30 November 2012

Decision

Saat ini
Aku perlu putuskan
Manusia bagaimana yang aku mahu jadi
Pada masa depan
Melayari tahun-tahun terakhir pengajian
Kelak akan bermula realiti hidup
Dunia bagaimana yang mahu aku corakkan

Unta merah
Kediaman mewah
Persalinan mulawwanah
Harta tak sudah membeli belah

Atau

Jejak Abdurrahman bin Auf yang mahu aku teladani
Atau Mus'ab bin Umair
Atau sahabat yang lain

Dan

Pengakhiran bagaimana yang aku mahukan
Aku tak mahu mati tiba-tiba
Tanpa mengimpikan kematian bagaimana yang aku mahukan
Aku tak mahu kematian mendatangiku
Dalam keadaan aku tiada perancangan menghadapinya

Di atas tilam empukkah
Atau di tikar sujud ketika beribadah
Atau di atas perjalanan ketika berdakwah dan jihad
Atau apa
Aku perlu putuskan
Dan berazam
Dan bermimpi
Dan mengimpikannya selalu

الموت في سبيل الله
أسماء أمانينا

Aku perlu putuskan
Memang
Aku masih bacul untuk bermimpi syahid
Tapi aku tahu
Itu cara kematian yang paling mulia
Cuma perlukan jiwa yang jantan
Untuk berani bermimpi tentangnya.

Ya Rabb
Kau Maha Kuat
Kuatkan hati ini
Untuk berani bermimpi.

Agar mimpi yang kuat itu,
Kau anugerahkan bersama realiti.

No comments: