30 March 2012

untuk kita

Ku ulang lagi bacaan.
Dan lagi.
Lagi.
Lagi.
Apa cerita sebenarnya ini.
Ku ulang lagi.
Dan cuba memahami setiap bait yang ditulis.
Berkecamuk. Apakah ini.
Kerongkong mula melemas.
Bagai dicekik dari hadapan.
Mata ini memang kerap kering dari tangis.
Dan masih kering.
Sebak yang tertahan.
Dipujuk dengan tulisan-tulisan sabar dan redha yang ditulisnya.

Merintih dalam diam, mengimbas satu per satu wajah kami.
Setiap satu bercerita sendiri.
Cerita tersendiri, meminta difahami yang lain.
Satu di China, satu di Amerika, satu di Rusia, satu di Afrika.
Melaung di satu ufuk sekuatnya!
Dia fikir ufuk di sana akan mendengar tanpa perlu berhadapan.
Masing-masing takut menghadap, dan terus melaung dari jauh.
Dengan harapan dusta.
Mana mungkin mimpi didengari andai kamu pengecut berhadapan realiti!

Barangkali masing-masing tidak mahu pun yang sana mendengar ceritanya, tapi puas dengan melepaskan rasa dan meletakkan beban di bahu yang lain dengan gembiranya.
Suka agaknya, bila rasa betul itu, AKU lah!
Hati terus lancang berprasangka, dan ego tak mahu ditundukkan.
Tiada siapa yang benar di sini.
Setiap kita bertanggungjawab atas segala yang telah berlaku dan akan berlaku.
Termasuklah aku dan kamu, wahai mata yang membaca.


Kau bukan satu entiti, dan aku bukan satu entiti yang lain.
Minta dibekas di dahimu, minta ditoreh di tanganmu, minta dihafal di hemisfera kepalamu,
Yang kita adalah SATU.

Kita cuba sama-sama,
benarkan niat kita
benarkan hidup kita,
hanya kerana Dia.
Allah sahaja.
Tiada yang lain.

Duhai Ruhul Jadid, masih segarkah ruh mu seperti dahulu?

UFAA

No comments: