09 April 2012

emosi

Jangan disangka aku tiada emosi.
Kerana akulah yang paling emosi,
Maka aku membatukan diri.
Sehingga aku jadi lali begini.

Dijerkah petir aku diam,
Digoda manis senyum ukhti aku mengangkat kening,
Dicuit geli aku tiada reaksi,
Dihinggap cinta aku berlagak mati,
Dihentam hina aku barulah aku tergelak hati.

Dan kau melihat aku sering berkerut dahi,
Akalku tidak puas berfikir lagi,
Kenapa begini dan bagaimana harus aku atasi,
Senyumku terbit bila manusia mendatangi.

Aku belajar dari yang tertua,
Tentang hakikat emosi tercipta,
Kita mampu mengawalnya,
Dan kita juga yang menentukan,
Rasa apa yang mahu dirasa.

Mahu layan duka? Silakan.
Mahu gembira? Silakan.
Mahu bermalasan? Silakan.
Mahu bercita-cita? Silakan.
Mahu tidur dan bertangguh? Silakan.

Emotion is a window to your thinking process.
You think positive, you happy.
You think negative, you sad.

Dan aku sedar, tindakanku selama ini salah.
Mengurus emosi bukanlah dengan membekukan mereka.
Mengurus emosi itu bila emosi itu difahami,
dan digunakan untuk memanfaati aku.

Bila sedih kerana dunia,
aku memanfaati mereka dengan tangis taubat dalam doa,
Bila gembira kerana dunia,
ku manfaati mereka dengan tahmid syukur dan menggembirakan manusia lain pula,
Bila runsing dengan prasangka,
Maka ku runsingkan dengan aib dan dosa-dosa silamku,
Bila tenang dan lapang dari kerja,
Aku gunakan untuk berfikir waras dan bermuhasabah lama.

Dan manfaat kesemua emosi, kembali kepadaku,
memenuhkan poket-poket pahalaku yang masih kempis.

Masih ada emosi-emosi yang belum dimanfaati.
Moga Allah bimbing setiap rasa yang mendatangi.


Ya Allah, kurniakan aku kecerdasan emosi.

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa SESAK DADA dan GELISAH.
dan aku berlindung padaMu dari KELEMAHAN dan KEMALASAN.
dan aku berlindung padaMu dari rasa PENGECUT dan KEDEKUT.
dan aku berlindung padaMu dari BELENGGU HUTANG dan PENINDASAN ORANG.

No comments: