19 August 2012

Pasca ramadhan

Antara duka dan gembira,
Bercampur baur.

Mahu menangis, kerana Ramadhan sudah berakhir.
Perlu gembira, kerana Rasulullah s.a.w. tercinta menyuruh kita merayakannya.

Entah diterima atau tidak,
Puasanya,
Solatnya,
Amal solehnya.

Entah diampun atau tidak,
Dosa-dosanya yang menggunung itu.

Entah terpelihara tidak,
Dirinya dari api azab itu kelak.

Entah tercalon tidak,
Dirinya ke syurga rebutan pencinta2 Allah itu.

Entah.
Dia bingung.

Dan hanya mampu merenung.
Bertakbir dalam keresahan.

No comments: