25 May 2012

Murobbi dan kita

Semakin bertambah usia kita dalam tarbiyah, kadang2 kita terasa bekalan kita semakin kering. Dan kita tahu kita tak boleh lagi bergantung harap kepada murobbi kita sepenuhnya, untuk terus berada dalam jalan yang mulia ini.

Kita tahu kita harus mula berdiri sendiri, berfikir sendiri, mentadabbur ayat2 alQuran sendiri, dan mengambil ibrah sendiri, tanpa disuap seperti dulu.

Kita mula belajar, apa yang dimaksudkan dengan Allahussomad, status YM yg kerap kali kita lihat di ID murobbi kita. Meletakkan sepenuh pergantungan kita, hanya pada Allah, bukan pada diri sendiri, bukan pada manusia lain. Kita semakin faham kata2 murobbi kita dahulu, yang mengatakan, "Bila kita berada dalam jalan dakwah, orang yang paling kita mahu dakwahkan adalah diri kita sendiri." Ya, bergantunglah kepada Allah sahaja, dan dakwahlah diri kamu sendiri, kemudian dakwahlah manusia lain. Kerana dengan memberi, ia menumbuhkan iman dalam hati kita terutamanya, dan kpd manusia lain. Allah yg memegang hati mereka dan kita bertawakal kepadaNya utk dicampakkan hidayah dalam hati manusia lain. Kembalikan pergantungan itu kepada Allah.

Cara fikir yg telah dibentuk oleh murobbi kita tanpa kita sedar, telah menjadikan kita pada hari ini, berfikir sewaras mungkin, sematang mungkin, seIslam mungkin, seredha mungkin dari Allah. Kita sangat berharap syura dan ijtihad kita saban hari, dibantu Allah sentiasa dan terhindar dari kepentingan duniawi. Dan sudah tentu, semua ini memerlukan hati yang benar-benar ikhlas dan selalu saling mengingatkan agar diniatkan segala amalan, hanya kerana Allah. Allah sahaja. Dan kita sedar keperluan untuk tajarrud dan menyucikan hati kita dari sebarang anasir selain Islam.

Kita semakin sedar, bila kita menjadi murobbi, langsung tidak bermaksud kita lebih baik dari mutarobbi kita. Langsung tidak! Bahkan mereka lah sumber kekuatan kita. Kita tahu kita sangat belajar dari juhud dan semangat mereka. Kita tidak banyak beza dengan mereka bahkan mereka jauh lebih baik dari kita. Kita hanyalah tua beberapa tahun dalam tarbiyah dan itu tidak membawa apa2 bukti yg taqwa siapa yang lebih hebat di sisi Allah!

AlQuran yang kita tatap saban hari, semakin memukul hati2 kita, dengan teguran2, yang jika difikirkan kembali, kita mungkin tidak menyangka bahawa alQuran ini seajaib itu. Semakin kita beramal dengan alQuran ini, semakin terasa dan terkena semua kalam2 Allah ini dalam kehidupan seharian kita. Ya, barulah kita faham apa yg murobbi kita katakan dahulu. 'AlQuran ini, hanya dapat difahami, dihargai, dirasai, dicintai, oleh orang2 yang bekerja sebagaimana Rasulullah s.a.w bekerja.' Dan kita tahu Rasulullah yang kita cintai itu, tiada lain tugasnya di bumi ini melainkan menyampaikan risalah agung ini dan dakwah menjadi darah dagingnya. Kerana itu setiap isi alQuran tidak ada satu pun yang tidak penting di sisi Rasulullah, setiap kalam ada ceritanya yg tersendiri dalam perjalanan dakwah baginda.

Dan kita, baru mula merasa sedikit2 apa yg Baginda Rasulullah rasa, dengan bertatihnya kita dalam jalan dakwah ini, kita rasa apa yg sudah sampai masanya kita rasa, sesuai dengan pertumbuhan kefahaman kita tentang jalan dakwah ini. Dan kita tahu, sudah tentu alQuran ini banyak lagi teguran dan ceritanya untuk kita, kita tahu jika kita mahu merasainya, kita perlu menuntut ilmu, beramal dengan sehabis baik dan beriman dengan semua ayat2 alQuran, untuk kita tahu dan rasa, setiap kalam Allah ini memang ditujukan untuk semua manusia, untuk kita, yang mengaku para daie.

Untuk tahu, kita perlu menuntut ilmu, tetapi untuk rasa di dalam hati, kita kena beramal sebagaimana orang pertama yg menerima alQuran ini beramal dengannya.

Buku nota lama, yang mencatitkan semua taujihat dari murobbi kita, jika dibelek2 kembali, nah, ini yang aku perlukan saat ini! Kita rasa, murobbi kita telah meninggalkan kita, tidak sebenarnya. Malah dia sentiasa bersama kita secara tidak sedar, dalam buih-buih butir cakapnya dahulu, dalam setiap tulisan catatan kita, dalam setiap cara fikir kita, dalam setiap juhud hati kita. Dia sentiasa bersama kita, dan membekalkan kita mana yang terdaya, dengan taujihat nya yang hidup dalam hati2 kita. Bagaimana boleh begini? Adakah dia ada kuasa psikik dan tok nujum yang mampu meramal masa hadapan?

Tidak.. Bahkan dia juga manusia, yang beriman kepada Allah dan Rasul, dia juga seorang daie.
Kerana ikatan yang satu itu, hanya terikat dengan aqidah Islam, dan membebaskan diri dari ikatan2 lain, dan kebergantungannya hanya kepada Allah agar Allah memelihara kita sepeninggalannya, dan sedarnya dia bahawa dakwah ini milik Allah, bukan milik sesiapa, maka semuanya diserahkan kepada Allah.

Dan kita, bila kita bergantung hanya pada Allah, kita merasa kesan2 tarbiyah itu sentiasa ada di sisi kita. Ya, kerana memang sumbernya hanyalah dari Allah, dan murobbi kita mengembalikan pergantungannya kepada Allah, dan kita juga bergantung harap hanya pada Allah, dan Allah mengikat hati2 kita dengan rahmatnya, dan perasaan kebersamaan itu sentiasa hidup dan memekar. Pusinglah jauh mana pun, walau bersentuh bahu di dalam solat sekalipun, ruh kebersamaan itu pasti tiada, jika hidup kita hari2 bukan kerana Allah.

Semoga Allah mengurniakan murobbi2 kita sebaik2 balasan yakni syurga, dan kita berhimpun kembali di sungai2 syurga nya kelak. Allahumma Amin..

2 comments: