29 September 2012

Diuji

Tahun ini, ramai sangat akhawat yang teruji dengan exam akademik masing2. Yang teruji dengan repeat paper, lepas itu teruji lagi dengan result dur, sama ada dapat naik tahun atau kena repeat year pula. Bertimpa-timpa ujian mendatang. Nak repeat year, bagi pelajar private, kena bayar pula sekian ratus USD untuk satu paper. Di Tanta, sudah ada ura2 ramai adik2 first year yang terpaksa carry semua subjek, untuk BFG. Balik ke Malaysia.

Tidak kurang juga mereka yang diuji dengan perlunya untuk pindah ke rumah baru, kekangan wang ringgit untuk menampung kos pindah, membayar takmin dan upah simsar(broker) yg sama harga dengan harga sewa. Baru sahaja tahun lepas proses pindah beramai2 berjalan, tahun ni sudah ada yg kena pindah lagi. Ada yg saban tahun pindah rumah baru, macam2 RI sudah dirasa.

Mereka sedang diuji.

Lalu kita, adakah kita menjadi paha kiri, yg bila si paha kanan dicubit, kita merasa sakitnya yang sama?

Mereka sedang diuji.

Sila jangan selesa dengan kerusi pusing2 anda. Bercacing kepanasanlah, bila kita rasa kita sedang bersenang2.

Pakai kaca mata iman anda.
Kita sedang diuji juga sebenarnya. Diuji dengan tiada masalah, dan menghadapi orang2 yg sedang mempunyai masalah. Apa tindakan kita?

Adakah kita sama2 rasa, "Akulah yg kene repeat tu!" Kita sama2 rasa tak, "Oh akulah yang takde rumah sekarang ni!"
Rasa nak tolong cari rumah sama2, rasa nak hulur semua duit yang ada, rasa nak bawak dan bagi segala nota exam dan buku yang kita ada!

......


Ke tak rasa?





Ukhuwwah tu, bukan sekadar berpegang tangan di taman berlari2 anak bkejaran. Bersama2 berlibur di Maadi menikmati Triple Cheese Cake buatan Beano's yg amat sedap tu.

Puncak tertinggi ukhuwah itu, itsar, yg cirinya sangat tinggi nak dicapai.
Sampai sanggup mengorbankan nyawa.
(kita ini, baru nampak anjing jalanan, dh tolak member kat depan bagi member jalan dulu. ;) )


Sudah lama sangat kita hanya duduk di kerusi malas, memerhati, dan mendoakan dari jauh.
Mungkin dah tiba masanya untuk kita turunkan padang dan berpijak di debu yang realitinya menyesakkan hidung!


No comments: