Mesti syurga tu cantik gila kan? Sbb tu org Mukmin semua tergila2 nak masuk syurga. Walaupun xpernah nampak.

Sebab dunia ini pun dah sangat cantik pemandangannya, apatah lagi syurga nanti!
Confirm terpana.

Seksanya rindu begini. 
Lagi2 bila tidak tahu, penghujungnya di mana. 
Mengharap, dan terus mengharap dengan amal.


0 comments:

Membazir

3:55 PM أمانينا 0 Comments

Aku rasa aku dah banyak sangat membazir.
Membazir dalam hidup.
Membazir duit sendiri,
duit mak ayah,
duit kawan².
Membazir masa.
Membazir tenaga pada benda yang tak perlu.

Kalau kumpul segala data pembaziran ni, sampai kiamat pon malaikat dalam kubur tak habis tanya.
Harta banyak sangat, entah hadaf apa kumpul harta-harta tu.

Orang susah² jana duit sara hidup,
kau belanja senang² hati tak fikir panjang.
Orang susah² cari nasi nak makan,
kau senang² biar nasi basi lepas tu buang tanpa rasa bersalah.
Orang susah² cari masa untuk bertafakkur berkhalwah dengan Allah,
kau senang² buang masa main fb berjam-jam.
Orang susah² cari tenaga kader dakwah,
kau senang² cuti duduk rumah tak offer diri nak tolong apa² yang perlu.

Orang makan untuk teruskan hidup,
kau makan untuk kenyang.
Orang cari duit untuk berinfaq,
kau dapat duit makan mewah2.
Orang beli gadjet untuk optimizekan kerja dakwah,
kau beli gadjet layan diary sendiri, layan game sendiri.

Hui, nak jadi kawan syaitan ke?

T__T

0 comments:

Wayang

4:34 AM أمانينا 0 Comments

Suatu masa dahulu:

"Ustaz, boleh tak gi tengok wayang kalau cerita dia x lagho?"

"Tak saloh..tapi kalau tiba² ada kebakaran ke kt wayang tu, wayang runtuh ka, pastu kita mati dalam tu.
Org nk maklumkn ttg kematian kita kt org lain pun, jd xcantik bunyik nye.

'Seorang ustaz telah meninggal dunia di panggung wayang.'

Tak sedap la bunyiknya.."

~Kita boleh mati di mana², sbb tu kena peka ke mana kita memilih untuk pergi. Dan tanya diri, adakah itu tempat yg elok-elok, jika aku mati di situ?~

0 comments:

Hidup

7:30 AM أمانينا 0 Comments

Seruan yang menghidupkan.
Allah memanggilmu.
Wahai orang beriman.

Tertusuk hatinya dengan ayat Tuhannya.
Memang, bahkan.
SeruanTuhannya selalu menghidupkan.
Baru dia sedar.
Selama ini dia mati.
Walaupun jasadnya hidup.
Tapi Tuhan telah menyeru,
lalu dia hidup.

Basah matanya.

Bila menyedari, bahawa Tuhan benar-benar sayang.
Tuhan mahu kita hidup.
Hidup dan mengenalNya, dan menyembahNya.
Hanya.

Dia geram, dengan syaitan yang tak habis² mahu membunuhnya.
Mahu mematikannya semula.
Kembali bersama kesesatan.
Bersama maksiat.
Bersama sambil lewa dan bersenang lenang.
Bersama angan dunia.
Entah berapa juta kali nyawanya terancam.
Hatinya tercedera.
Panahan jahiliyyah.

Namun Tuhan masih sayang.
Masih memberi peluang.

Setiap detik.
Menghirup udara yang baru.
Pada setiap nafas.

Kehidupan baru sentiasa terkurnia.

Ya Rabb, matikan kami dalam nafas penamat yang baik.

0 comments: