28 February 2012

mari mencintai liqa'ullah

من كره لقاء الله، كره الله لقائه .
Siapa yang membenci pertemuannya dengan Allah, 
Allah membenci (juga) bertemu dengannya.

rancanglah sebaiknya kehidupan anda,
dan rancanglah sebaiknya malah lebih baik lagi kematian anda.

terlalu ramai sudah manusia membentangkan perancangan2 kehidupan mereka kepadaku,
perancangan untuk berumah tangga,
perancangan untuk keluarga bahagia,
perancangan untuk dapat mumtaz dalam imtihan,
perancangan sambung master, PhD, specialist, sub-specialist,
perancangan kewangan, biaya rumah, biaya kereta idaman,
perancangan dan perancangan.
 
tetapi jarang sekali aku temui manusia2 yang membentangkan perancangan kematian mereka.
persediaan untuk mati hari ini.
persediaan untuk mati esok.
persediaan untuk mati lusa.
persediaan untuk mati bulan hadapan.
persediaan untuk mati tahun hadapan.
persediaan untuk mati pada usia 60 an.
dan seterusnya, jika Allah mentakdirkan.

alFatihah untuk diri sendiri.
semoga Allah buka pintu hati ini lebih luas lagi untuk menyerahkan diri secara total kepadaNya.

1:22am

1 comment:

Anisah Shamilah MS said...

hakikatnya, org yang paling bijak, tetap org yg mengingati dan mempersediakn diri untuk kematian.

:)

jazakillah sis!