26 November 2011

Terlalu

6:10 AM 0 Comments
Terlalu banyak aku berfikir
Jari jemari terus bermain
Resah di dada masih tak hilang

Buku lama terselak kembali
Tulisannya sudah banyak yang pudar
Sudah banyak dipadam bekas tumpahan air
Memang aku tak mahu mengenang yang lepas
Namun terbias jua sedikit bekas

Terus ku selak helaian baru
Terus menulis cerita terharu
Terus menari pena biru
Terus, hadapi angin yang datang menderu.

20 November 2011

Warna

11:31 PM 0 Comments
Jika ku tanya pada Merah, sudah tentu Merah menggesaku agar terburu-buru mendapatkan penjelasan, menggelegakkan darah mudaku.

Jika ku tanya pada Kuning, sudah tentu Kuning menyemarakkan egoku, membuahkan kritikan yang pedas dan analisis kritikal, lagak seorang pemimpin.

Jika ku tanya pada Jingga, sudah tentu Jingga menyeru untuk tidak ikhlas, berfikiran cetek, dan terlalu bangga.

Jika ku tanya pada Hijau, sudah tentu Hijau menyuruh aku mengongkong mereka. Bersikap posesif.

Jika ku tanya pada Biru, pasti Biru tidak membenarkan aku memaafkan mereka, keras, dan memenangkan diriku sendiri.

Jika ku tanya pada Merah Jambu, pasti Merah Jambu terlalu emosi, menyangka yang tidak logik, dan tidak matang.

Jika ku tanya pada Putih, pasti Putih terlalu bimbang, dan menyendiri, lalu membosankan mereka dengan perilaku ku.


Jika ku tanya pada Hitam, pasti Hitam menebarkan aura negatifnya, meluahkan kekecewaannya, dan juga pesimis terhadap masa hadapan.




Namun Merah membekalkan tenaga,
Kuning berakal optimis,
Jingga berani mengambil risiko,
Hijau menumbuhkan harapan,
Biru mengukuhkan kepercayaan dan rasa bertanggungjawab,
Merah Jambu mencintai tanpa syarat,
Putih mengadili dengan saksama dan suci, petanda sebuah permulaan yang baru,
dan Hitam melindungi, menyimpan seribu rahsia sendiri, dan gagah.

Aku perlukan semua warna untuk menjadi Super Murobbi.
Kita semua. Saling memerlukan.

emhoho
20112011