28 June 2013

Senjata orang mukmin

Dulu, aku hafal..untuk exam PSRA masa darjah 6..
Kepentingan doa, antaranya, senjata orang mukmin. Hafal sahajalah, tapi tak pernah beriman dan faham pun dengan statement tu..

Sampai lah bila meningkat dewasa, dan mula mengenali Islam, melihat orang2 mukmin yang benar di hadapan mata sendiri..
Memang benarlah, doa itu senjata.

Sebelum ni, mungkin ada persepsi, orang2 yang berdoa sahaja ni, lemahnya.
Seolah2 sudah xde cara lain selain berdoa.

Hakikatnya tidak.

Doa itu lah pedang mereka.
Doa itu lah anak panah dan busur mereka.
Doa itu lah baju besi mereka.
Doa itu lah tombak mereka.
Doa itu lah meriam mereka.
Doa itu lah riffle mereka.

Power nya doa, hanya dirasai orang2 yang beriman dengan Allah. Beriman yang doa itu, betul2 senjata mereka, menggantikan segala kelengkapan perang yang tidak digunakan. Menggantikan segala perisai dan kubu yang ada.

Doa bukan sebarang doa. 
Doa sepenuh hati, hingga mengalir deras air mata mereka, 
doa yang khusus, khusyuk, 
penuh dengan pujian2 terhadap kebesaran Allah, 
dan permintaan2 yang benar kerana agama Allah, bukan kerana kepentingan peribadi, 
doa yang penuh harapan.

Ya Rabb, makbulkanlah doa orang2 mukmin seluruhnya..

Pray for Egypt, pray for Islam.


No comments: