Asaku Asamu

11:40 PM أمانينا 1 Comments

Saya cuba untuk google, apa maksud perkataan 'asa', dek kerana tertanya-tanya apalah maksud tajuk lagu 'Asaku Asamu' nyanyian Starfive ni. Kamus bahasa Indonesia saya sangka asal usulnya.

Rupanya,...

Asa= harap[an]
contoh: Beliau sudah putus asa dalam pekerjaannya itu.

Tidak perasan pula kalimah asa ada sahaja digunakan.

Lagu Setulus Dian, dan Asaku Asamu, dua2 bercerita tentang erti sahabat dan kehidupan bersahabat.
Memang banyak persamaan antara lirik dua lagu ini, memang realiti ciri-ciri persahabatan ceritanya akan sama.

Kehidupan bersahabat yang bermakna, akan melalui suatu jangka masa yang panjang, perkenalan yang lama.
Sangaaaaaatt lama.

Ada masa suka berkunjung, ada masa duka menoreh hati.

Jika tiada asam dan garam, maka tidak layak lagi kita kata inilah sebuah persahabatan sejati.
Jika asyik merindu dan bahagia, tapi tidak teruji dengan calar hati dan kecewa, definisikan kembali persahabatan kita dengannya.

Jika jatuh seorang, tangan seorang lagi dihulur untuk bangun.
Jika seorang bangun dan seorang lagi tidak mahu, tangan tetap dihulur jua.

Persahabatan ini, bermula dengan mempunyai mimpi yang sama.
Menjadi igauan setiap tidur.
Pejam mata mereka, bermimpikan benda yang sama.
Celik mata mereka, sepanjang hari tersemat di dada cita-cita yang sama.
Kadangkala terduduk, hampa, tapi tidak menjadi penamat cerita perjuangan.

Persahabatan yang dinamik, pelbagai ragam dan warna.
Variasi personaliti dan pendapat memang menambahkan pengalaman.
Penuh torehan dan haruman.
Penuh inbox yang membina dan meresahkan.
Namun kaki tetap berdiri. Dan bibir tetap mengucapkan salam rindu dan kasih.
Genggaman tangan tetap tidak dilepaskan. Pelukan erat menyentap kekerasan hati.

Allah. Kau jadi saksi hati-hati ini.
Bersatu dalam ketaatan kepadaMu.
Menegakkan syariatMu dalam kehidupan.
Bimbinglah kami dengan manhaj RabbaniMu.

10/3/12
LS

You Might Also Like

1 comments:

nusaibah said...

saya sayang awak em:)