22 December 2012

Lupa

Bila kerunsingan sudah selesai, ada pro dan cons nya.

Pada masa2 runsing kita, jiwa kita mudah terusik, hati kita mudah sekali tersentuh, mata kita mudah sekali menangis, baca kalam Allah sedikit sudah terkesan dan menitik, memang tiada gantung harap, melainkan hanya pada Allah untuk melegakan kerunsingan kita secepatnya. Muhasabah berjalan dengan air mata, memohon ampun atas semua dosa yang telah berlalu, yang sedang berlaku, dan yang akan berlaku.
Pandangan2 terhadap alam dan manusia, semuanya tercakna, terkesan, ditadabbur, semuanya diambil ibrah, hatta melihat ludah di jalanan Mesir ini pun, tertadabbur sama mengharapkan syurga tertinggi yang pastinya bersih sekali dan tiada pemandangan2 kotor sebegini.

Sekejap sahaja, bila nikmat datang, jiwa ini seakan2 terlupa semuanya.

Mujahadahnya kurang, muhasabah amalnya kurang, tangisnya apatah lagi. Sekejap2 direnjat dengan musibah orang lain, tapi kurang diempati, lupa sama2 merasa pedih hati orang lain, bila hati sendiri bahagia seorang.

Sekejap risau, sekejap lupa. Memang normal.
Justeru depresi tidak menjengah, kerana saya tahu itu normal. Iman naik turun itu normal. Tidak harus terlalu depresi, TAPI harus dirisaukan segera. Segera, dan bertindak. Jangan selesa.

Allahu akbar..

Taqwim tahunan ditenung lagi. Tenung dalam ingatan. Tarikh2 tertentu sudah berceloreng. Tarikh yang pelbagai warna juga tak kurang banyaknya. Fatrah menuntut ilmu di bumi alBanna ini sudah tidak lama. Ilmu duniawi dan juga ilmu ukhrawi. Barulah terkejar2 mahu ke Maktabul I'lam, membeli buku2 ikhwan dan sumber2 tarbiyah yang lain di situ. Barulah mahu itu dan ini. Barulah mahu bekerja keras seawalnya. Barulah segala idea2 dakwah dan tarbiyah muncul. Barulah2...macam2 barulah tapi masa yang ada sangatlah singkat.

hmmh.

Memanglah memang, nikmat2 mudah sekali buat manusia leka. Masa2 lapang pada 5 tahun ke belakang, barangkali kalau dicampur masa tidur yang berlebihan itu dan tidur selepas subuh yang konsisten pada tahun2 dahulu,  entah berapa banyak masa sebenarnya yang saya manfaati betul2 untuk mencelupkan diri dengan celupan Islam. Entah berapa banyak kesempatan yang saya abaikan di sini yang saya takkan dapat ulangi dan minta ia kembali. Entah berapa banyak tidur yang tidak diberkati kerana keterlaluan. Entahlah..

Nikmat menjadi muda, sihat belaka, masa lapang yang banyak, selesa dengan duit scholar, dan hidup yang terlekakan dengan cita2, semuanya memang kita sedang rasa.

Melekakan.

Bukan kita minta supaya ditarik nikmat2 itu agar kita sentiasa ingat Tuhan, tidak. Allah akan beri apa yang Dia mahu. Kewajipan kita, untuk sentiasa berdoa dan berharap agar kita tidak terlekakan dan sentiasa peka dengan setiap kesenangan yang kita ada.
Sentiasa sabar dan tsabat dalam ketaatan.

Nikmat sihat masih ada, takkan hari2 mahu beli burger firakh (ayam) sebagai makan tengah hari?
Nikmat masa lapang masih ada, takkan hari2 masih tidur lepas subuh? Selepas selambak bahan dan tarbiyah yang kita terima bertahun2, di mana perubahan kita?
Nikmat muda masih ada, dan kita masih terjelepuk di hadapan laptop lebih lama sampai rumah terabai dan tidak berkesempatan menyantuni ahli beit kita, apatah lagi menziarahi akhawat kita yang lain terutamanya adik2 kita?
Nikmat kaya masih ada, malah mungkin bertambah kaya lagi apabila mula bekerja nanti, adakah infaq kita dari bulan ke bulan semakin bertambah, atau duit terhabis kepada benda lain sampai tidak cukup untuk membayar infaq? T_T

Kata cik mylittlepencil semalam, kita dah dapat bahan tarbiyah banyaaak dah..bertahun2 dah...adakah perubahan yang berlaku pada diri kita, seiring dengan bahan tarbiyah yg kita dh dapat tu?
Kalau belum, check semula. Something wrong somewhere.

Jangan pernah selesa, dalam mengejar syurga. Saingan terlalu ramai.
Alert alert alert. Cari peluang, kejar peluang.
Jangan dihinggap penyakit lupa, terlupakan diri sendiri.
Siapa yang akan mempedulikan kita kalau kita sendiri tak peduli dengan diri kita?

No comments: