11 June 2013

GMJ

Sebelum berarak..

"Infiru khifafan wa tsiqaalan...!" Pak imam berkhutbah di tengah kepanasan Masjid Rab'atul Adawiyah
Gulp, kami pandang sesama kami, ni ayat dalam QD ni..
"Kita tak ada harta yg banyak, moga harakah kita hari ini, moga maseerah (marching) kita ni, Allah kira.."


Sedang berarak..

"Kalau umrah, macam ni sesak nye? (Sedang berjalan, berarak)
"Aah, lebih kurang cmni lah.."
"Macam mana orang boleh jalan, tapi tak nampak apa2. 
I mean, macam mana mana kita nk tahu kita dah sampai hujung ke belum?"
"Oh, kalau safa marwa tu, nnt dh nak sampai hujung, ada lampu tanda, dia kelip2.. Yg lelaki sunat berlari2 anak kan.. "
"Ooo..."

"Kalau orang tanya, kita dapat apa dari GMJ ni, kau nak jawab apa?
Takkan kita nak cakap dapat panas dan penat je?"

--Perah otak--

Chanting

Khaibar khaibar ya Yahuud!!
Jaisyu Muhammad bada'a ya'uud!! (Tentera Muhammad sudah mula kembali!!)

Di dataran istad(stadium)

"Ada 3 Marhalah yang Salahuddin Al-Ayyubi dan Saifuddin Qutuz buat untuk bebaskan Al-Quds.
1. Tarbiyah Imaniyah 'amiqah
2. Cintakan alQuds, pertahankannya, berkorban untuknya.
3. Kuatkan negara Mesir dan Suria (Syria), dan bebaskan Palestin.
Syria perlu dibebaskan, untuk membebaskan alQuds!!"

Masa makan di Restoran Nil, Hayyu Sabe'

"Tadi ada seorang pakcik ni, dia ngn anak dia..kecik lagi..dia tanya ana, kenapa kamu join maseerah ni?"
"Ana pun explaining la, alQuds tu bla3, isu umat Islam,bukan org Mesir je, etc3.."
"Pastu dia pandang anak dia, dia cakap, "kau faham kan sekarang?"..pastu anak dia angguk2.."
"Dasyat betul ikhwan sini tarbiyah anak.. Sampai sesimple berarak ni pun, dia bawak anak dia dan ada tarbiyah yang dia nak terapkan.."


Banyak lagi sebenarnya, kalau korek dari akhawat lain apa yg mereka dapat, macam2 cerita ada.


"Moga akan lahir para Salahuddin,
Moga akan lahir para Saifuddin Qutuz,
Daripada Mesir!!"

-Aminn..-

Topi kertas free, dapat sebelum solat Jumaat.




No comments: