09 January 2013

فانصب

Entah berapa kali hujan turun hari ini.
Jalanan penuh becak tanah, dek kerana Mesir ini sememangnya berdebu,
bila hujan memang berlumpurlah semuanya.

Kasut sememangnya sudah kotor,
hujung kain si baju kurung sudah terkena tanah, tidak peduli lagi bila terpijak becak-becak baru,
hanya mahu cepat sampai ke rumah kerana kaki sudah beku kesejukan.

Jalan pulang bersama  perempuan cantik II,
berkepit tangan takut terjatuh kerana kasutnya licin.
Bergelak ketawa dalam menggigil.

Dan hujan turun lagi beberapa ketika sebelum azan Maghrib berkumandang. Menjerit-jerit syabab2 Arab dek hujan.
Hujan rahmat, mereka suka.

Usrah cancel hari ini, kerana ada tetamu katanya.
Ada hikmahnya barangkali, payah untuk keluar pada masa2 sejuk begini, berebut jalan dengan kereta, meredah becak dan hujan lagi.

Sejuk..

Ada yang bad mood.
Tapi kebanyakannya in good mood.
Seronok, bukan selalu dpt rasa sejuk2 macam europe.
Minum hot choco panas di pagi hari, dengan roti yang sudah tentu keras kerana sejuk.
Dan indomee panas pengalas perut sementara menunggu hidangan makan malam disiapkan ahli beit.

Warmed.

Ada yang berkelubung dalam selimut.
Ada yang baru habis kelas tambahan.
Ada yang sedang bersiap ke liqa'.
Ada yang berpusing2 di kerusi study.

Malam baru nak bermula.
Malam yang panjang.
Dan dingin.


"فإذا فرغت...فانصب.."

Fansab, malam ini.
Fansab, bersama rahmat dari langit itu.
Fansab, wahai jiwa yang letih..
Fansab.

No comments: