11 August 2012

Bila dah tak rasa

Kadang2 kita rasa terkesan habis, dengan apa yg kita dapat dlm usrah atau daurah pada hari itu. Jiwa syahdu basah habis menangisi kesilapan diri. Sebab itu kadang2, lebih best bila kita dah try and error dulu, kemudian baru diberi bahan usrah/daurah selepas peristiwa sudah berlaku. Lagi faham tentang tajuk yg dibentangkan dan terus apply.

Kadang2 kita tak rasa,
tak terkesan,
kering,
dengan bahan2 tarbiyah yang disuapkan kepada kita.

Yang satu, kerana bahan itu kena dengan situasi yg kita sedang alami, sudah alami, atau kita dah melaksanakan tuntutan ayat2 tersebut. Menunjukkan pencerahan apa sebenarnya yg kita perlu buat, apa yg kita dah silap buat, di mana kedudukan kita dalam ayat2 Quran yg ditadabburkan. Kita rasa Allah sedang bercakap dan memuhasabah kita.

Yang satu lagi, kita belum alami, tak alami, atau kita masih belum beramal dengan ayat2 itu.

Belum alami, tak apa.
Tak alami, tak apa.

Tapi kalau belum beriman dengan ayat itu, dan belum melaksanakan tuntutannya, dalam keadaan kita ada kapasiti utk beriman. Ini parah.

Awas.

Bila hati sudah tidak terkesan dengan ayat2 Allah.

"Sesungguhnya org2 yg beriman adalah mereka yg apabila disebut nama Allah, GEMENTAR HATINYA, dan apabila dibacakan ayat2Nya LPND mereka, BERTAMBAH KUAT IMANNYA dan hanya kpd Tuhan mereka bertawakkal."
[Al-Anfāl, 8:2]



No comments: