20 March 2013

Total

Bismillah.
Selesai satu demi satu urusan dunia. Beratur ribuan lagi urusan yang belum selesai, meminta2 diselesaikan segera, tapi perlu akur pada makhlukNya bernama Masa.

Ala kulli hal, alhamdulilah.

Alhamdulillah atas nikmat merasa tarbiyah Allah, di dalam gerakan dakwah yg dicintai.
Alhamdulillah berada di landasan para rasul terdahulu, merasa indah dan peritnya tarbiyah Ilahi, yg hanya mahukan kebaikan untuk hamba-hambaNya, dan menuntut pengabdian total kepadaNya.
Alhamdulillah mengenali manusia-manusia yg berhati tulus, yg punya pelbagai sejarah silam, yg sanggup bermuka tebal menghadapi tohmahan manusia bila dikata hipokrit dalam berubah, yg bermujahadah ke atas dirinya sendiri melawan kehendak nafsunya, manusia-manusia yg berjihad, memenuhi tujuan penciptaannya.

Alhamdulillah.

Berada di bumi yg gersang dan kurang hujan ini, namun basah dengan tarbiyah Ilahi, adalah nikmat terbesar buat hidupku yg singkat ini. Tarbiyah yg nampak seperti tidak stabil, tapi dengan kepincangan itulah, menjadi sebahagian tarbiyah buat aku dan yg lain.

Dari fasa mengenal apa itu Quran, apa itu Islam, apa itu Jahiliyyah, apa itu syahadatul haq, apa itu Ilaah, apa itu Rabb, apa itu tarbiyah, apa itu dakwah, apa itu berubah.

Berubah dan terus berubah, meski dalam perubahan itu jahiliyyah masih menjerat diri.
Biar, biar seolahnya hina, biar hina dunia, jgn hina di akhirat nnt, bila dosaku dipawagamkan di khalayak manusia.
Biar aku tebal muka, mengaku salah sekarang di hadapan Tuhanku. Meskipun berulang-ulang berbuat salah yg sama, biar.
Memang seolahnya memalukan, menghadap raja yg sama, atas kesilapan yg sama. Seolah-olah tak faham bahasa lagi kah aku ni, tak serik lagi kah.

Biar.

Sbb aku tahu,kalau aku mengalah, maka musuh yg nyata itu telah menang.
Itu musuhku, bukannya malu itu musuhku.

Dan semakin berlalu masa, semakin bertambah tingkatan definisi segalanya.

Dahulu, sekadar menerima seadanya,
tujuan hidup ini untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Maka kita bersolat.
Tiada tempat utk kita meminta melainkan kepada Allah.
Lalu kita berdoa.
Hanya Allah tempat kita bergantung. 
Lalu kita cuba bertawakkal dlm imtihan dunia kita.
Takdir Allah bukanlah suatu kebetulan.
Maka kita menikmati indahnya pertemuan dan ukhuwah.
Mukmin itu bersaudara, dan perpecahan adalah saudara syaitan.
Lalu kita berusaha menyatukan hati.
Serendah-rendah tahapan ukhuwah adalah berlapang dada, di antaranya adalah dengan tidak buruk sangka.
Lalu kita sedar, ukhuwah kita masih di tahapan paling rendah, jauh sekali ithar, dan kita berusaha untuk bersangka baik.
Syurga itu satu perlumbaan bagi org mukmin.
Maka kita saling mencemburui dalam amal kita.
Manusia itu serba unik setiap satunya.
Maka kita saling berlapang dada atas kelemahan yg lain.
Jahiliyyah daie bukan lagi perkara dosa, tapi berlebihan pada perkara harus.
Lalu kita berusaha menggunakan pengangkutan awam yg murah, jimat berbelanja, tidak tidur berlebihan, tidak berhibur berlebihan, tidak makan berlebihan. Qanaah.
Syura itu ada barakahnya.
Lalu kita belajar menerima arahan dengan redha.
Kita tahu kita x mampu melaksanakan kerja dakwah yg terlalu banyak ini. 
Maka kita beramal jamaie.

Wanita solehah itu, tidak memandang dan tidak dipandang.
Lalu kita memperbaiki pakaian dan menundukkan pandangan mata kita.




Terlalu banyak ibrah dari kehidupan, jika aku mahu tuliskan semuanya di sini. Infiniti.

Dan semuanya, demi memenuhi definisi pengabdian total kepada Tuhan dan khalifah di muka bumi.
..............................................................................

Hinggalah saat ini, hati kita yg paling dalam sekali dituntut utk dikorbankan.
Tarbiyah Allah sedang menyapa lubuk hati paling rahsia yg tidak pernah teruji dan tersapa sebelum ini.
Dan menuntut agar ruang hati yg privasi ini, diabdikan juga kepada Ilahi.


Fasa irritation berlaku. Kita jadi rebel seketika.

Masakan aku tiada hak ke atas diriku langsung? 

Fakta yg sukar diterima, tapi kita akur akan kebenarannya.
Memang, tiada hak langsung, untuk menyimpan sesuatu dari dunia ini, untuk kepentingan nafsu sendiri.

Walaupun sekadar sebuah keinginan. Keinginan yg bukan kerana Allah.
Keinginan, yg sifatnya bukanlah mempunyai jisim, hanya sekadar satu rasa.

Dalam sedar dan tangis, kita sedar yg sudah tiba masanya.
Sudah tiba masanya kita memaknai IKHLAS. Ikhlas dalam mencintaiNya.
Kita tahu, pilihan di tgn kita. Allah sudah bantu kita utk sampai kepada kesedaran terhadap hakikat yg perit ini.
Allah dh turunkan macam² peristiwa pada org² terdekat kita.
Sedikit demi sedikit.
Hingga tembok ego dlm hati kita itu sudah terhakis banyak dan akur, dan kali ini, ia meminta agar dipecahkan semuanya.
Tak mahu ada lagi sisa ego dan mementingkan diri sendiri yg tertinggal.
Kedegilan yg mementingkan sebuah keinginan.
Keinginan yg bukan kerana Tuhan.


Keinginan utk bermalasan.
Keinginan utk berlengah dan bertangguh.
Keinginan utk mencintai yg tidak haq.
Keinginan utk memenuhi al-hawa.
Keinginan utk terus tidur dengan lena dunia yg menipu.
Keinginan mencintai diri sendiri, melebihi Allah dan RasulNya.
Keinginan untuk rebel.
Jutaan manusia ada di muka bumi ini, semuanya ada keinginan peribadi yang berbeza, yang masih belum akur dengan arahan Tuhan.
Senaraikanlah. Aku tidak mampu.


Kita tahu, pilihan kita saat ini, SEPENUHNYA adalah tanggungjawab kita.
Untuk terus mempertahankan keinginan diri, atau menyerahkannya untuk akur kepada tuntutan wahyu Ilahi.

Kerana Allah sudah banyak memberi fasiliti, memberi peluang, mencipta peristiwa utk kita berubah, tapi kita masih tidak mahu.
Kali ini, ke atas kitalah. Dan Allah akan berhujah di akhirat nanti, yg dia telah sediakan semuanya, dan hanya menuntut satu sahaja.
Pengabdian hakiki. 
Pengabdian total. 
Sepenuh rasa, sepenuh jiwa.

Teruji makna ikhlas. Tersiat-siat hati tidak mahu melepaskan kecintaan kita. Menangis pedih kita menerima hakikat. Yang kita perlu melepaskan semua rasa, dan cinta kita hanya dipenuhi dengan kecintaan kita kepadaNya sahaja.

Total.

Tidak tertanding dengan cinta manusia, tidak sama duduk, tidak sama bangun, tidak sekutu.
Ya, Allah menuntut dari kita kali ini, jangan sekutukan cinta kita kepadaNya, dengan makhluk lain.

Buktikan.

Menangis kita dalam penuh rasa hina. Kotor. Jijik dengan diri sendiri.
Menyesal. Menyumpah diri sendiri, sudah aku perbuat apa dengan masa hidupku?
Sucinya dia, kotornya kita!
Menangisi lagi kesilapan diri.

Kita masih waras. Ingat pesan Allah, bahawa orang bertaqwa itu, bukanlah orang yg tidak berdosa. Hatta walaupun mereka mengerjakan Fahisyah, iaitu perkara paling keji sekalipun selain syirik, orang bertaqwa itu bertaubat.

Orang bertaqwa menyucikan diri mereka dengan memohon ampun dari Yang Maha Pengampun.


Lalu kita menyimpan angan2, untuk menjadi sesuci Maryam ibu Isa a.s.
Menjadi wanita yang suci, sesuci yang mungkin, dengan segala kelemahan yg kita ada.
Suci hatinya, suci fikrahnya, suci kehormatannya.
Kita menyimpan angan2, menamakan bakal zuriat kita dengan nama Maryam, biar dia membesar dengan ruh nama yang suci, dan benar kesuciannya, dan jangan jadi seperti kita.

Dengan penuh berat hati, kita perlahan-lahan melepaskan kecintaan kita itu, keinginan kita itu.
.................................................................................................................


Allahumma, jangan pernah berhenti menegur kami,
kami mahu jiwa kami suci sebelum menghadapmu.
Biar perit teguranmu, kami redha demi keselamatan kami di akhirat nanti.
Jangan pernah tinggalkan kami.
Jangan tinggalkan kami.
Jangan hinakan kami.









1 comment:

Anisah Shamilah MS said...

Jzkk ukhti.
Takut perasaan sekarang itu kekal sementara cuma.
Moga Allah sentiasa pelihara.

Kita dengar ustazah norhafizah musa bercerita tentang iktibar Maryam a.s.,
Beratnya cabaran beliau, rupanya beliau pernah sampai menginginkan kematian agar tidak perlu menempuh cabaran yang Allah bagi.

*hati terasa ditikam-tikam*

Namun redha dan ikhlas ketika itu dan selepas itu menjadikan jiwanya lapang semula.

Ukhti, saling mengingatkan, saling mendoakan.