17 November 2013

ruh yg hilang

Ruh penyerahan telah hilang
Pengabdian telah kabur
Solat sekadar gerak tubuh
Laju sekali
Entah sujud mana yang dipersembahkan
Kepada sejadah kah atau Tuhan
Lalu solat menjadi ibadah yang meletihkan
Bukan lagi kerehatan 
Solat tidak lagi memberikan engkau tenaga
Untuk terus bangun melaksanakan ibadah yang lain
Terlayu engkau di atas empuk perbaringanmu

Ruh penyerahan telah hilang
Kerana jiwa telah terabdi
Pada dunia
Pada imtihan
Tuhan sudah diduakan.

Nastaghfirullahalazim..

No comments: