24 January 2013

Berpagi-pagian

Pagi yang sering tenang.
Tiada kesesakan lalu lintas.
Tiada asap pencemaran udara.
Tiada bunyi bising hon kereta.
Jalan lapang.
Peniaga-peniaga yang baru memulakan tijarah mereka.
Sejuk. Tenang. Damai.
Ditambah dengan hangatnya cahaya matahari yang baru mula mencerah.
Sungai Nil yang mengalir cermat.
Bayu menyapa perlahan.

Seronoknya berpagi-pagian.
Nikmatnya waktu pagi.

Pada level cortisol tertinggi.
Menimba ilmu di universiti.
Pada pagi hari.
Diberkati.

Banyaknya rezeki yang Tuhan turunkan pada waktu pagi.
Rezeki ilmu.
Rezeki udara segar.
Rezeki hangatnya matahari yang tidak menggelapkan kulit.
Rezeki ketenangan dunia.
Rezeki melihat alam yang bersih.

Kalau lah mereka tahu nikmatnya waktu pagi,
sudah tentu mereka tidak akan tidur selepas Subuh.

-aku, yang baru tahu menghargai ciptaan pagi-

No comments: