04 July 2012

All or None Law

Dalam hubungan berlainan jantina, maksud saya, lelaki dan perempuan, bagi saya, All or None Law perlu di apply.

Sama ada Anda dan si dia hanya sekadar kawan, full stop.
Atau jika berkenan, sila rasmikan cinta kalian dengan pernikahan.
Tiada jalan tengah, yakni untuk bermain cinta dahulu sebelum hubungan kalian sah di sisi islamic Law.

Jika tak cinta, buat cara tak cinta.
Jika cinta, buat cara cinta, yang betul.

It’s either ALL, by getting married,
Or NONE, by keeping the barrier between man and woman as Allah had guided us.

Meminati? Itu nature alam, yg berlawanan jenis akan saling tertarik. Cuma Allah dah pesan kan, jaga pandangan, jaga kemaluan.
Minat, perlu dijaga dan dikawal.

Jangan terbuai2 seperti buaian hayunan tinggi di padang permainan kanak2.
Nanti terbang tinggi, terlepas pegangan, jatuh gedebuk, parah lukanya. Kalaupun tidak terlepas pegangan, Anda kelihatan sangat tidak seimbang dan diancam bahaya bila2 masa sahaja.

Faham kan maksud saya? :)

No comments: