Aku mahu Tempat Pertama

4:07 PM أمانينا 6 Comments

Dirinya sangat teliti dengan setiap nafas yang keluar dari hidungnya. Mana-mana nafas yang terlalai dari mengingati Allah, maka didendanya dirinya pada nafas-nafas seterusnya dengan 'iqab' yang berat. Hatta dalam perjalanan pergi dan kembali dari membeli sesuatu barang, dia sempat menghabiskan sejuzuk al-Quran pada setiap nafasnya.

Ah, celakalah aku!

Nafas-nafasku banyak terbazir pada waktu tidur, waktu makan, waktu termenung, waktu berangan-angan.

Celakalah aku, bila nafas-nafasku, kalau ku hitung sehari-hari, barangkali tidak sampai satu per tiga dari bilangan nafasku sehari yang aku guna untuk mengingati Allah.
Celakalah aku, bila aku menghirup nafas, dan melepaskan nafas itu untuk sesuatu yang tidak dihitung oleh Allah sebagai hasanah.
Celakalah aku, bila aku tidak menjaga waktu ku, datang lambat ke liqa', datang lambat ke kelas, solat lewat, bangun lambat, datang lambat ke perbincangan.
Tapi lagi celaka kalau aku tidak menghitungnya sekarang, tidak aku rela Allah menghitungnya bila berhadapan dengannya nanti.

Tak dapat aku bayangkan, kalau aku hanya mendapat hadiah tempat kedua, bukan tempat pertama.
Tempat pertama yang diidam-idamkan umat Muhammad.
Entrance ke syurga tanpa hisab!


Alangkah malunya, andai aku sekadar mendapat hadiah tempat kedua, yang mana aku bersendirian bersamaNya, terlindung dari pandangan manusia lain, dan Dia membelek-belek kitabku, dan mengingatkan aku, 'Wahai si fulan, ingatkah kau akan dosamu yang ini? Ingatkah kau dosamu yang itu? '



Malu!!!

Bukan sekadar merah pipi, malah terasa gugur dan berderai daging-daging pipiku ini kerana sesal tak sudah, andai aku ditanya sebegitu!

Malu!!

Sebab Allah masih sudi melindungkan dosa-dosaku dari pengetahuan manusia lain, kerana kasih dan rahmatNya pada hamba-hambaNya yang berlumba-lumba mengejar syurgaNya.


Apatah lagi tempat ketiga, dicelup di neraka dahulu, kemudian baru dihantar ke syurga. Aku tak mahu, sedikit pun aku tak mahu! Hatta mendengar bunyinya, merasa bahangnya, menghidu baunya, sedikit pun aku tidak mahu rasa dari neraka jahannam itu. Itu tempat orang-orang kafir dan munafiq!

Aku mahu, aku di antara 70,000 umat Muhammad s.a.w yang mendapat tempat pertama itu! Sepantas kilat menuju ke syurga!


6 comments: