01 May 2013

Hidup

Seruan yang menghidupkan.
Allah memanggilmu.
Wahai orang beriman.

Tertusuk hatinya dengan ayat Tuhannya.
Memang, bahkan.
SeruanTuhannya selalu menghidupkan.
Baru dia sedar.
Selama ini dia mati.
Walaupun jasadnya hidup.
Tapi Tuhan telah menyeru,
lalu dia hidup.

Basah matanya.

Bila menyedari, bahawa Tuhan benar-benar sayang.
Tuhan mahu kita hidup.
Hidup dan mengenalNya, dan menyembahNya.
Hanya.

Dia geram, dengan syaitan yang tak habis² mahu membunuhnya.
Mahu mematikannya semula.
Kembali bersama kesesatan.
Bersama maksiat.
Bersama sambil lewa dan bersenang lenang.
Bersama angan dunia.
Entah berapa juta kali nyawanya terancam.
Hatinya tercedera.
Panahan jahiliyyah.

Namun Tuhan masih sayang.
Masih memberi peluang.

Setiap detik.
Menghirup udara yang baru.
Pada setiap nafas.

Kehidupan baru sentiasa terkurnia.

Ya Rabb, matikan kami dalam nafas penamat yang baik.

No comments: