27 June 2012

Karya

Berkaryalah.

Selagi muda masih memberi engkau semangat.
Selagi tua masih memberi engkau hikmah dan keramat.

Jangan ditunggu nyawa di kerongkongan, kerana saat itu semuanya sudah terlambat.

Berkaryalah.

Dengan karya dakwahmu,
karya penulisanmu,
karya orang binaanmu,
karya pidatomu,
karya merdu suaramu,
karya pendapatmu,
karya kajian rumitmu,
karya sujudmu,
karya hafazanmu,
karya lukisanmu,
karya perniagaanmu,
Apa sahaja.

Selagi hayat dikandung jasad,
Budi yang baik dikenang jua,
Selagi dakwah dikandung hayat,
Hingga ke syurga ia membawa.

No comments: