08 July 2012

Pasca exam

7:19 PM 2 Comments
TERLALU GEMBIRA.

:D

Mabruk kepada rakan-rakan sebatch yang dah mengumumkan tarikh2 perkahwinan mereka.
Mabruk muqaddam (mabruk akan datang) untuk yang belum lagi umumkan.
Selamat berusaha buat rakan-rakan yang masih belum exam.

Selamat berumrah buat Ateng tersayang and the geng.
(Doa aku jangan lupa Teng, hehehe)

Selamat berdoa dan bertawakkal buat semua yang sudah selesai dan sedang menunggu result exam.
Selamat bermusafir kepada yang akan bermusafir.

Selamat maintain mutabaah amal dan iman semasa di Malaysia.
Godaan Malaysia sungguh mencabar bukan.

Selamat terjun ke medan amal di Malaysia, kepada keluarga dan kaum kerabat, jiran-jiran dan kawan-kawan lama.
Selamat menebarkan warna Islam kepada seramai mungkin manusia di tanah air kita.
Selamat meninggalkan kesan dan bekas di hati-hati manusia.
Selamat menyucikan diri sentiasa.
Selamatlah semua.

Moga Allah memelihara kita semua.

p/s: xpacking barang dan kemas rumah lagi. =..=

05 July 2012

Forgiveness

6:35 AM 0 Comments
وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

04 July 2012

All or None Law

7:39 PM 0 Comments
Dalam hubungan berlainan jantina, maksud saya, lelaki dan perempuan, bagi saya, All or None Law perlu di apply.

Sama ada Anda dan si dia hanya sekadar kawan, full stop.
Atau jika berkenan, sila rasmikan cinta kalian dengan pernikahan.
Tiada jalan tengah, yakni untuk bermain cinta dahulu sebelum hubungan kalian sah di sisi islamic Law.

Jika tak cinta, buat cara tak cinta.
Jika cinta, buat cara cinta, yang betul.

It’s either ALL, by getting married,
Or NONE, by keeping the barrier between man and woman as Allah had guided us.

Meminati? Itu nature alam, yg berlawanan jenis akan saling tertarik. Cuma Allah dah pesan kan, jaga pandangan, jaga kemaluan.
Minat, perlu dijaga dan dikawal.

Jangan terbuai2 seperti buaian hayunan tinggi di padang permainan kanak2.
Nanti terbang tinggi, terlepas pegangan, jatuh gedebuk, parah lukanya. Kalaupun tidak terlepas pegangan, Anda kelihatan sangat tidak seimbang dan diancam bahaya bila2 masa sahaja.

Faham kan maksud saya? :)

Aqidatul hayyah

3:10 PM 0 Comments
Syed Qutb berkata :
“Dunia Islam tidak akan tidur setelah kebangkitannya, dan tidak akan mati dunia Islam ini setelah kebangkitannya, kalau ia ditakdirkan mati, maka ia akan mati. Namun, tidak akan mati Aqidatul Hayyah (Pegangan hidup- Islam) yang memimpin pertempuran, kerana ia dari roh Allah, dan Allah itu, hidup dan tidak akan mati.”

Biar

6:34 AM 0 Comments
Biar hati ini,
Aku simpan seorang,
Biar hati ini,
Aku sahaja yang tahu cerita lengkapnya,
Biar hati ini,
Hanya dengan Allah ku kongsikan segalanya.
Biar rahsia kekal rahsia.
Tidak terbongkar dek mulut manusia.