23 September 2012

Diri sendiri

Mengenali diri sendiri,
adalah satu perkara yang unik dan rumit.

Memahami diri sendiri,
Mempersoalkan tindakan diri,
Memerhati gerak balas emosi,

'Mengapa aku begini dan begitu?'
'Kenapa aku tidak begini dan begitu?'
'Bagaimanakah aku ketika ini dan itu?'
'Apakah sepatutnya reaksi aku pada ketika ini dan itu,?'

Menjadi pelaku dan pemerhati.
Menjadi pesalah dan penghukum.
Menjadi si kalut dan sang sempurna.
Menjadi si pesimis dan si optimis.

Kita ini bahkan sangat jahil tentang diri kita,
walaupun kita ini yang sedang hidup,
sebagai seorang 'diri kita',
Melainkan Allah sahajalah,
yang Maha Mengetahui  tentang kita,
pada perkara yang kita sedar mahupun kita tak sedar,

Dari gerak kinetik sehelai bulu roma,
hingga ke mimpi bulan purnama,
Dari getar rasa hati
hingga ke angan bahagia,
Dari senyum simpul
hingga ke tawa besar,
Dari fikiran pertama mata terbuka,
hingga fikiran terakhir mata terpejam,
Dari gerak jari pada touch screen,
hingga tujahan jari pada keyboard,
Dari bersangka sendiri dalam hati,
hingga bentak emosi dalam aksi bisu.

Terhadnya diri, namun masih mahu mengingkar Ilahi.
Sesal menjengah, dan ingkar lagi.
Taubat, dan ingkar semula.
Berkitar-kitar.
Mengulang roda yang sama.

Takut pula, kalau diri ini mati pada roda ingkar,
Jadi bahan bakar neraka kah akhirnya?

:-(






No comments: