Biar malaikat yang baca

6:28 AM أمانينا 0 Comments

Alangkah indah
Bila para malaikat membacakan padanya kitab,
Amalan-amalan solehnya semasa di dunia,
Sedang dia duduk nikmat di atas dipan-dipan yang empuk,
Menikmati pemandangan indah yang tak terkata cantiknya.

Terzahirlah amal-amalnya,
Yang dia rahsiakan semasa di dunia dahulu,
Agar maqam ikhlas terpelihara selalu.

Dan termaklumlah semua penghuni syurga tentang amal solehnya,
Dan mereka saling bertukar cerita tentang amal soleh mereka semasa di dunia,
Tanpa perlu bimbang terhapus pahala amalan mereka.

Indah.

Alangkah malangnya,
Bila kitabnya dicampak begitu sahaja padanya,
Dan dibiarkannya membaca sendiri kitabnya itu,
Dan hisablah dirimu sendiri, kata Tuhan.

Dahulu dia sering menyebut-nyebut  amalannya di khalayak,
Agar dipuji dan dimuliakan,
Sekarang, silakan sebut kesemua amalan itu,
Lantas dia mencelakakan dirinya sendiri pada hari itu,
Buku apakah ini?!
Segalanya tercatat di sini!!

Alangkah malang,
dipersilakan ke kamar yang panas menggelegak,
Sesal yang tiada patah baliknya.

Sungguh malang.

Rahsiakanlah amal solehmu sedayanya,
Biar malaikat yang membacakannya di syurga nanti.
Dan semua penghuni syurga mendengarnya.

Jangan biar ujub dan riya' mencemarnya.

Jangan.

You Might Also Like

0 comments: