25 May 2013

Membazir

Aku rasa aku dah banyak sangat membazir.
Membazir dalam hidup.
Membazir duit sendiri,
duit mak ayah,
duit kawan².
Membazir masa.
Membazir tenaga pada benda yang tak perlu.

Kalau kumpul segala data pembaziran ni, sampai kiamat pon malaikat dalam kubur tak habis tanya.
Harta banyak sangat, entah hadaf apa kumpul harta-harta tu.

Orang susah² jana duit sara hidup,
kau belanja senang² hati tak fikir panjang.
Orang susah² cari nasi nak makan,
kau senang² biar nasi basi lepas tu buang tanpa rasa bersalah.
Orang susah² cari masa untuk bertafakkur berkhalwah dengan Allah,
kau senang² buang masa main fb berjam-jam.
Orang susah² cari tenaga kader dakwah,
kau senang² cuti duduk rumah tak offer diri nak tolong apa² yang perlu.

Orang makan untuk teruskan hidup,
kau makan untuk kenyang.
Orang cari duit untuk berinfaq,
kau dapat duit makan mewah2.
Orang beli gadjet untuk optimizekan kerja dakwah,
kau beli gadjet layan diary sendiri, layan game sendiri.

Hui, nak jadi kawan syaitan ke?

T__T

No comments: