28 February 2012

mari mencintai liqa'ullah

7:23 AM 1 Comments
من كره لقاء الله، كره الله لقائه .
Siapa yang membenci pertemuannya dengan Allah, 
Allah membenci (juga) bertemu dengannya.

rancanglah sebaiknya kehidupan anda,
dan rancanglah sebaiknya malah lebih baik lagi kematian anda.

terlalu ramai sudah manusia membentangkan perancangan2 kehidupan mereka kepadaku,
perancangan untuk berumah tangga,
perancangan untuk keluarga bahagia,
perancangan untuk dapat mumtaz dalam imtihan,
perancangan sambung master, PhD, specialist, sub-specialist,
perancangan kewangan, biaya rumah, biaya kereta idaman,
perancangan dan perancangan.
 
tetapi jarang sekali aku temui manusia2 yang membentangkan perancangan kematian mereka.
persediaan untuk mati hari ini.
persediaan untuk mati esok.
persediaan untuk mati lusa.
persediaan untuk mati bulan hadapan.
persediaan untuk mati tahun hadapan.
persediaan untuk mati pada usia 60 an.
dan seterusnya, jika Allah mentakdirkan.

alFatihah untuk diri sendiri.
semoga Allah buka pintu hati ini lebih luas lagi untuk menyerahkan diri secara total kepadaNya.

1:22am

19 February 2012

Doa sampai maqbul. Doa sampai syurga

4:29 AM 0 Comments
Grenoble, France.

"Semua orang ambil satu kertas. Minima saiz separuh A4."

Semua orang tertanya2, 'apa lah ustaz nak suruh buat ni..'

"Fikir satu doa, sepuluh patah perkataan sahaja. Fikir sekarang."
"Ya Allah termasuk tak ustaz?"
"Ya Allah tak termasuk.. =.=' "

"Sekarang tulis nama antum dekat paling atas, paling hujung, sebelah kiri.."

Tulis tulis tulis...
"Sebelah nama antum, tulis doa yg antum dah fikir tadi.."

Tulis tulis tulis...

"Passkan kertas tu kat orang sebelah..sampai antum dapat balik kertas antum. Tulis doa antum kat setiap kertas kawan antum."

'ooo..nanti semua orang dapat la doa semua orang....', kami membuat kesimpulan sesama kami. 'Apelah ustaz ni nk buat sebenarnye..', masih tak surut tanda tanya dalam hati masing2,

"Tulis2, jangan ngumpat ana.."
Tergelak kami sesama sendiri.
Skype call diputuskan dahulu, memberi masa untuk kami menulis doa masing2 pada 17 kertas yang berlainan.

"Ustaz, dah ustaz.."

"Ana nak, antum baca semua doa kat kertas antum tu, sampai maqbul."

Mata masing2 scanning kepada setiap doa yang tercatat di kertas masing2.

"Ustaz, macam mana ustaz? Semua doa pasal syurga je.."
"Ha.. doalah.."

'Oooo...maknenye kene doa sampai bila2 lah ni..sampai semua orang dah masuk syurga, tu la waktu doa tu dah maqbul...', kami membuat khulasoh lagi sesama kami. Cuba memahami maksud tersirat di sebalik arahan ustaz dari corong Skype.

"Baca setiap malam sebelum tidur, dengan sebelum subuh (waktu qiam)."
"Kita tutup majlis dengan tasbih kafarah dan surah al-'Asr."

'Ha?? Dah habis? Ni je?' terpinga2 kami semua.
Masing2 mempunyai mindsetting yang akan ada pengisian berat2 dan panjang2 sampai larut malam dari ustaz.

Masing2 terdiam, tersengih2, dan cuba mencerna apa yang baru sahaja berlaku.


...............................................................................................................................
 Mounira, SZ, Cairo.

21 bab dalam buku Virus-virus Ukhuwah, menyatakan senarai2 virus2 yang merosakkan ukhuwah mukmin dengan mukmin yang lain. Aku tertarik pada point kedua,
LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUTAN AGAMA.

Sejauh mana kadar taqwa dan kebaikan yang kita lihat pada saudara kita, sejauh itulah cinta dan persahabatan yang kita akan berikan padanya.
Dan bila hubungan persahabatan itu kering dari makna-makna dzikir, ibadah, saling menasihati, mengingatkan tentang akhirat dan mendorong semangat dakwah, ukhuwah semakin terasa gersang,  dan beralih kepada perkara yang lagha dan kita akan dok sibuk berdebat benda2 yang tak perlu.

Hati masing2 semakin keras dan cepat bosan, perkara2 lagha membuka gerbang kerosakan dan perselisihan, dan pada akhirnya terjelmalah dosa, menjadi pemisah dua sahabat dan meleraikan ikatan ukhuwah.

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya."

Dosa yang dilakukan, tak semestinya kita buat dosa dengan sahabat X tersebut, tapi apa bentuk dosa pun yg kita lakukan boleh jadi punca, hilangnya sahabat yang mencintai kita, satu demi satu. Begitu juga dari pihak si X, sebagai balasan atas maksiat yang dilakukan.

Sebagai contoh, sahabat kita merasa jika berdekatan dengan kita akan mengiringnya ke dalam maksiat, membuatkannya diam dengan kemungkaran,  lebih mengingatkan perihal duniawi dan melupakan dzikir serta akhirat, lalai beribadah, dan menjauhkan dari kegiatan-kegiatan dakwah. (astaghfirullah..T__T)
Dengan alasan2 tersebut rasa cinta sahabat tersebut semakin terkikis dan dia lebih suka bergaul dengan orang lain.(sedihnya!)

Apa kelebihan hubungan ukhuwah kerana Allah?
Sahabat2 yang berukhuwah kerana Allah ini, akan selalu mengingatkan kita masalah2 akhirat, dan kita juga berperanan yang sama.
Terus, jika seorang sahabat cenderung mengingatkan kita masalah2 duniawi, kelebihan apa lagi yang tersisa darinya??

Untuk itu, kita mula dengan diri kita. Fasa reconstruction harus bermula. reconstruct semula hubungan kita dengan Allah, sila komited dengan syariat dan hukum2 Allah, dan jauhkan diri dari maksiat dan dosa.

Seorang bijak berkata: "Barangsiapa yang menghendaki
kemuliaan tanpa keluarga,
kaya tanpa harta,
kedudukan di antara sahabat,
wibawa di mata penguasa,
maka hendaknya ia mampu MEMBEBASKAN DIRI dari belenggu maksiat menuju taat kepada Allah."


dari saya:
Hati kita milik Allah. Ukhuwah ini nikmat dan ganjaran dari Allah kepada orang2 yang mencintaiNya.
Bila cinta kita kepada Allah sudah hilang fokus,
bila solat kita hanya menjadi gerakan2 rutin dan bacaan2 cepat dan tergesa2,
bila doa kita tidak lagi dilinangi air mata sesal,
bila ma'thurat kita terpacul keluar sebagai zikir lazim yang tidak dihayati langsung maknanya,
bila kita sanggup bangun awal ke kelas tuisyen tapi rela menutup jam loceng untuk bangun qiam,
bila kita sibuk mahu mendapat tempat dalam hati manusia, dan mengejar populariti dunia dalam tak sedar, lebih dari kita terkejar2 menagih perhatian Allah kepada kita,
Hilang semua manifestasi cinta yang sepatutnya kita sibghahkan pada kehidupan kita,
hilang fokus kita mengejar cinta Allah,
sanggup kita dahulukan yang lain sebelum Allah.
Dan sikit2, Allah tarik nikmat ukhuwah itu, akibat maksiat2 yang kita lakukan.
Kita cuba untuk pulihkan semula, mari kita tatap kertas yang terukir doa2 kita bersama. Mari kita saling mendoakan, moga Allah turunkan kembali rasa cinta itu kepada kita.
Ingatan kita setiap hari. Sebelum tidur, dan dalam qiam kita.


UFAA, terlalu banyak yang tak dapat dicoretkan di sini.

saya sayang kamu semua kerana Allah.

LS, 180212