09 January 2012

# daurah # karya

sunnah alam


sunnah alam
cerah tanda siang
gelap tanda malam
matahari bersilih bulan
bulan gantinya matahari

sunnah alam
terbit fajar berdarjat-darjat
tenggelamnya juga berperingkat-peringkat
dari timur ke barat
dari sabit ke bulan mengambang pekat

sunnah alam
air disejat
berkawan di awan
bercerai di keberatan
disejat kembali
dan dikitar lagi

sunnah alam
manusia tidak dilahirkan sebagai dewasa
dari persenyawaan hinggalah ke kuburan
bertahap-tahap

sunnah alam
perubahan memerlukan peringkatan
mahu berubah biarlah istiqamah
biar sedikit janji bertambah
kalau tidak, jika terjatuh
patah riuk terus tak bangun

sunnah alam juga
siang untuk bekerja
malam untuk berehat
jika siangnya tidur
malamnya jaga
sakit kepala
pening sentiasa
jasad lemah belaka
semua serba tak kena

hidupkan siang, rehatkan malam, curi sedikit masa untuk hidupkan malam juga.

mari menyertai kitaran hidup semesta
bersama makhluk alam yang lain
mengikut rentak Ilahi.

:)

Beautiful Sunset View

No comments: