21 June 2012

Bila tarbiyah tidak lagi Italic.

Kepenatan menjawab MCQ sebanyak 100+40 dalam masa 3 jam peperiksaan. Mujur masa yg diperuntukkan mencukupi, tidaklah terkejar2 keretapi nak pecut jawab dan fikir sepantas mungkin.

Ikutkan kepala, kepala ini mahukan tidur, tapi matahari sudah melewati waktu Asar. Makruh untuk tidur selepas Asar.

Majalah JOM! Isu 02 terdampar di atas meja. Baru sampai ke tangan sebentar tadi. Katanya isu 03 juga sudah sampai, Ummi MM tolong bawakan. Dua kali alhamdulillah terucap bila tahu dua2 isu yg kami bdk2 Mesir ni ketinggalan zaman seketika, sudah sampai akhirnya.

Masih belum habis baca lagi, dan landing2 petang2 begini diperuntukkan utk meneliti majalah baru ini.

Terasa seperti membaca bahan2 daurah pula bila baca majalah ini. Daurah berinteraksi dengan alQuran, daurah tarbiyah(point2 syumuliah, insaniyah, wasatiyah.. Terbayang gambar pokok tertulis rabbaniyah dan cabang2nya ciri2 tarbiyah Islam yg lain:) teringat kertas daurah semasa tahun 2, ada gambar smiley besar, cerita tentang tarbiyah dan kepentingan dan huraian lagi tentang tarbiyah dan keperluannya. Daurah bersama kak H, Uqy,dan u u yg lain. )

Belum kira pula sharing2 ayat alQuran mcm ayat masuk Islam secara kaaffah dan penerangannya etc.

Tersengih sahajalah. Rasa refresh semula bahan2 ini.

Dan sekarang, bahan2 ini dikongsi bersama masyarakat dengan lebih meluas.

Dan saya membayangkan..

Suatu masa nanti, atau mungkin sahaja sekarang ini, perkataan tarbiyah tidak lagi menjadi perkataan bahasa Arab yg di-italic-kan, tapi sudah sebati bersama bahasa Melayu pula.
Tanda tarbiyah bukanlah satu benda asing ajaran wali2 UFO,
tanda tarbiyah sudah mula diimani keperluan dan kepentingannya,
tanda tarbiyah dan manifestasi dakwah sudah diamalkan dan digerakkan oleh manusia secara realitinya, bukan sekadar penulisan lebat semata.
Suatu masa, bila tarbiyah bukan lagi suatu benda yg jargon, hanya digunakan oleh ustaz2 yg balik dr Mesir.
Bila tarbiyah Islam mewarnai semua manusia.

Suatu masa nanti, bila tarbiyah tidak lagi italic.

(sambung baca Majalah Jom)

1 comment:

Anisah Shamilah MS said...

semoga tarbiyah itu sentiasa bertulisan BOLD. :)