27 June 2012

Obsession

Kecantikan,
Bukan untuk diobsesi,
Ia langsung bukan milik kamu.

Mata bundar itu,
bukan kau yang cipta,
Hidung mancung itu,
bukan kau yang tegakkan,
Bibir mekar itu,
bukan kau yang lalukan darahnya,
Pipi gebu itu,
bukan kau yang memperhalusinya,
Putih licin kulit itu,
bukan engkau yang mewarnakannya,
Langsung,
Tidak ada satu pun yang engkau punya.

Lalu kenapa kau begitu obsesi dengan kecantikan itu,
dan mengatakan itu KAU PUNYA?
Kau tiada jasa langsung terhadap apa yang kau ada,
Semua itu Tuhan yang kurnia.
Meski dengan 'tepek'-kan krim termahal sekalipun,
Allah yang tentukan, apa yg terbaik buatmu.

NOT even single things are YOURS.
Tiada, LANGSUNG.

Maka mengapa perlu obses?
Mengapa tidak disyukuri?
Mengapa dimegah-megah?
Mengapa tidak ditutupi?
Mengapa dikejar-kejar?
Mengapa tidak meredhai?

Eternal beauty, Allah sudah janjikan di sana.
Di syurga.
Kekal muda, pasangan yang sebaya, SELAMANYA.

2 comments:

Amal Hanani Abdul Halim said...

kenapa tibe2 bicara ttg kecantikan?
adakah kerana sebamed menyebabkan kesan yg tidak menggembirakan?
boleh jual kepada saya jika tidak mahu...heheh

amaninast said...

Takde kaitan La dengan sebamed. =..=
Takde la tibe2 pun mal. Dah kalau hari2 tgk cermin, takkan la tak tertadabbur muka sendiri. Ni org dalam cermin tu yg bagi nasihat.. :P