08 June 2012

Doakan lah…



Bila manusia meminta didoakan,
Jangan dipandang entengnya permintaan,
Doa itu penghubung dengan Tuhan,
Semakin ramai mendoakan,
Semakin bercambah potensi dimakbulkan.

Bila manusia minta didoakan,
Raihkan ke langit, tanganmu tadahkan,
Dan berdoalah segera apa yang dia mintakan,
Mahukan kejayaan imtihan, doakan.
Mahukan perkahwinan, doakan.
Mahukan zuriat, doakan.
Mahukan ketenangan, doakan.
Sebut satu satu nama mereka.
Doa biar spesifik!

Bila manusia minta didoakan,
Tidak perlu kau tunggu waktu azan,
Tidak perlu kau tunggu waktu solat,
Tidak perlu kau tunggu waktu qiam,
Doakan terus! Pada saat itu juga!
Tadahkan tanganmu ke langit, dan berdoalah!
Jika ada kesempatan, dan engkau sampai pada waktu-waktu khusus doa termakbul,
Dan engkau punya ingatan kepada permintaan mereka,
Maka berdoalah lagi untuk mereka.
Moga-moga Allah makbulkan dan tambahkan lagi.

Bila manusia minta didoakan,
Jangan sesekali kau lengahkan,
Kerana syaitan akan sentiasa menyibukkan dan menyesatkan engkau,
Hingga kau lupa untuk mendoakan kebaikan kepada manusia,
Teruslah berdoa pada ketika itu juga,
Jangan sampai syaitan membuat engkau lupa mendoakan!

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

1 comment:

Anonymous said...

em, doakan ak sekali!!