29 June 2013

Terpaksa

Memang
Memang susah pun nak buat benda yang kita tak nak buat.
Walaupun benda tu baik.
Tapi, sebab ada tuntutan dan keperluan untuk kita buat, maka dipaksakan juga.
Ada extra award di situ, kerana kita mujahadah untuk buat benda yang kita tak suka.

Memang
Memang senang pun nak buat benda yang kita suka.
Walaupun benda itu tak baik untuk kita.
Tapi, sebab nafsu menggila dan keras kepala, maka diendahkan juga segala ancaman azab.
Tiada extra azab di situ, jika satu ditulis satu. Jika dua ditulis dua. Sangat precise dan adil.

Sebab itu
Neraca baik buruk sesuatu benda,
Terletak pada definisi yang Allah sudah letakkan.
Dia Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita.

Bukan ikut definisi kita. Yang suka itu baik, yang tak suka itu tak baik.
Ikut kepala sendiri, tak selamanya baik.

Di hujung keterpaksaan, mari belajar erti hidup kerana Allah, bukan kerana diri sendiri.
Ibadah solat juga bermula dengan keterpaksaan, yang lama-lama dipupuk agar mencapai tahapan ikhlas, khusyuk, dan ihsan.

Belajarlah dari solat, bila kita merasa kita terpaksa.

No comments: