13 July 2013

Umum

 

بسم الله الرحمن الرحيم

"Tidak ada yang dapat dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan." 

(HR Hakim)

 

Dengan rasa penuh syukur dan rendah hati, kami,

Naqib bin Ismail

&

Nur Amanina binti Syariff Tan 

dengan segala hormatnya ingin menjemput semua yang mengenali kami ke Majlis Perkahwinan kami

pada 17 & 18 Ogos 2013 (Sabtu dan Ahad)

bersamaan 10 & 11 Syawal 1434H di Rawang, Selangor.

 

Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan majlis walimah kami dan diberkati Allah SWT.

Kami ingin memohon sejuta kemaafan jika ada salah silap yang kami lakukan, dan berharap kalian mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga Muslim yang bakal kami bina.

Butiran lanjut tentang majlis walimah dan biodata kami, ada kami sertakan di laman sesawang ini www.weddingwire.com/emnaqib1708 dan sekiranya kalian memerlukan kad jemputan daripada kami, bolehlah kalian titipkan alamat kalian di halaman Kad Jemputan dan kiriman doa tulus di halaman Guest Book.

Jazakumullahu khairan.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Semoga rahmat Tuhan sentiasa bersama kita.

 
 

No comments: