27 October 2012

Sentuhan pertama

5:44 AM 2 Comments
Berlari-lari anak dia bermain di atas bumi. Buat dia yang baru lagi belajar erti mempunyai sepasang kaki, berjalan dan berlari sudah tentu perkara yang dinanti-nanti apabila dilepaskan bebas di hamparan tanah. Matanya menangkap kelibat kami yang asing cara pakaiannya dari kaum keluarganya dan bangsanya sendiri. Bertatih dia berjalan ke arah kami. Sambil tersenyum manis. Mahu mendekat, tapi segan juga barangkali.

Putih menghulurkan tangannya ke arah dia, menunggu anak tempatan itu menyambut tangannya. Dia masih segan. Aku mendekati dari arah belakang, sambil terus mengusap kedua pipinya tanpa dipelawa. Terus, sentuhan pertama itu membuahkan kemesraan, Putih terus mendukungnya dan bermain dengannya seperti melayan anak buahnya sendiri. Matanya kerap melirik ke arah aku, tapi aku ini tiada kelebihan semulajadi untuk menghiburkan kanak-kanak, lalu aku biarkan sahaja dia bermain dengan Putih. Mungkin itu lebih baik? :D

Kami sudah mahu bergerak ke Badar. Ternyata anak kecil tadi mahu ikut sama. Sudah melekat hati agaknya, sampai tidak kisah siapa yang mahu diikutinya, walaupun kami ini orang asing. Pendatang pula tu di negara mereka. Lantas aku menegah, dan Milah yang mahu pulang ke rumah ke arah yang bertentangan menghantar anak tadi ke pangkuan orang tuanya.

Malam semakin dingin. Dan kami meneruskan ziarah Eidul Adha ke rumah terakhir.
.............................................................

Sentuhan pertama, barangkali disiakan. Tapi itulah yang berbekas agaknya, buat hati yang baru mengenal makna dunia.
Walau tidak kerap, walau hanya sekali usap, namun sentiasa dirindui.
Hati sentiasa terpanggil-panggil untuk menyapa sentuhan pertama, tetapi tidak berani menghurai panjang, takut-takut. Entah apa yang ditakutkannya.
.............................…….……................

Hari-hari terus berlalu, merindui pelukan cendekiawan, seorang sahaja pun tidak mengapa.

Masih tiada.

Seorang walid/ah, sheikh/ah, qaid/ah, ustaz/ah, sahabat.

Masih tiada.

Tahun-tahun terus berlalu, hanya Allah tempat kami bergantung segalanya, namun..

Masih tiada.

Pokok-pokok sudah lama kering. Namun masih berdiri di situ, kerana tahu, dia perlu untuk terus berada di situ untuk terus hidup. Dengan sisa2 air yang masih ada dan sokongan tanah itu sendiri.
Dedaunan, ada yang tumbuh baru, ada yang sudah gugur. Batang tubuh masih di situ.
Bergantung kepada selicik mana akar pokok itu, untuk mencari sumber air yang diperlukan. Berselirat akar di bawah bumi. Ada yang jumpa semula sumber air yang hilang itu, ada yang memilih untuk menyerap air dari sumber yang lain.

Jangan disalahkan akar jika ia memilih yang lain.

Kerana tarbiyah, adalah satu keperluan.

Setiap akar, sentiasa mencari air mereka untuk terus hidup.
Air yang berjaya membasahkan, itulah yang menjadi pilihan, kerana akar perlu untuk terus hidup.

Bukan air lautan mana yang terhebat yang akar perlukan.
Tapi air mana yang sentiasa membasahkan.
Bukan mengabaikan.


24 October 2012

Oh kita

4:37 AM 0 Comments

Kadang² kita fikir, kesibukan kita dalam dakwah, membuatkan kita depresi dengan diri sendiri kerana mengabaikan pencapaian dunia yg juga penting utk dakwah dan lalu kita melarikan diri.

Lalu kita fikir kita akan lebih hidup dengan gembira dan bertenaga dengan jayanya kita dalam perkara duniawi kita.

Hakikatnya, hati kita merasa sangat terseksa kerana meninggalkan dakwah, meninggalkan liqa', meninggalkan anak usrah, namun kita masih berkeras dengan keputusan kita.

Kita sangat tahu yang janji Allah buat siapa yang tidak mahu bersama jalan ini, Allah akan ganti dengan orang² yang lebih Allah cintai dan mereka juga mencintai Allah. Kita sedih dengan diri kita sendiri. Tapi kita masih berdegil. Ancaman dunia tentang kegagalan dan kecelakaan lebih menguasai kita daripada janji-janji Allah tentang syurgaNya.

Kita, sedang tertipu,
dengan definisi kebahagiaan dan berjaya,
yang kita cipta sendiri.

23 October 2012

Kelas AQ

11:32 PM 0 Comments

Masa ustazah Maha tebuk bacaan semalam, teringat kat ustazah Azizah, ustazah Jas, ustazah Asmaniza, yg selalu tebuk bacaan sebelum pertandingan hafazan antara sekolah² rendah agama.

Lama sangat rasanya aku dah tinggalkan hafazan. Sekolah menengah kurg membantu dlm hafalan aku.

Sampai aku baru tersedar. Bukan menulis kecenderunganku yg asli. Tapi menghafal kalam Ilahi.

Dah tahun 6, baru nak terkial² menghafal alQuran. Teruk nye. :(

Esok exam end round cardio. Pastu cuti raya!
Org phlegma+melancho cm ak ni mmg suka bab² rehat dan cuti dan spend masa utk diri sendiri. Hu3


20 October 2012

What does istikharah meant

10:30 PM 0 Comments

And we should not be impatient after our dua. We do not put Allah on a timetable. And we should not expect some sort of miracle, or a dream full of signs and symbols. These things are not necessary. We simply say our prayers and trust that Allah has heard us and will answer us in the way that is best.

What needs to be noted is that the answer to one’s istikhara prayer does not come simply in the form of dreams and feelings but in how Allah facilitates and unfolds events for an individual after he or she genuinely strives to do what is best. Take the most effective means, which includes consulting those whose knowledge and wisdom one has confidence in, and place your trust in Allah.

Pray.
Strive to do what is best.
Consult those whose knowledge and wisdom one has confidence in.
Place your trust to Allah.
Answer does not come simply in the form or dreams or feeling.

Be patience.

We do not put Allah on a timetable!

18 October 2012

Rencanakan

2:19 AM 0 Comments

"Ya Rahman, ajarkan kami untuk tiada pernah putus asa dari kasihMu,
ajari kami untuk selalu berharap yang terbaik dariMu,
ajari kami untuk berani bercita-cita dan merencanakan hidup yang indah  bersama orang-orang mulia."