28 September 2013

Sebulan lebih

8:01 PM 1 Comments
Terkenang-kenang
Pernah dahulu aku katakan pada mutarabbiku
Dalam membina taqwa, antara yang perlu dilakukan, adalah muhasabah harian.

Terkenang-kenang
Pernah dahulu murabbiku katakan
Perkahwinan
Dibina kerana ketaatan pada Tuhan
Dan seharusnya selepas terlaksana, makin bertambahlah ketaatan padaNya.
Bukan liqa' ditinggalkan
Bukan daurah dikecualikan
Bukan akhawat dilupakan.
Bukan ibadah dikurangkan.

Ketaatan yang telah terbina semasa zaman bujang, harus dikekalkan, malah ditambah baik.
Bukan makin ditinggalkan, dilewatkan, diringankan.

Sebulan lebih sudah tangga kedua maratib amal kami jalani.

Dan aku muhasabah sendiri, apa kami masih kekal taat.
Atau sudah beringan-ringan dalam menghambakan diri.
Atau perasan sendiri sudah banyak berbuat taat.

T_T

Jauhkan kami dari ghurur.
Allah.
Jauhkan kami dari terpedaya dengan amalan kami.
Allah.
Allahummaghfirlana..