24 March 2012

# karya

Curi-curi?

Pintu kamar ditutup rapi, tanda tidak mahu perbualan mereka didengari orang.
Jika aku mahu,
Boleh saja aku senyapkan diri dan memasang telinga untuk mendengar perbualan rahsia mereka.
Syaitan mengipas-ngipasku agar mencuri-curi dengar, seperti mereka cuba mencuri-curi dengar berita di langit,
Mereka mahu aku menurut jejak langkah mereka pastinya,
Celaka sungguh. Aku tidak mahu dipanah petir.
Lalu aku tinggalkan ruang kamarku.
Dan bila aku kembali semula, aku bisingkan sedikit suaraku.
Bila aku mula solat, aku kuatkan bacaanku.
Setiap kali aku didengarkan dengan suara mereka, aku kuatkan lagi bacaanku, aku panjangkan lagi tilawahku.
Bila aku menulis, ku lagukan zikir Istighfar buat pemecah kesunyian dan menutup peluang mendengar yang tidak sengaja.
Bila aku mahu tidur, aku harap Allah menghijabku dari mendengar perbualan mereka.

Kata Nabi, di antara baiknya Islam seseorang, ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.

Moga aku salah seorang yang baik Islamnya. Moga-moga.
((Amin..))

No comments: