Murobbi dan kita

12:49 PM أمانينا 2 Comments

Semakin bertambah usia kita dalam tarbiyah, kadang2 kita terasa bekalan kita semakin kering. Dan kita tahu kita tak boleh lagi bergantung harap kepada murobbi kita sepenuhnya, untuk terus berada dalam jalan yang mulia ini.

Kita tahu kita harus mula berdiri sendiri, berfikir sendiri, mentadabbur ayat2 alQuran sendiri, dan mengambil ibrah sendiri, tanpa disuap seperti dulu.

Kita mula belajar, apa yang dimaksudkan dengan Allahussomad, status YM yg kerap kali kita lihat di ID murobbi kita. Meletakkan sepenuh pergantungan kita, hanya pada Allah, bukan pada diri sendiri, bukan pada manusia lain. Kita semakin faham kata2 murobbi kita dahulu, yang mengatakan, "Bila kita berada dalam jalan dakwah, orang yang paling kita mahu dakwahkan adalah diri kita sendiri." Ya, bergantunglah kepada Allah sahaja, dan dakwahlah diri kamu sendiri, kemudian dakwahlah manusia lain. Kerana dengan memberi, ia menumbuhkan iman dalam hati kita terutamanya, dan kpd manusia lain. Allah yg memegang hati mereka dan kita bertawakal kepadaNya utk dicampakkan hidayah dalam hati manusia lain. Kembalikan pergantungan itu kepada Allah.

Cara fikir yg telah dibentuk oleh murobbi kita tanpa kita sedar, telah menjadikan kita pada hari ini, berfikir sewaras mungkin, sematang mungkin, seIslam mungkin, seredha mungkin dari Allah. Kita sangat berharap syura dan ijtihad kita saban hari, dibantu Allah sentiasa dan terhindar dari kepentingan duniawi. Dan sudah tentu, semua ini memerlukan hati yang benar-benar ikhlas dan selalu saling mengingatkan agar diniatkan segala amalan, hanya kerana Allah. Allah sahaja. Dan kita sedar keperluan untuk tajarrud dan menyucikan hati kita dari sebarang anasir selain Islam.

Kita semakin sedar, bila kita menjadi murobbi, langsung tidak bermaksud kita lebih baik dari mutarobbi kita. Langsung tidak! Bahkan mereka lah sumber kekuatan kita. Kita tahu kita sangat belajar dari juhud dan semangat mereka. Kita tidak banyak beza dengan mereka bahkan mereka jauh lebih baik dari kita. Kita hanyalah tua beberapa tahun dalam tarbiyah dan itu tidak membawa apa2 bukti yg taqwa siapa yang lebih hebat di sisi Allah!

AlQuran yang kita tatap saban hari, semakin memukul hati2 kita, dengan teguran2, yang jika difikirkan kembali, kita mungkin tidak menyangka bahawa alQuran ini seajaib itu. Semakin kita beramal dengan alQuran ini, semakin terasa dan terkena semua kalam2 Allah ini dalam kehidupan seharian kita. Ya, barulah kita faham apa yg murobbi kita katakan dahulu. 'AlQuran ini, hanya dapat difahami, dihargai, dirasai, dicintai, oleh orang2 yang bekerja sebagaimana Rasulullah s.a.w bekerja.' Dan kita tahu Rasulullah yang kita cintai itu, tiada lain tugasnya di bumi ini melainkan menyampaikan risalah agung ini dan dakwah menjadi darah dagingnya. Kerana itu setiap isi alQuran tidak ada satu pun yang tidak penting di sisi Rasulullah, setiap kalam ada ceritanya yg tersendiri dalam perjalanan dakwah baginda.

Dan kita, baru mula merasa sedikit2 apa yg Baginda Rasulullah rasa, dengan bertatihnya kita dalam jalan dakwah ini, kita rasa apa yg sudah sampai masanya kita rasa, sesuai dengan pertumbuhan kefahaman kita tentang jalan dakwah ini. Dan kita tahu, sudah tentu alQuran ini banyak lagi teguran dan ceritanya untuk kita, kita tahu jika kita mahu merasainya, kita perlu menuntut ilmu, beramal dengan sehabis baik dan beriman dengan semua ayat2 alQuran, untuk kita tahu dan rasa, setiap kalam Allah ini memang ditujukan untuk semua manusia, untuk kita, yang mengaku para daie.

Untuk tahu, kita perlu menuntut ilmu, tetapi untuk rasa di dalam hati, kita kena beramal sebagaimana orang pertama yg menerima alQuran ini beramal dengannya.

Buku nota lama, yang mencatitkan semua taujihat dari murobbi kita, jika dibelek2 kembali, nah, ini yang aku perlukan saat ini! Kita rasa, murobbi kita telah meninggalkan kita, tidak sebenarnya. Malah dia sentiasa bersama kita secara tidak sedar, dalam buih-buih butir cakapnya dahulu, dalam setiap tulisan catatan kita, dalam setiap cara fikir kita, dalam setiap juhud hati kita. Dia sentiasa bersama kita, dan membekalkan kita mana yang terdaya, dengan taujihat nya yang hidup dalam hati2 kita. Bagaimana boleh begini? Adakah dia ada kuasa psikik dan tok nujum yang mampu meramal masa hadapan?

Tidak.. Bahkan dia juga manusia, yang beriman kepada Allah dan Rasul, dia juga seorang daie.
Kerana ikatan yang satu itu, hanya terikat dengan aqidah Islam, dan membebaskan diri dari ikatan2 lain, dan kebergantungannya hanya kepada Allah agar Allah memelihara kita sepeninggalannya, dan sedarnya dia bahawa dakwah ini milik Allah, bukan milik sesiapa, maka semuanya diserahkan kepada Allah.

Dan kita, bila kita bergantung hanya pada Allah, kita merasa kesan2 tarbiyah itu sentiasa ada di sisi kita. Ya, kerana memang sumbernya hanyalah dari Allah, dan murobbi kita mengembalikan pergantungannya kepada Allah, dan kita juga bergantung harap hanya pada Allah, dan Allah mengikat hati2 kita dengan rahmatnya, dan perasaan kebersamaan itu sentiasa hidup dan memekar. Pusinglah jauh mana pun, walau bersentuh bahu di dalam solat sekalipun, ruh kebersamaan itu pasti tiada, jika hidup kita hari2 bukan kerana Allah.

Semoga Allah mengurniakan murobbi2 kita sebaik2 balasan yakni syurga, dan kita berhimpun kembali di sungai2 syurga nya kelak. Allahumma Amin..

2 comments:

Kitaran perangai manusia

3:53 AM أمانينا 0 Comments

AQ 41:49
Manusia itu, memang tidak jemu2 meminta kebaikan diberi padanya. Tapi bila yang sebaliknya diterima, bila malapetaka yang mendatanginya, dia frust, putus asa, hilang harapan.

41:50
Lalu Allah memberikan kurniakan rahmat kepada mereka, setelah mereka ditimpa kesusahan. Allah tahu, mereka ni pasti akan kata: "This is mine. Ini hak aku. Kiamat? Aku rasa xjadi nye kiamat tu. (betapa yakinnya dia yg nikmat itu takkan hilang dari dirinya)."
"Kalau aku dikembalikan kpd Tuhanku, ak confident Tuhanku akan bagi yg baik2 je utk aku (sbb Tuhan dah bagi nikmat dan rahmat kt dunia, sudah tentu aku ini org yg disayangi dan dimuliakan Tuhan..wahh.. Bijak juga teori kamu).

What Allah said about these people: Maka sungguh, akan Kami beritahu kan org2 kafir ini, what they had done.
Dan sungguh, akan Kami timpakan kpd mereka azab yg berat. (totally contradict dengan apa yg manusia2 tadi sangka tentang Tuhan mereka, rasakan!)

41:51
Manusia, memang apabila diberi nikmat, mereka jadi sombong, lupa Tuhan. Tapi bila malapetaka menimpa semula, dia banyak berdoa balik.

Kitar yang sama akan berulang, kepada ayat 49, ditimpa malapetaka, ditimpa kesusahan, manusia banyak berdoa. Bila doa tak diterima, mereka putus asa. Bila doa diterima, mereka lupa diri. Bila nikmat ditarik balik, mereka berdoa balik. Dan seterusnya seterusnya seterusnya..

Manusia yang beriman, yang punya akal, jangan punya akhlak sebegini. Kita boleh berbangga dengan nikmat dunia, tapi dimalukan Allah nanti di akhirat dengan azabnya yang sangat22 pedih.

Biar bernajis muka di dunia, tapi gemilang terang wajah di akhirat sana.

0 comments:

Muktamar Khotimi(penutup) IM

2:36 PM أمانينا 1 Comments

Sharing is caring
by Amiza Malik on Monday, May 21, 2012 at 3:46am ·

Muktamar khotimi(penutup) 20/5/2012 at Maidan Qasr Abideen. Dijalankan sebagai penutup sebelum pilihan raya presiden yang bakal berlangsung pada rabu dan khamis ni.


1) ucapan Assyaikh Dr Muhammad Abdul Maqsud; katanya intikhabat ri'asah (pilihan raya presiden) ini adalah syahadah kite dihadapan Allah, satu penyaksian. Jika di akhirat nnt Allah tanya, kenapa pilih Dr Morsi?

'Di depan allah nnt, aku akan menjawab, aku memilih beliau kerana dr morsi;

-cemerlang ilmunya (handasah-KEJURUTERAAN) dan siasahnya,

-rajul yg membawa AQ.

- Dr morsi dan seluruh keluarganya adlh hamalatul quran. rumah yg dipenuhi iman adalah rumah dimana ahlinya menghafaz AQ(hadith).

-berjanji akan melaksanakn AQ dan sunnah scr keseluruhannya

-memilih morsi kerana kekuatan jemaah dibelakangnya. morsi didokong oleh hizb huriyyyah 'adalah / IM yg merupakan jentera2 yg akan mmbantu mursi. kiranya undi morsi bukan sbb individu, tp undi jemaah.

2) Kapten mo'tasim billah salim dari nadi ismaily; katanya dia memilih Dr Morsi sbb ada hadis rasulullah kata, mafhumnya; 'jangan kamu beri kuasa kpd org yg meminta.' dr morsi tak meminta kuasa bahkan diberi dan dilantik.

pada awalnya kapten mo'tassim ada satu je reason nak support dr morsi, tapi bila beliau dengar senarai panjang sebab kenapa perlu sokong dr morsi yang dr abdul masqud share, makin bertambah sokongan beliau.

3) Dr Sofwat Hegazy berpesan;

jangan tertipu dgn BILANGAN/ ANGKA kamu yg ramai. sbb dlm perang hunayn islam kalah walaupun bilangan muslimin pada waktu itu ramai.

setiap peperangan ada senjata, dan senjata kita adalah RUKUK, SUJUD dan MUNAJAT kita di 1/3 malam memohon kemenangan utk islam dan alhaq.

4) Tak ingat siapa mention pasal Syeikh Yusuf Qardhawi mengeluarkan fatwa HARAM mengundi calon Presiden Mesir yg mempunyai hubungan dgn Mubarak dan rejimnya (fulul)-for the sake of syuhada of thaurah.

5) Dr umaimah (she's our professor in community medicine):

- recalled peranan nisaa ketika thaurah (revolusi) 25jan dulu. dr, nurse, etc mainkan peranan msg2 shgga thaurah berjaya.-jd, nisaa yg sama yg akan menyokong dan mendokong masyru' nahdah (renaissance) yg dr morsi bawa ni bersama2 dgn rijal dlm pelbagai majal (bidang).-take part pd setiap tmpt dan mainkan peranan masing2 sebaik mungkin utk tegakkan syariah allah, -antara sbb kenapa dr umaimah sokong dr morsi sbb dr morsi org yg sgt yukarrim (memuliakan) ulama'

6)Dr morsi aakn mengkedepankan syuyukh2 azhar di peringkt international, dan kerajaan morsi akan mnjdkn syuyukh azhar sbg sumber rujukan /marji3iyyah . KERAJAAN YANG IKUT ULAMA' BUKAN ULAMA' YANG IKUT KERAJAAN

7)Kemuncak--ucapan dr morsi--ditayangkan live ke 24 muhafazah pada malam tadi.

masa ucapan dr morsi, dia sebut satu2 masyru' (projek) yg akan dijalankan. banyak la tak teringat. tak dapat nak senaraikan semua majal (bidang) yang disebut.

dlm bidang tourism, education, dll. Ketika muqaddimah yang disampaikan dalam keadaan yang sebak, beliau sebut satu2 ttg hak2 rakyat mesir, dari pegawai kpd penjual sayur, pemandu microbus, bas, tullab, banat, dll semuanya ada hak yg perlu ditunaikan.

hampir semua profesion disebutkan dari segenap bidang SATU-SATU sebagai tanda meraikan semua lapisan masyarakat yang ada.

dan hak2 tu terletak di tengkuk morsi utk dipenuhi. ucapan beliau menggambarkan rasa beraaat sgt tgggjwab yg bakal diterima kalau beliau terpilih jd presiden.


*basically malam tadi ucapan2 testimonials daripada pelbagai pihak, menyatakan sokongan penuh kepada Dr. Muhammad Morsi.

*ni nota yang tidak seberapa hasil gabungan beberapa akhawat, sangat simple. maafkan keterbatasan bahasa & tenaga kami untuk memahami sepenuhnya huhu. nak tambah nak reject silakan.

*Jazakumullahu ahsanu jaza' to Nour El-Huda Husna Afifah Ahmad Badrudin Sakinah Zaib kerana berpadu tenaga.


*indeed, it was a very priceless experience- indescribable feelings T___T

bergema chanting ramai2

الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر و تحي مصركل شعب مصر ينادي عايزن مرسي رءيس بلادي


*frankly speaking, terasa lain auranya malam tadi.

Allah allah tabarakallah.

Majlis yang penuh dengan doa memohon keberkatan, mengingatkan para hadirin untuk sentiasa taqarrub ilallah, back to basic dengan menjadikan islam sebagai jalan penyelesaian kepada segala masalah, manakala para pemimpin saling memberi peringatan akan amanah yang bakal digalas dan bukan mengampu sesama mereka.

An eye opener, I must say.

Lain benar corak politik di Malaysia dan Mesir. Jika di sini tiada kafir-mengkafirkan, tiada serangan ke atas sosok peribadi, tiada saling menjatuhkan dan membuka aib-----jauh sekali lemparan kata-kata kesat, fitnah tohmah atau memberi pelbagai gelaran penghinaan.

Allah allah masha allah. Sesungguhnya orang yang mempunyai kekuatan tidak akan menyingkap kelemahan orang lain untuk nampak kuat. Cukup mereka bercerita tentang siapa diri mereka tanpa perlu menjatuhkan orang lain untuk nampak lebih tinggi.

Di keheningan dinihari ini marilah kita berdoa agar kefahaman islam dalam kalangan rakyat negara kita semakin baik untuk merubah lanskap politik negara kita ke arah politik yang lebih matang di masa hadapan.

Semoga mereka yang mengaku muslim tapi menolak siasah dibukakan hati untuk menilai syumuliyah islam. Doakan juga agar semangat syabab kita dalam bidang politik tidak luntur dek kecelaruan politik tanah air tercinta.

Baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur.



-mari banyakkan qiam kita dan doakan ikhwan menang pilihanraya presiden ini. Ini bukan kemenangan peribadi yg berkepentingan kepada IM sahaja, tapi satu pintu laluan lagi ke arah mimpi kita semua untuk dapat Ustaziyatul Alam tu. Allahuakbar! --

1 comments:

Inspirasi

10:39 PM أمانينا 0 Comments

Bumi yang merah
Dua batu tertegak
Bibir yang sibuk mengamit doa
Payung dan air mawar
Air mata dan renung duka
Bunga kemboja yang gugur
Enam kaki jauh digali
Enam kaki ditimbus kembali

Biarlah mati
Menjadi inspirasi ku
Untuk hidup dengan suci

0 comments:

Hidup

3:48 AM أمانينا 0 Comments

Kenapa dijaja dakwah itu beban,
Sedang dakwah adalah kehidupan?

Adakah bernafas itu beban?
Tidak,
Melainkan anda ada penyakit berkaitan.
Senaraikan semua etiology of dyspnea.
Bila anda dapati bernafas itu beban.

Senaraikan juga semua penyakit daie,
Bila anda mula rasa dakwah itu beban.

Hiruplah udara kehidupan,
selagi dakwah dikandung badan.

0 comments: