04 July 2013

Generasi yang aku mahu

Aku tidak mahu
Melahirkan generasi
Yang membuta tuli mempercayai
Sorakan siapa yang lebih kuat
Yang membuta tuli
Mempercayai media yang curang
Generasi yang gelojoh 
Memenuhkan nafsu dan kepentingan peribadi

Yang aku mahu
Adalah generasi yang menganalisa
Generasi yang hidup hatinya
Yang terang akalnya
Yang luas pengetahuannya
Yang besar cintanya pada Allah
Pada Rasul, pada dakwah

Generasi baru yang ditunggu 
Untuk membawa panji dakwah
Dalam tarbiyah yang lebih awal mulanya
Sejak dalam perut 
Bukan sepertiku yang sudah lewat usia
Terpalit terlalu banyak dosa

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

1 comment: