22 November 2013

Lumba

Hidup kita bukan berjalan
Berlumbalah
Syurga itu berhak dikejar
Selajunya

Berlumbalah
Yang pertama bangun 
Tika manusia masih lena
Yang pertama menunggu jemaah
Di tikar sejadah
Yang pertama jejak
Di gerbang masjid
Yang pertama menggembirakan
Sang ukhti kesedihan
Yang pertama ucapkan
Tahniah dan harapan
Yang pertama menawarkan
Sedang dia sekadar kecukupan

Berlumbalah
Mengejar perhatian Tuhan.
Belum sampaikah masanya,
Untuk engkau berlari lekas?

Lari. Laju. Menuju Tuhanmu.


No comments: