Lumba

8:57 PM أمانينا 0 Comments

Hidup kita bukan berjalan
Berlumbalah
Syurga itu berhak dikejar
Selajunya

Berlumbalah
Yang pertama bangun 
Tika manusia masih lena
Yang pertama menunggu jemaah
Di tikar sejadah
Yang pertama jejak
Di gerbang masjid
Yang pertama menggembirakan
Sang ukhti kesedihan
Yang pertama ucapkan
Tahniah dan harapan
Yang pertama menawarkan
Sedang dia sekadar kecukupan

Berlumbalah
Mengejar perhatian Tuhan.
Belum sampaikah masanya,
Untuk engkau berlari lekas?

Lari. Laju. Menuju Tuhanmu.


0 comments:

ruh yg hilang

11:06 AM أمانينا 0 Comments

Ruh penyerahan telah hilang
Pengabdian telah kabur
Solat sekadar gerak tubuh
Laju sekali
Entah sujud mana yang dipersembahkan
Kepada sejadah kah atau Tuhan
Lalu solat menjadi ibadah yang meletihkan
Bukan lagi kerehatan 
Solat tidak lagi memberikan engkau tenaga
Untuk terus bangun melaksanakan ibadah yang lain
Terlayu engkau di atas empuk perbaringanmu

Ruh penyerahan telah hilang
Kerana jiwa telah terabdi
Pada dunia
Pada imtihan
Tuhan sudah diduakan.

Nastaghfirullahalazim..

0 comments:

Sebulan lebih

8:01 PM أمانينا 1 Comments

Terkenang-kenang
Pernah dahulu aku katakan pada mutarabbiku
Dalam membina taqwa, antara yang perlu dilakukan, adalah muhasabah harian.

Terkenang-kenang
Pernah dahulu murabbiku katakan
Perkahwinan
Dibina kerana ketaatan pada Tuhan
Dan seharusnya selepas terlaksana, makin bertambahlah ketaatan padaNya.
Bukan liqa' ditinggalkan
Bukan daurah dikecualikan
Bukan akhawat dilupakan.
Bukan ibadah dikurangkan.

Ketaatan yang telah terbina semasa zaman bujang, harus dikekalkan, malah ditambah baik.
Bukan makin ditinggalkan, dilewatkan, diringankan.

Sebulan lebih sudah tangga kedua maratib amal kami jalani.

Dan aku muhasabah sendiri, apa kami masih kekal taat.
Atau sudah beringan-ringan dalam menghambakan diri.
Atau perasan sendiri sudah banyak berbuat taat.

T_T

Jauhkan kami dari ghurur.
Allah.
Jauhkan kami dari terpedaya dengan amalan kami.
Allah.
Allahummaghfirlana..


1 comments:

Meriah syurga

5:28 AM أمانينا 0 Comments

Rimbunnya pohonan sedekah
Indahnya istana terhias
Meriahnya syurga ketika Ramadhan
Dengan amal soleh penghuni dunia

Dan aku tertanya
Bagaimanakah keadaannya mahligai ku 
Oh
Wujudkah ia?
T_T

Allahumma ballighna lailatal qadr.

0 comments:

Dia datang

10:21 AM أمانينا 0 Comments

Bila jiwaku menyakit
Dalam berukhwah
Yang terutama untuk ku hisab
Adalah diriku
Mengapa ada rasa begitu
Atas apa hatimu cemburu
Sangkaan apa yang menguasai dirimu
Yang terutama untuk aku islahkan
Adalah iman ku 
Yang terpantas untuk aku lafazkan
Istighfar yang benar
Dan niat yang lurus
Moga terampun rasa yang hadir
Moga terjabat semula zhon yang baik
Istaghfiri
Wa sobiri
Wa rabiti..
Beristighfarlah
Dan bersabarlah
Dan ikatlah
Dalam kita berukhwah.

Uhibbukunna fillah.

0 comments:

Wahai aku

7:53 PM أمانينا 0 Comments

Sangka ku
Hidup masih panjang
Aku masih muda
Tubuhku masih sihat
Diriku masih bujang
Masa ku masih lapang
Esok, masih ada untuk hidup

Lalu aku 
Berangan panjang terhadap dunia
Mengangankan restoran mewah untuk memenuhi kehendak perut ku 
Makanan lazat dan beraneka jenis
Lalu aku
Menunda urusan ku hingga ke esok hari
Menunda taubat ku hingga ke senja
Lalu aku
Tenggelam dalam masa yang sia-sia
Di hadapan "saluran kamu" dan "muka buku"
Lalu aku
Lebih banyak tidurnya
Daripada bersenam pagi dan membaca kalamNya
Daripada Qiam jiwa dan jasadnya
Lalu aku
Lebih banyak ketawanya
Namun iman tidak memenuhi dada
Lalu aku
Tenggelam dengan kehidupan dunia ku
Terpedaya dengan hafalan-hafalan ku
Sedang aku sangat menikmati dunia dan mengejarnya
Namun bertopeng Islami dan dakwah

Lalu aku terpedaya.
Lalu manusia terpedaya.
Dengan aku.

Dan syaitan ketawa.
Malaikat mencela.

Dan aku yang rugi.
Dunia, akhirat. Dua-dua pun rugi.


0 comments:

Umum

11:04 AM أمانينا 0 Comments

 

بسم الله الرحمن الرحيم

"Tidak ada yang dapat dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan." 

(HR Hakim)

 

Dengan rasa penuh syukur dan rendah hati, kami,

Naqib bin Ismail

&

Nur Amanina binti Syariff Tan 

dengan segala hormatnya ingin menjemput semua yang mengenali kami ke Majlis Perkahwinan kami

pada 17 & 18 Ogos 2013 (Sabtu dan Ahad)

bersamaan 10 & 11 Syawal 1434H di Rawang, Selangor.

 

Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan majlis walimah kami dan diberkati Allah SWT.

Kami ingin memohon sejuta kemaafan jika ada salah silap yang kami lakukan, dan berharap kalian mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga Muslim yang bakal kami bina.

Butiran lanjut tentang majlis walimah dan biodata kami, ada kami sertakan di laman sesawang ini www.weddingwire.com/emnaqib1708 dan sekiranya kalian memerlukan kad jemputan daripada kami, bolehlah kalian titipkan alamat kalian di halaman Kad Jemputan dan kiriman doa tulus di halaman Guest Book.

Jazakumullahu khairan.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Semoga rahmat Tuhan sentiasa bersama kita.

 
 

0 comments:

Define love

11:02 AM أمانينا 0 Comments

 

Cairo

"Love is an action."

Terpampang jelas pada skrin TV di pintu masuk bangunan pentadbiran Kulliyyah Tibb Kasr El-Ainy. Setiap kali kaki melangkah ke pintu khas untuk dekan universiti itu, pasti mata akan mencari-cari skrin TV tersebut dan menanti apa pula quote yang akan tertulis pada hari itu.

Tersenyum dengan quote di atas.

 

Suatu masa dahulu, Umar al-Khattab telah membuat pengakuan cintanya kepada Rasulullah s.a.w. "Ya Rasulullah, aku mencintaimu seperti ku cintai diriku sendiri."

Tersenyum sang Rasul s.a.w, lalu berkata,"Tidak wahai Umar. Engkau harus mencintaiku melebihi cintamu pada diri sendiri dan keluargamu."

Terus Umar r.a membalas, "Ya Rasulullah, mulai saat ini, engkau lebih ku cintai daripada apa pun di dunia ini."

"Sekarang wahai Umar.. (telah sempurna kecintaanmu padaku)".

 

Aneh. Semudah itu Umar mengalih dan mengalikan cintanya pada Nabi s.a.w?

 

Bagi Umar r.a., cinta menurutnya - adalah persoalan berusaha untuk mencintai. Cinta bukanlah gelojak hati yang datang sendiri, apabila melihat paras rupa yang ayu ataupun kumis yang rapi. Cinta, sebagaimana cinta kepada Allah yang tidak serta merta mengisi hati kita, ia memang harus diupayakan.

Dengan kerja, dengan pengorbanan, dan bahkan darah.

 

"Is love is an art? Then it requires knowledge and effort."

"Or is love a pleasant sensation, which to experience of chance, something one 'falls into' if one is lucky?"

"Undoubtedly, the majority of people today believe in the latter."

"Most people see the problem of love, primarily as that of 'being loved', rather than that 'of loving', of one's capacity to love."

Erich Fromm, The Art of Loving.

 

Kerana pemahaman kita yang salah terhadap makna cinta, memahami cinta sekadar suatu perasaan, bukannya kata kerja, lalu kita kecewa bila kita tidak dicintai oleh orang yang kita mahukan.

Cinta dalam pemahaman kita, seringkali dikuasai persoalan 'dicintai'. Sedangkan itu adalah sesuatu yang di luar kawalan penuh jiwa kita.

Kita dicintai atau tidak, bukanlah suatu hal yang boleh kita paksakan.

Dunia di luar sana, masing-masing mempunyai perasaannya sendiri, yang kadang-kadang secara aneh memutuskan, siapa yang layak dicintainya, siapa yang tidak.

Lalu, ungkapan seorang suami/isteri apabila mengadu hendak bercerai dengan alasan, "Aku sudah tidak mencintainya lagi", menjadi tidak relevan. Engkau bisa memilih. Untuk mencintai atau membenci. Kerana engkau tidak mencintainya lagi, maka cintailah dia.

Kerana cinta adalah kata kerja. Lakukanlah kerja jiwa dan raga untuk mencintainya.

 

Mencintai Allah, mencintai RasulNya, mencintai jihad di jalanNya, juga berjalan atas logika yang sama. Ia melampaui batas-batas perasaan suka dan tidak suka. Mungkin ia nampak susah, ataupun terkalah apabila dibandingkan dengan kecenderungan hati untuk mencintai mak ayah, anak-anak, saudara, isteri, simpanan kekayaan, perniagaan, dan kediaman-kediaman indah.

Tetapi ia mungkin, dan masuk akal untuk digapai.

Kerana bukan 'perasaan cinta' yang dituntut di sini. Melainkan 'kerja cinta'.

 

Di jalan cinta para pejuang, cinta adalah kata kerja.

Biarlah perasaan hati, menjadi makmum bagi kerja-kerja cinta yang dilakukan oleh amal shalih kita.

 

Ada dua pilihan ketika bertemu cinta

'Jatuh cinta' dan 'bangun cinta'

Untuk dirimu, daku memilih cinta yang kedua

Supaya cinta kita menjadi istana, tinggi menggapai syurga.

 

 

 
 

0 comments:

Rumors

10:30 AM أمانينا 3 Comments

The worst thing that can happen to you is to die.
So, bukan ke mmg kita diajar untuk kena sentiasa prepare for death all the time?

Hafizokallah, yahfazuka. Kamu jagalah Allah, Allah jaga kamu.
Bila tak jaga hubungan dengan Allah, masa tu, kita rasa ragu2, siapa pelindung kita jika kita diapa2kan.

To avoid, is one of precaution. Please do take all safety measures as embassy had said.

But to believe rumors and uncertainty as definite, you'll kill your future.
Umpama orang yang percaya dengan ramalan tukang tilik.

Dalam keadaan masih ada tanggungjawab yang perlu kita selesaikan di sini, selesaikanlah sebolehnya. Selagi boleh bertahan, bertahanlah.
After taqwim University, you have the right to leave this country.
Before that, you have the right to be debated upon. 

May Allah bless us in this beautiful Ramadhan.

Dr Mursi said, jarak antara kemenangan dan kekalahan adalah kesabaran satu saat.

Bittaufiq wannajah..

3 comments:

Generasi yang aku mahu

6:15 AM أمانينا 1 Comments

Aku tidak mahu
Melahirkan generasi
Yang membuta tuli mempercayai
Sorakan siapa yang lebih kuat
Yang membuta tuli
Mempercayai media yang curang
Generasi yang gelojoh 
Memenuhkan nafsu dan kepentingan peribadi

Yang aku mahu
Adalah generasi yang menganalisa
Generasi yang hidup hatinya
Yang terang akalnya
Yang luas pengetahuannya
Yang besar cintanya pada Allah
Pada Rasul, pada dakwah

Generasi baru yang ditunggu 
Untuk membawa panji dakwah
Dalam tarbiyah yang lebih awal mulanya
Sejak dalam perut 
Bukan sepertiku yang sudah lewat usia
Terpalit terlalu banyak dosa

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

1 comments:

Terpaksa

4:40 PM أمانينا 0 Comments

Memang
Memang susah pun nak buat benda yang kita tak nak buat.
Walaupun benda tu baik.
Tapi, sebab ada tuntutan dan keperluan untuk kita buat, maka dipaksakan juga.
Ada extra award di situ, kerana kita mujahadah untuk buat benda yang kita tak suka.

Memang
Memang senang pun nak buat benda yang kita suka.
Walaupun benda itu tak baik untuk kita.
Tapi, sebab nafsu menggila dan keras kepala, maka diendahkan juga segala ancaman azab.
Tiada extra azab di situ, jika satu ditulis satu. Jika dua ditulis dua. Sangat precise dan adil.

Sebab itu
Neraca baik buruk sesuatu benda,
Terletak pada definisi yang Allah sudah letakkan.
Dia Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita.

Bukan ikut definisi kita. Yang suka itu baik, yang tak suka itu tak baik.
Ikut kepala sendiri, tak selamanya baik.

Di hujung keterpaksaan, mari belajar erti hidup kerana Allah, bukan kerana diri sendiri.
Ibadah solat juga bermula dengan keterpaksaan, yang lama-lama dipupuk agar mencapai tahapan ikhlas, khusyuk, dan ihsan.

Belajarlah dari solat, bila kita merasa kita terpaksa.

0 comments:

There

4:43 AM أمانينا 0 Comments

You need to be safe there Em.
You need to be safe.

There.

In the Judgement Day.

Save urself now Em.
Save urself..


T__T

0 comments:

Senjata orang mukmin

2:21 PM أمانينا 0 Comments

Dulu, aku hafal..untuk exam PSRA masa darjah 6..
Kepentingan doa, antaranya, senjata orang mukmin. Hafal sahajalah, tapi tak pernah beriman dan faham pun dengan statement tu..

Sampai lah bila meningkat dewasa, dan mula mengenali Islam, melihat orang2 mukmin yang benar di hadapan mata sendiri..
Memang benarlah, doa itu senjata.

Sebelum ni, mungkin ada persepsi, orang2 yang berdoa sahaja ni, lemahnya.
Seolah2 sudah xde cara lain selain berdoa.

Hakikatnya tidak.

Doa itu lah pedang mereka.
Doa itu lah anak panah dan busur mereka.
Doa itu lah baju besi mereka.
Doa itu lah tombak mereka.
Doa itu lah meriam mereka.
Doa itu lah riffle mereka.

Power nya doa, hanya dirasai orang2 yang beriman dengan Allah. Beriman yang doa itu, betul2 senjata mereka, menggantikan segala kelengkapan perang yang tidak digunakan. Menggantikan segala perisai dan kubu yang ada.

Doa bukan sebarang doa. 
Doa sepenuh hati, hingga mengalir deras air mata mereka, 
doa yang khusus, khusyuk, 
penuh dengan pujian2 terhadap kebesaran Allah, 
dan permintaan2 yang benar kerana agama Allah, bukan kerana kepentingan peribadi, 
doa yang penuh harapan.

Ya Rabb, makbulkanlah doa orang2 mukmin seluruhnya..

Pray for Egypt, pray for Islam.


0 comments:

Putih

12:03 AM أمانينا 1 Comments

I want it turn white.
Haha, but of course, it is nearly impossible,
as you have a lot of colors to fight with.
All other colors also want to show their beauty on this special day.






The only time i can wear all white


For sure

Is when I die.





.......

Keep going on, fight to be good.

(Deep breath)

1 comments:

Nak apa sebenarnya

3:29 AM أمانينا 0 Comments

I don't prefer people condemning their ownselves too much in public.

Bukan tak boleh merintih, tapi jiwa yang terpancar semakin lemah dengan kata-kata yang dituliskan di muka buku, menjadi doa mata-mata yang membaca.

Jiwa, semakin lemah, melemah dan melemahkan. 

Bukan pengakuan hina yang diperlukan, tapi aksi menebus dosa yang diperlukan.
Bukan sekadar update status.

Sekali dua tidak mengapa lagi. Tapi bila terlalu kerap dan berterusan begitu, mata yang membaca pun jadi geram dan mual.

Pengakuan menghinakan diri dan kelemahan diri, hanya depan Allah. 
Menangis lah, hina lah diri sepuasnya bila berdua. Bukan di khalayak.

Kalau sebaliknya, 
Di khalayak menghinakan diri, sedang bila berdua, tidak rasa apa2,
apa yang kau nak sebenarnya??

Perhatian manusia??

0 comments:

Taat versi ini

2:26 AM أمانينا 0 Comments

"Perkahwinan tak sepatutnya menjauhkan kau dari dakwah. 
Perkahwinan sepatutnya meningkatkan ketaatan kau pada Allah. 
Kalau selama ni kau berusrah, buat dakwah, tapi lepas kahwin kau tinggalkan, maka ke mana perkahwinan yang Allah nak tu dah bawa kau? 
Allah tak suruh kau tinggalkan ketaatan. 
Usrah dan dakwah tu tanda ketaatan kau pada Allah, yang kau dah lazimi sebelum engkau kahwin lagi.
Jadi kalau suami kau minta kau tinggalkan usrah dan dakwah, tak patut kau rela begitu sahaja."

UB

Daurah bm
Sayeda Zainab, 2012

0 comments:

GMJ

9:58 PM أمانينا 0 Comments

Sebelum berarak..

"Infiru khifafan wa tsiqaalan...!" Pak imam berkhutbah di tengah kepanasan Masjid Rab'atul Adawiyah
Gulp, kami pandang sesama kami, ni ayat dalam QD ni..
"Kita tak ada harta yg banyak, moga harakah kita hari ini, moga maseerah (marching) kita ni, Allah kira.."


Sedang berarak..

"Kalau umrah, macam ni sesak nye? (Sedang berjalan, berarak)
"Aah, lebih kurang cmni lah.."
"Macam mana orang boleh jalan, tapi tak nampak apa2. 
I mean, macam mana mana kita nk tahu kita dah sampai hujung ke belum?"
"Oh, kalau safa marwa tu, nnt dh nak sampai hujung, ada lampu tanda, dia kelip2.. Yg lelaki sunat berlari2 anak kan.. "
"Ooo..."

"Kalau orang tanya, kita dapat apa dari GMJ ni, kau nak jawab apa?
Takkan kita nak cakap dapat panas dan penat je?"

--Perah otak--

Chanting

Khaibar khaibar ya Yahuud!!
Jaisyu Muhammad bada'a ya'uud!! (Tentera Muhammad sudah mula kembali!!)

Di dataran istad(stadium)

"Ada 3 Marhalah yang Salahuddin Al-Ayyubi dan Saifuddin Qutuz buat untuk bebaskan Al-Quds.
1. Tarbiyah Imaniyah 'amiqah
2. Cintakan alQuds, pertahankannya, berkorban untuknya.
3. Kuatkan negara Mesir dan Suria (Syria), dan bebaskan Palestin.
Syria perlu dibebaskan, untuk membebaskan alQuds!!"

Masa makan di Restoran Nil, Hayyu Sabe'

"Tadi ada seorang pakcik ni, dia ngn anak dia..kecik lagi..dia tanya ana, kenapa kamu join maseerah ni?"
"Ana pun explaining la, alQuds tu bla3, isu umat Islam,bukan org Mesir je, etc3.."
"Pastu dia pandang anak dia, dia cakap, "kau faham kan sekarang?"..pastu anak dia angguk2.."
"Dasyat betul ikhwan sini tarbiyah anak.. Sampai sesimple berarak ni pun, dia bawak anak dia dan ada tarbiyah yang dia nak terapkan.."


Banyak lagi sebenarnya, kalau korek dari akhawat lain apa yg mereka dapat, macam2 cerita ada.


"Moga akan lahir para Salahuddin,
Moga akan lahir para Saifuddin Qutuz,
Daripada Mesir!!"

-Aminn..-

Topi kertas free, dapat sebelum solat Jumaat.




0 comments:

Tobat

2:34 AM أمانينا 0 Comments

Kenapa kena minta ampun ngn Allah setiap malam?

Sebab kita akan lupa untuk taubat dosa hari ini punya, ditambah pula dengan hari esok dan tulat. Kita takkan ingat, kalau hari2 kita tak muhasabah diri untuk sepanjang hari itu.

Allah tak lupa dosa kita yang kita dah lupa. Allah tak tidur.
Kita yang tidur tiap2 malam. Kita yang lupa.

Mana yang kita ingat, dosa hari ini, minta maaf cepat2. Sebelum terlupa esok.

Nabi pesan,
" Jika engkau berada di petang hari, maka janganlah engkau menunggu hingga pagi hari.
Dan jika engkau berada di pagi hari, mak janganlah engkau menunggu hingga petang hari."

Jangan tunggu. Jangan tangguh.
Nanti lupa. Nanti terlambat. Nanti dah mati, baru nak menyesal.

0 comments:

Musim bunga

2:02 PM أمانينا 0 Comments

bunga2 mekar merah.
hidup.
aku ikut turut bahagia.
musim bunga telah tiba.
pohon kosong jadi berhias.
hati sepi jadi girang.
senyum kelat jadi menawan.
mata duka jadi bercahaya.
jiwa mati jadi bernyawa.

Berbahagialah semuanya. :)

0 comments:

Sampah

5:53 PM أمانينا 1 Comments

Air kotak dicapai. Plastik sarung kepada straw dikoyakkan. Tong sampah depan mata, cuba nak masukkan sampah ringan ini ke dalam tong sampah. 

Aiseh, terbang pulak. Angin tiup.

Biar je lah. Kecik je sampah tu.
Nanti pakcik sapu sampah sapu lah.

Study. Baca baca baca.
Terfikir sampah tadi.

Aish, kang kena tanya dalam kubur kang, nape tak kutip sampah tu, bukannya kaki takleh gerak pon. Bukannya xde tangan pun.
Orang yang tak bersihkan tempat dia berhadas pun, dalam kubur kena azab kubur,
Xmustahil kau tak kutip sampah kau sendiri, kena azab kubur gak.

Bangun. Pi kutip. Make sure masuk dalam tong sampah.

Allahumma yahdiini da'iman.
Ya Allah, berikan petunjuk padaku selalu.

1 comments:

Rindu

4:56 PM أمانينا 0 Comments

Gambar suami isteri, sedang memancing, di bawak pondok dibina tinggi dari aras sungai, rimbun hijau mengelilingi.
Ah..
Gambar ini sangat cantik.
Dan buat aku kagum dengan indahnya alam yg Allah cipta.
Ini...
Ini...
Sangat ...
Sangat buat aku rindukan syurga!

Mesti syurga tu cantik gila kan? Sbb tu org Mukmin semua tergila2 nak masuk syurga. Walaupun xpernah nampak.

Sebab dunia ini pun dah sangat cantik pemandangannya, apatah lagi syurga nanti!
Confirm terpana.

Seksanya rindu begini. 
Lagi2 bila tidak tahu, penghujungnya di mana. 
Mengharap, dan terus mengharap dengan amal.


0 comments:

Membazir

3:55 PM أمانينا 0 Comments

Aku rasa aku dah banyak sangat membazir.
Membazir dalam hidup.
Membazir duit sendiri,
duit mak ayah,
duit kawan².
Membazir masa.
Membazir tenaga pada benda yang tak perlu.

Kalau kumpul segala data pembaziran ni, sampai kiamat pon malaikat dalam kubur tak habis tanya.
Harta banyak sangat, entah hadaf apa kumpul harta-harta tu.

Orang susah² jana duit sara hidup,
kau belanja senang² hati tak fikir panjang.
Orang susah² cari nasi nak makan,
kau senang² biar nasi basi lepas tu buang tanpa rasa bersalah.
Orang susah² cari masa untuk bertafakkur berkhalwah dengan Allah,
kau senang² buang masa main fb berjam-jam.
Orang susah² cari tenaga kader dakwah,
kau senang² cuti duduk rumah tak offer diri nak tolong apa² yang perlu.

Orang makan untuk teruskan hidup,
kau makan untuk kenyang.
Orang cari duit untuk berinfaq,
kau dapat duit makan mewah2.
Orang beli gadjet untuk optimizekan kerja dakwah,
kau beli gadjet layan diary sendiri, layan game sendiri.

Hui, nak jadi kawan syaitan ke?

T__T

0 comments:

Wayang

4:34 AM أمانينا 0 Comments

Suatu masa dahulu:

"Ustaz, boleh tak gi tengok wayang kalau cerita dia x lagho?"

"Tak saloh..tapi kalau tiba² ada kebakaran ke kt wayang tu, wayang runtuh ka, pastu kita mati dalam tu.
Org nk maklumkn ttg kematian kita kt org lain pun, jd xcantik bunyik nye.

'Seorang ustaz telah meninggal dunia di panggung wayang.'

Tak sedap la bunyiknya.."

~Kita boleh mati di mana², sbb tu kena peka ke mana kita memilih untuk pergi. Dan tanya diri, adakah itu tempat yg elok-elok, jika aku mati di situ?~

0 comments:

Hidup

7:30 AM أمانينا 0 Comments

Seruan yang menghidupkan.
Allah memanggilmu.
Wahai orang beriman.

Tertusuk hatinya dengan ayat Tuhannya.
Memang, bahkan.
SeruanTuhannya selalu menghidupkan.
Baru dia sedar.
Selama ini dia mati.
Walaupun jasadnya hidup.
Tapi Tuhan telah menyeru,
lalu dia hidup.

Basah matanya.

Bila menyedari, bahawa Tuhan benar-benar sayang.
Tuhan mahu kita hidup.
Hidup dan mengenalNya, dan menyembahNya.
Hanya.

Dia geram, dengan syaitan yang tak habis² mahu membunuhnya.
Mahu mematikannya semula.
Kembali bersama kesesatan.
Bersama maksiat.
Bersama sambil lewa dan bersenang lenang.
Bersama angan dunia.
Entah berapa juta kali nyawanya terancam.
Hatinya tercedera.
Panahan jahiliyyah.

Namun Tuhan masih sayang.
Masih memberi peluang.

Setiap detik.
Menghirup udara yang baru.
Pada setiap nafas.

Kehidupan baru sentiasa terkurnia.

Ya Rabb, matikan kami dalam nafas penamat yang baik.

0 comments:

President SA Node

12:06 AM أمانينا 1 Comments

They want the president to be like SA Node, isolated in special right auricle of the heart, not to mingle with the citizen.

How come.

If the heart is a very healthy heart, obeying every order and impulse sent from SA Node, then it's ok.

But Egypt itself is so sick,
having to many pathology,
myocardium are so flabby,
valves were stenosed and calcified,
blood supply are not equally distributed,
infarction here and there,
septal defect,
coronary atherosclerosis,
huh.

Impending heart failure.

SA Node for sure have weak control over the heart. But he does his job well.

Either Egypt sustain with medication, or undergo surgery.

Total heart repalcement.

Just pray and continue dakwah.

1 comments:

Tafakur

10:56 PM أمانينا 0 Comments


Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu

Melihat bintang alangkah jauhmu
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu

Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini 'kan mengadu

Bumi akan sepi
Bangga sementara
Adakah tempat kembali
Adakah selain Allah

#Opick


0 comments:

Adik

6:09 AM أمانينا 0 Comments

"Dik, kakak rasa ko x maafkan kakak lagi la pasal hari tu."

"Nape lak?"

"Ntah, rasa cm ada benda x settle."

"Mane ade, kakak pikir lebih kot. Adik dah maafkan."

"Kakak rasa macam ko extra sensitif, bile kakak tgurau kasar sket, sejak hari tu. Before ni ko rilek je."

"xde ape lah. Adik dah maafkan."

"Dik, kakak tak tahu hati ko cmne. Tapi, kakak betul2 minta maaf."

"Adik maafkan dah.."

"Kakak minta maaf, tapi kalau ko susah lagi nak maafkan, xpe lah. Moga Allah mudahkan uruskan ko yang lain bila ko maafkan kakak."

"Hmm.."

"Umur kakak xpanjang mana. Umur kau pun lagi la kakak tak tahu. Harapnya kalau ko marah ngn kakak, jangan simpan sampai mati."

"Pahala kakak pon tak banyak mana. Dosa beratur panjang kot, berderet mintak taubat.
Kalau ko maafkan kakak, harapnya ada peluang la nak masuk syurga mudah sket.
Xde la kat akhirat nanti, tersangkut2 perjalanan kita nak masuk syurga, disebabkan kena claim2 hak depan Allah. Nak tuntut kemaafan dari ko.. Kalau boleh settle kat dunia, senang la sikit nanti..."

"Tak terpikir pulak pasal tu.. adik ingatkan, hak memendam rasa tu hak peribadi."

"Memang hak peribadi, tapi ada juga hak orang lain kat situ. Kat akhirat, setiap inci perkara Allah kira. Macam kakak dah menyakiti hati kau, Allah akan bagi hak ko kalo ko nak tuntut. Boleh je.
Tapi lagi better kalau kita maafkan je semua kesalahan manusia kat kita. Barulah tenang itu dinikmati."

"Kakak bajet bagus sangat r hari tu. Tercalar kot ego adik. Nasihat tak macam nasihat."

"Erk, agak la. Macam murai membebel. Hehe..Sori sangat2 dik. minta maaf sangat22. Lupakan je ape kakak cakap waktu tu. Waktu tu emosi xstabil. Tengah penat pikir banyak benda, orang banyak mengadu mcm2.."

"Adik cuba maafkan.. It takes time ok.
Belanja adik kak. DENDA."

"OK, ko nak apa?"

"Doa."

0 comments:

Random

5:41 AM أمانينا 1 Comments

Akak tak kesah,
Bila korang
luarannya nampak cm main²,
cm xserius,
Kalau org lain tgk usrah kita cmni,
Habis la akk kene lasso,
Utk jadi garang.
Dan usrah akan dirombak lagi. (Ha3)

Sbb akk tahu.
Kita semua tgh mujahadah.
Untuk jadi hamba yg taat.
Sangat mujahadah.
Walaupun korg xtunjuk.

The pain shows in every single smile and frown.

Masing² dengan mujahadah masing².
Kisah masing².
Masalah masing².
Yg akk sendiri xsempat santuni.

Just be strong.
Have faith.
Change little by little.
Step by step.
Once you are in track, speed on.
Topup semula amalan2 masa fatrah tgh slow.
Sebab umur kita tak panjang.

Bina lagi manusia dan mad'u baru.
Ini multi level marketing yg paling menguntungkan kat dunia dan akhirat.
Cara utk kumpul pahala yg xkn pernah henti walaupun kita dh mati.
Yes.
Dengan dakwah. Dengan membina manusia.

Islam tu luas. Maka nikmatilah kebebasan seorang hamba di dalamnya.
Be addicted to become a servant for Allah.

Doakan akk juga. We always need duaa from each other. Every single of us.

Sorry for everything.
Akk pun masih belajar menjadi muwajih dan murabbi yg berkelayakan.

Jzkk. =D

1 comments:

Mujahid

3:52 AM أمانينا 2 Comments

Imam Hasan al-Banna mengatakan: “Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu.

Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.

Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.

Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”

2 comments:

Total

2:29 AM أمانينا 1 Comments

Bismillah.
Selesai satu demi satu urusan dunia. Beratur ribuan lagi urusan yang belum selesai, meminta2 diselesaikan segera, tapi perlu akur pada makhlukNya bernama Masa.

Ala kulli hal, alhamdulilah.

Alhamdulillah atas nikmat merasa tarbiyah Allah, di dalam gerakan dakwah yg dicintai.
Alhamdulillah berada di landasan para rasul terdahulu, merasa indah dan peritnya tarbiyah Ilahi, yg hanya mahukan kebaikan untuk hamba-hambaNya, dan menuntut pengabdian total kepadaNya.
Alhamdulillah mengenali manusia-manusia yg berhati tulus, yg punya pelbagai sejarah silam, yg sanggup bermuka tebal menghadapi tohmahan manusia bila dikata hipokrit dalam berubah, yg bermujahadah ke atas dirinya sendiri melawan kehendak nafsunya, manusia-manusia yg berjihad, memenuhi tujuan penciptaannya.

Alhamdulillah.

Berada di bumi yg gersang dan kurang hujan ini, namun basah dengan tarbiyah Ilahi, adalah nikmat terbesar buat hidupku yg singkat ini. Tarbiyah yg nampak seperti tidak stabil, tapi dengan kepincangan itulah, menjadi sebahagian tarbiyah buat aku dan yg lain.

Dari fasa mengenal apa itu Quran, apa itu Islam, apa itu Jahiliyyah, apa itu syahadatul haq, apa itu Ilaah, apa itu Rabb, apa itu tarbiyah, apa itu dakwah, apa itu berubah.

Berubah dan terus berubah, meski dalam perubahan itu jahiliyyah masih menjerat diri.
Biar, biar seolahnya hina, biar hina dunia, jgn hina di akhirat nnt, bila dosaku dipawagamkan di khalayak manusia.
Biar aku tebal muka, mengaku salah sekarang di hadapan Tuhanku. Meskipun berulang-ulang berbuat salah yg sama, biar.
Memang seolahnya memalukan, menghadap raja yg sama, atas kesilapan yg sama. Seolah-olah tak faham bahasa lagi kah aku ni, tak serik lagi kah.

Biar.

Sbb aku tahu,kalau aku mengalah, maka musuh yg nyata itu telah menang.
Itu musuhku, bukannya malu itu musuhku.

Dan semakin berlalu masa, semakin bertambah tingkatan definisi segalanya.

Dahulu, sekadar menerima seadanya,
tujuan hidup ini untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Maka kita bersolat.
Tiada tempat utk kita meminta melainkan kepada Allah.
Lalu kita berdoa.
Hanya Allah tempat kita bergantung. 
Lalu kita cuba bertawakkal dlm imtihan dunia kita.
Takdir Allah bukanlah suatu kebetulan.
Maka kita menikmati indahnya pertemuan dan ukhuwah.
Mukmin itu bersaudara, dan perpecahan adalah saudara syaitan.
Lalu kita berusaha menyatukan hati.
Serendah-rendah tahapan ukhuwah adalah berlapang dada, di antaranya adalah dengan tidak buruk sangka.
Lalu kita sedar, ukhuwah kita masih di tahapan paling rendah, jauh sekali ithar, dan kita berusaha untuk bersangka baik.
Syurga itu satu perlumbaan bagi org mukmin.
Maka kita saling mencemburui dalam amal kita.
Manusia itu serba unik setiap satunya.
Maka kita saling berlapang dada atas kelemahan yg lain.
Jahiliyyah daie bukan lagi perkara dosa, tapi berlebihan pada perkara harus.
Lalu kita berusaha menggunakan pengangkutan awam yg murah, jimat berbelanja, tidak tidur berlebihan, tidak berhibur berlebihan, tidak makan berlebihan. Qanaah.
Syura itu ada barakahnya.
Lalu kita belajar menerima arahan dengan redha.
Kita tahu kita x mampu melaksanakan kerja dakwah yg terlalu banyak ini. 
Maka kita beramal jamaie.

Wanita solehah itu, tidak memandang dan tidak dipandang.
Lalu kita memperbaiki pakaian dan menundukkan pandangan mata kita.




Terlalu banyak ibrah dari kehidupan, jika aku mahu tuliskan semuanya di sini. Infiniti.

Dan semuanya, demi memenuhi definisi pengabdian total kepada Tuhan dan khalifah di muka bumi.
..............................................................................

Hinggalah saat ini, hati kita yg paling dalam sekali dituntut utk dikorbankan.
Tarbiyah Allah sedang menyapa lubuk hati paling rahsia yg tidak pernah teruji dan tersapa sebelum ini.
Dan menuntut agar ruang hati yg privasi ini, diabdikan juga kepada Ilahi.


Fasa irritation berlaku. Kita jadi rebel seketika.

Masakan aku tiada hak ke atas diriku langsung? 

Fakta yg sukar diterima, tapi kita akur akan kebenarannya.
Memang, tiada hak langsung, untuk menyimpan sesuatu dari dunia ini, untuk kepentingan nafsu sendiri.

Walaupun sekadar sebuah keinginan. Keinginan yg bukan kerana Allah.
Keinginan, yg sifatnya bukanlah mempunyai jisim, hanya sekadar satu rasa.

Dalam sedar dan tangis, kita sedar yg sudah tiba masanya.
Sudah tiba masanya kita memaknai IKHLAS. Ikhlas dalam mencintaiNya.
Kita tahu, pilihan di tgn kita. Allah sudah bantu kita utk sampai kepada kesedaran terhadap hakikat yg perit ini.
Allah dh turunkan macam² peristiwa pada org² terdekat kita.
Sedikit demi sedikit.
Hingga tembok ego dlm hati kita itu sudah terhakis banyak dan akur, dan kali ini, ia meminta agar dipecahkan semuanya.
Tak mahu ada lagi sisa ego dan mementingkan diri sendiri yg tertinggal.
Kedegilan yg mementingkan sebuah keinginan.
Keinginan yg bukan kerana Tuhan.


Keinginan utk bermalasan.
Keinginan utk berlengah dan bertangguh.
Keinginan utk mencintai yg tidak haq.
Keinginan utk memenuhi al-hawa.
Keinginan utk terus tidur dengan lena dunia yg menipu.
Keinginan mencintai diri sendiri, melebihi Allah dan RasulNya.
Keinginan untuk rebel.
Jutaan manusia ada di muka bumi ini, semuanya ada keinginan peribadi yang berbeza, yang masih belum akur dengan arahan Tuhan.
Senaraikanlah. Aku tidak mampu.


Kita tahu, pilihan kita saat ini, SEPENUHNYA adalah tanggungjawab kita.
Untuk terus mempertahankan keinginan diri, atau menyerahkannya untuk akur kepada tuntutan wahyu Ilahi.

Kerana Allah sudah banyak memberi fasiliti, memberi peluang, mencipta peristiwa utk kita berubah, tapi kita masih tidak mahu.
Kali ini, ke atas kitalah. Dan Allah akan berhujah di akhirat nanti, yg dia telah sediakan semuanya, dan hanya menuntut satu sahaja.
Pengabdian hakiki. 
Pengabdian total. 
Sepenuh rasa, sepenuh jiwa.

Teruji makna ikhlas. Tersiat-siat hati tidak mahu melepaskan kecintaan kita. Menangis pedih kita menerima hakikat. Yang kita perlu melepaskan semua rasa, dan cinta kita hanya dipenuhi dengan kecintaan kita kepadaNya sahaja.

Total.

Tidak tertanding dengan cinta manusia, tidak sama duduk, tidak sama bangun, tidak sekutu.
Ya, Allah menuntut dari kita kali ini, jangan sekutukan cinta kita kepadaNya, dengan makhluk lain.

Buktikan.

Menangis kita dalam penuh rasa hina. Kotor. Jijik dengan diri sendiri.
Menyesal. Menyumpah diri sendiri, sudah aku perbuat apa dengan masa hidupku?
Sucinya dia, kotornya kita!
Menangisi lagi kesilapan diri.

Kita masih waras. Ingat pesan Allah, bahawa orang bertaqwa itu, bukanlah orang yg tidak berdosa. Hatta walaupun mereka mengerjakan Fahisyah, iaitu perkara paling keji sekalipun selain syirik, orang bertaqwa itu bertaubat.

Orang bertaqwa menyucikan diri mereka dengan memohon ampun dari Yang Maha Pengampun.


Lalu kita menyimpan angan2, untuk menjadi sesuci Maryam ibu Isa a.s.
Menjadi wanita yang suci, sesuci yang mungkin, dengan segala kelemahan yg kita ada.
Suci hatinya, suci fikrahnya, suci kehormatannya.
Kita menyimpan angan2, menamakan bakal zuriat kita dengan nama Maryam, biar dia membesar dengan ruh nama yang suci, dan benar kesuciannya, dan jangan jadi seperti kita.

Dengan penuh berat hati, kita perlahan-lahan melepaskan kecintaan kita itu, keinginan kita itu.
.................................................................................................................


Allahumma, jangan pernah berhenti menegur kami,
kami mahu jiwa kami suci sebelum menghadapmu.
Biar perit teguranmu, kami redha demi keselamatan kami di akhirat nanti.
Jangan pernah tinggalkan kami.
Jangan tinggalkan kami.
Jangan hinakan kami.









1 comments:

<3

3:11 AM أمانينا 0 Comments

Bila mencintai,
belajarlah juga melepaskan pergi.

Sayangilah se-ihsan-nya,
dan lepaskanlah ia pergi, se-redha-nya.

Moga bersatu, meraikan cinta, di daerah syurga.

Selamanya.

0 comments:

Futur

1:06 AM أمانينا 0 Comments

Futur, hanya akan menyinggah,
hati mukmin,
yang pernah merasa betapa manisnya iman.

Kerana itu, bila dia futur, dia tahu dia sedang futur.

Kerana dia merasakan perbezaan, pada masa imannya memuncak, dan imannya menjunam ke bawah.

Futur, bukanlah menyapa sebarang org.

Mereka org² hebat pada suatu ketika.

Maka, jangan terus down bila anda futur.
Teruskan meraih kembali, kejar kembali, iman yg menghilang itu.

Belajar dari futur, dan teruskan berjuang.

0 comments:

HELP

2:41 AM أمانينا 0 Comments

Aku tidak pernah tahu
Bait-bait syiar sebelum namaku
Laungan ikhwan kita di seluruh penjuru
Puluhan tahun lamanya
Mati di jalan Allah, cita-cita tertinggi
Sedang ini aku mendengar,
Pemuda Palestin yang bercita² syahid sejak kecilnya
Aku termalu
Aduhai
Apa pula cita-citaku semasa aku kecil?
Saintis? Guru? Polis? Doktor?
Jauhnya kematangan kanak² mereka
Wahai nama
Bercita-citalah untuk syahid.

وأعدوا..

0 comments:

Depresi seorang daie

4:56 PM أمانينا 1 Comments

Sudah masuk minggu kedua minggu Psychiatry. Dan buat mereka yang berfikir, masing2 sedang mentafsir diri sendiri, baseline mood apakah yg mereka sedang rasai sekarang.

"Aku rasa aku depression, kadang2 manic, hyperkinetic, euphoria."

:)



Mari kita tadabbur mood kita.

"Masyakarakat umum, depression mereka mungkin disebabkan faktor2 yg kita dh belajar, bio-psycho-social, mcm stress dgn masalah kehidupan, wang, konflik, rumahtangga, cinta, study."

"Daie juga boleh depress. Cuma faktor psycho-social nya berlainan."

" Dia rasa terlaluuu berdosa, hidupnya hitam dengan karat-karat jahiliyyah, kotor dengan lumpur maksiat."

"Memang patut pun perasaan begitu, rasa hina depan Allah."

"Tapi apa yang berlaku, bila daie rasa depressed dengan diri sendiri, dia meluahkan secara public di muka buku dan kepada orang ramai. Terus, kata-katanya sendiri membuatkan dia semakin lemah dan lemah. Kata2 sendiri telah menpsycho diri sendiri dengan hebat."

"Dan vicious cycle itu berulang-ulang. Dan dia semakin depressed dan depressed. (Berjangkit pula kepada daie-daie lain bila membacanya.)"

"Cuba lihat para sahabat, mereka bukan macam tu."

"Depression mereka terhadap dosa-dosa mereka, hanya dengan Allah sahaja mereka kongsikan, tangiskan, dan mohon diampunkan. Dalam qiam mereka, mereka hinakan diri mereka di hadapan Tuhan."

"Hanya Allah yang tahu. Mereka mengadu hanya pada Allah dan Rasul. Mengadu pada tempat yang sepatutnya."

"Tapi bila siang hari, apa yang keluar dari mulut mereka, semuanya KEKUATAN. Kata-kata yang keluar, menaikkan iman belaka. Penuh semangat dan keimanan. Iman mereka hidup, dan mereka menghidupkan iman yang lain."

"Mereka tidak menunjukkan mereka lemah. Dan hingga sekarang, kita melihat mereka sebagai individu2 yang kuat, tidak berputus asa, dan bersungguh2 menghapuskan jahiliyyah. Mereka bukan individu yang lemah jiwanya."

Jadi, salahkah menangisi diri dan mengajak orang lain menangisi diri di khalayak ramai?

Terpulang.

Pilih.

Kita mahu jadi individu yang positif, atau negatif di hadapan manusia.
Kita mahu jadi sumber kekuatan, atau sumber depression bersama ikhwan kita.
Kita mahu jadi mukmin yang kuat, atau yang lemah.


(Finally figured out, jzkk putih. I was thinking about it haphazardly but couldn't actually exfoliate it to real life until we met this morning with such discussion.)

#Bukan kita nak org nampak kita kuat, tapi kita tak mahu orang lain lemah bila nampak kita lemah.


wallahu a3lam.

1 comments:

Spare urself

5:19 AM أمانينا 0 Comments

We left too much footprints on the internet world.

Too much being expressed out to public.
Too much unnecessary pictures uploaded.
Too much hahaha and like.
Too much exposed and transparent to the whole world about our ownselves.
Too much status updated.
(While you are not going to say it publicly if you are on the public transport for example.)

Spare yourself.

Kerana dirimu begitu berharga.

0 comments:

Berpagi-pagian

5:02 PM أمانينا 0 Comments

Pagi yang sering tenang.
Tiada kesesakan lalu lintas.
Tiada asap pencemaran udara.
Tiada bunyi bising hon kereta.
Jalan lapang.
Peniaga-peniaga yang baru memulakan tijarah mereka.
Sejuk. Tenang. Damai.
Ditambah dengan hangatnya cahaya matahari yang baru mula mencerah.
Sungai Nil yang mengalir cermat.
Bayu menyapa perlahan.

Seronoknya berpagi-pagian.
Nikmatnya waktu pagi.

Pada level cortisol tertinggi.
Menimba ilmu di universiti.
Pada pagi hari.
Diberkati.

Banyaknya rezeki yang Tuhan turunkan pada waktu pagi.
Rezeki ilmu.
Rezeki udara segar.
Rezeki hangatnya matahari yang tidak menggelapkan kulit.
Rezeki ketenangan dunia.
Rezeki melihat alam yang bersih.

Kalau lah mereka tahu nikmatnya waktu pagi,
sudah tentu mereka tidak akan tidur selepas Subuh.

-aku, yang baru tahu menghargai ciptaan pagi-

0 comments:

Sahabat

10:47 PM أمانينا 0 Comments

Aku terlalu banyak menuntut hak
Walaupun hanya dalam hati
Rasa "kau patutnya itu, kau patutnya begini"..
Walaupun tak terungkap
Tapi hati tak sudah2 menuntut hak
dalam persahabatan.

Sampai² aku hampir lupa
Hak apa yang telah aku berikan kepada mereka
Yang masih banyak tak tertunai

Tiada yg sempurna
Tiada yg akan selalu memuaskan hati

Raikan kelebihan
Berlapang dada dengan kelemahan

Sabar dan senyum
Ukhuwah kita kerana kalimah tauhid.
Bukan kerana kelebihan dan kekurangan.

=D

Kawan sampai syurga. :)

0 comments:

Alzheimer

4:31 PM أمانينا 0 Comments

Kalau satu hari nanti,
Aku lupa tentang aku, kamu,  kita, dan mereka,
Tolong ingatkan aku
yang Tuhanku adalah Allah.

Jangan biar aku lupa tentang itu.

0 comments:

فانصب

11:44 PM أمانينا 0 Comments

Entah berapa kali hujan turun hari ini.
Jalanan penuh becak tanah, dek kerana Mesir ini sememangnya berdebu,
bila hujan memang berlumpurlah semuanya.

Kasut sememangnya sudah kotor,
hujung kain si baju kurung sudah terkena tanah, tidak peduli lagi bila terpijak becak-becak baru,
hanya mahu cepat sampai ke rumah kerana kaki sudah beku kesejukan.

Jalan pulang bersama  perempuan cantik II,
berkepit tangan takut terjatuh kerana kasutnya licin.
Bergelak ketawa dalam menggigil.

Dan hujan turun lagi beberapa ketika sebelum azan Maghrib berkumandang. Menjerit-jerit syabab2 Arab dek hujan.
Hujan rahmat, mereka suka.

Usrah cancel hari ini, kerana ada tetamu katanya.
Ada hikmahnya barangkali, payah untuk keluar pada masa2 sejuk begini, berebut jalan dengan kereta, meredah becak dan hujan lagi.

Sejuk..

Ada yang bad mood.
Tapi kebanyakannya in good mood.
Seronok, bukan selalu dpt rasa sejuk2 macam europe.
Minum hot choco panas di pagi hari, dengan roti yang sudah tentu keras kerana sejuk.
Dan indomee panas pengalas perut sementara menunggu hidangan makan malam disiapkan ahli beit.

Warmed.

Ada yang berkelubung dalam selimut.
Ada yang baru habis kelas tambahan.
Ada yang sedang bersiap ke liqa'.
Ada yang berpusing2 di kerusi study.

Malam baru nak bermula.
Malam yang panjang.
Dan dingin.


"فإذا فرغت...فانصب.."

Fansab, malam ini.
Fansab, bersama rahmat dari langit itu.
Fansab, wahai jiwa yang letih..
Fansab.

0 comments:

Hiding

3:01 AM أمانينا 0 Comments

Your smile and your thought
Doesnt run parallel
most of the time.

0 comments: