pendek tapi panjang

4:58 AM أمانينا 0 Comments

bila tekan

m--mail.yahoo.com
f--facebook.com
e--emhoho.blogspot.com
b--blogger.com
t--translate.google.com
y--youtube.com
s--souq.com
j--jpa.gov.my
d--detectinvisible.com
p--picnik.com

itulah shortform2 yg kerap ak guna especially f dan m.

tak ada apa nak cerita cuma terfikir..

tanggungjawab semakin bertambah.. permasalahan semakin mencucuk.
manusia semakin ramai utk difikirkan.
takut2 aku telah berbuat sesuka hati tanpa berfikir pendapat orang lain.
takut2 aku terlalu bermudah2 sampai rupanya memberatkan orang lain.
lain orang lain prioritinya.
aku lain mereka lain. bila membuat keputusan utk semua orang, penting utk ambil pendapat semua dan barulah buat keputusan.
tak wujud istilah2 nafsi2 dalam perkara yg melibatkan jamaie.
setiap keputusan yg aku buat aku harus fikir maslahat utk jangka masa panjang, bukan sekadar maslahat jangka pendek.

oh tidak.
aku takut aku semakin selesa dengan kedudukan sekarang dan tidak upgrade diri.
teruknya.
Allah dah selamatkan aku hari ini, dari ketakutan aku pada manusia.
adakah aku akan selamat akhirat nanti? siapa lagi yg dapat menyelamatkan aku selain Allah yang kepadanya juga aku takuti dan aku harapkan padanya juga perlindungan?

hidup ini penuh dgn shortform. banyak yang terbuku di dalam hati.
akhirat nanti akan ada semua elaboration kepada semua ini.

dan baguslah, kapasiti otak ini hanya mampu mengingat shortform yg penting.

-oh, ini hanyalah monolog.-

0 comments:

Anfaal

2:04 PM أمانينا 0 Comments

Dunia ini memang sementara.
Anfaal juga sejenis dunia, dan ia juga bersifat sementara.
Allah cakap yang kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan, dan kehidupan akhirat lah kehidupan yang sebenarnya.
maknanya kehidupan dunia ini satu bentuk kematian yang bertahap lah kan? sebab ini bukan kehidupan yang sebenar..
dan kehidupan dunia ini sangat tidak bernilai.. macam air hujan rintik2 yang turun, tak kekal, dari langit, turun ke bumi, kemudian hilang diserap tanah. tamatlah cerita air hujan di situ.
kemudian timbul kehidupan baru iaitu tumbuhan2 hasil dari air hujan yang menyuburkan tanaman2, kemudian tumbuhan2 ni pun tak kekal.. ada yang manusia makan, ada yang binatang makan, dan ada pula yang dijadikan perhiasan bumi..(pokok2 tgh jalan tu, pokok2 bunga yang mak2 kita tanam kt rumah tu...minyak wangi mesir yg puncanya dari pokok bunga...)


"Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya"


"tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami (amranâ) di waktu malam atau siang"


Memang benar ketika seseorang melihat dunia berpihak kepadanya, menampakkan wajahnya yang menggiurkan dan elok, ia menyimpulkan bahwa segala sesuatu berjalan sesuai harapannya. Pada saat seperti ini tiba-tiba datang ketentuan Allah berupa adzab di siang dan malam hari untuk menghancurkan seluruh harapan dan angan-angan tadi, di mana dunia tidak hadir sebagaimana yang diharapkan. 


Memang benar ketika kita melihat Anfaal berpihak pada kita, menampakkan wajahnya yang cantik, besar, luas, menggiurkan, dan elok, kita membuat kesimpulan yang segalanya akan berjalan lancar, sesuai dengan harapan kita.


kita berharap dengan segala macam harapan. 


dan pada waktu itu, tiba2 datang ketentuan Allah berupa retakan besar di tingkat bawah, menghancurkan seluruh harapan dan angan2 tadi, ketika itu kita tersedar, dunia itu tidak hadir sebagaimana yang kita harapkan.


"lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin".


ya, Anfaal akan dirobohkan. susah kan mahu percaya?


"Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir".


moga kita tergolong dalam orang2 yang berfikir yang Allah maksudkan..




Dunia itu, kata nabi..
"Dunia adalah menipu, membahayakan dan musnah".
inilah tiga karakteristik dunia yang harus kita fahami.
............................................................................................


maafkan kami sebab dah banyak menyusahkan akhawat2 lain.
maaf ya.. :D

0 comments:

google: islamic party in egypt

3:46 AM أمانينا 1 Comments


Egypt court approves moderate Islamic party
Sat, 19/02/2011 - 17:29




Photographed by Mohamed Maarouf
An Egyptian court has licensed a moderate Islamic political party, Al-Wasat 
Al-Jadid, whose application for legal status was denied by the former 
government.

Al-Wasat was founded in 1996 when a faction broke away from the Muslim 
Brotherhood to form their own party. The party adopts a centrist platform 
and according to the Carnegie Endowment for International Peace "seeks to 
interpret Islamic sharia principles in a manner consistent with the values of
 a liberal democratic system. Although al-Wasat advocates a political system 
that is firmly anchored in Islamic law, it also views sharia principles as flexible 
and wholly compatible with the principles of pluralism and equal citizenship 
rights."
Al-Wasat has been applying for legal status since 1996. They decided to
 litigate in 2009 after the court denied their application for the second time, 
alleging that the party does not have a platform and does not meet the 
conditions stipulated in the law on political parties.

mari pupuk diri dengan ilmu pengetahuan dan critical thinking.
rajin2 baca akhbar mesir. (in arabic mumkin? haha~~~~)








1 comments:

Pengaruh dan kemasyhuran Ikhwan Muslimin

Utusan Malaysia Online - Rencana

ARKIB : 04/03/2011

Pengaruh dan kemasyhuran Ikhwan Muslimin



DI Mesir misalnya Pergerakan Jamaah Islamiyyah yang terkenal sebagai Tanzim al-Jihad dan Takfir wa'l-Hijrah merupakan pergerakan yang paling radikal dan sering menunjukkan keganasan demi membentuk negara Islam. Hasil daripada tindakan dan ideologi radikal oleh pergerakan-pergerakan Islam tersebut, maka persatuan atau pergerakan Islam yang lain turut disalahtafsir oleh masyarakat luar.


Di negara Mesir juga, jumlah pergerakan Islam melebihi 300 persatuan atau pergerakan. Di antara pergerakan paling berpengaruh dan termasyhur ialah Ikhwan al-Muslimin (Ikhwan) yang ditubuhkan oleh Hasan al-Banna pada 1928.
Kekuatan dan kemasyhuran Ikhwan bukan berdasarkan kepada perjuangan politik seperti mana pergerakan Islam lain yang mana kuasa untuk memerintah dan menerajui negara merupakan matlamat perjuangan mereka. Ikhwan diterajui oleh pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi dan memiliki ilmu pengetahuan dalam bidang konvensional dan tradisi Islam. Ini merupakan ciri-ciri yang wujud dalam peribadi Hasan al-Banna, tokoh pergerakan Islam yang terkenal di dunia.

Kebijaksanaan Hasan al-Banna dalam menggariskan polisi Ikhwan yang berlandaskan kepada pengajaran Islam seiring dengan struktur pelbagai aktiviti, terutamanya dalam hal ehwal kebajikan dan program sosial menjadikan Ikhwan satu pertubuhan Islam yang paling berpengaruh di Mesir. Ia bermula sebagai satu organisasi sosial yang menumpukan perhatian kepada pengajaran Islam, mendidik dan mengajar golongan buta huruf, menubuhkan hospital dan syarikat perniagaan dan perdagangan.

Kejayaan Ikhwan membentuk satu pergerakan Islam yang terkaya, moderat dan berpengaruh di Mesir juga berkaitan dengan objektif dan visi yang menjurus kepada kepentingan masyarakat dan negara bukan kepentingan politik dan individu.

Di antara objektifnya ialah menyertai kebajikan umum dan perkhidmatan masyarakat pada bila-bila masa dan keadaan mengizinkan; mengukuhkan kemakmuran negara; membebaskan dunia Islam daripada penjajahan; menganjurkan keamanan sejagat dan tamadun Islam berlandaskan prinsip Islam; membina kembali negara Islam dan menyatupadukan Mesir dengan negara Islam lain berdasarkan prinsip Islam, selain memperkukuhkan umat Islam secara mengikuti dan mengamalkan ajaran undang-undang dan akhlak Islam.

Berdasarkan objektif tersebut, para pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan bergerak begitu aktif dalam kegiatan kebajikan sosial, ekonomi dan negara walaupun tidak menerajui pemerintahan. Kejayaan Ikhwan membina institusi sosial ekonomi yang merangkumi institusi pelaburan yang boleh mencabar institusi pelaburan kerajaan, perniagaan serta kebajikan masyarakat menunjukkan bahawa pergerakan ini boleh dianggap sebagai 'state within the state'.
Dalam sektor ekonomi, Ikhwan boleh menandingi kerajaan Mesir yang mana pada tahun 1980-an, pergerakan ini memiliki tujuh syarikat terpenting negara, perusahaan dan penerbitan seperti syarikat perlombongan dan galian, syarikat perdagangan dan kerja-kerja kejuruteraan dan syarikat penerbitan Islam dan akhbar-akhbar harian.
Mereka juga memiliki syarikat-syarikat pelaburan. Syarikat pelaburan terbesar ialah al-Rayyan dan pada pertengahan 1980-an, syarikat pelaburan milik Ikhwan dilaporkan media memiliki di antara AS$5 bilion hingga AS$15 bilion. Ikhwan walaupun mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir tetapi tidak dibenarkan berdaftar sebagai parti politik. Berdasarkan kepada perundangan dan konteks semasa, Ikhwan lebih menumpukan perhatian kepada kegiatan ekonomi dan sosial, dan membenarkan ahli-ahlinya melibatkan diri dalam politik dengan menyertai parti lawan seperti parti Pakatan Islam dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1987.

Pada PRU 1984, ahli Ikhwan bergabung dengan Parti Wafd. Pada PRU 1987, ahlinya bergabung dengan Parti Buruh dan Liberal yang merupakan parti lawan terbesar di Mesir. Dalam PRU 2000, ahli Ikhwan mendapat 17 kerusi dalam Parlimen secara bergabung dengan Parti Buruh dan Liberal. Dalam PRU 2005, ahli Ikhwan menduduki 20 peratus kerusi dalam Parlimen.

Ikhwan tidak menggunakan pengaruhnya dalam arena politik untuk menerajui kerajaan Mesir tetapi lebih menumpukan perhatian kepada mereformasikan sistem pemerintahan Islam secara kerjasama dengan parti-parti politik yang wujud di Mesir. Ia merupakan perbezaan di antara Ikhwan dengan pergerakan-pergerakan Islam dalam dunia Islam lain yang mana terlalu ghairah untuk mendapat kuasa tanpa bermuhasabah diri mempersoalkan kemampuan untuk menerajui negara.

Ikhwan walaupun tidak memegang kuasa pemerintah negara tetapi aktiviti dan kegiatan sosialnya yang mana menyerupai sebuah kerajaan prihatin terhadap rakyat. Kematangan para pemimpin Ikhwan mengekalkan statusnya sebagai organisasi sosial walaupun rejim Hosni Mubarak telah digulingkan menunjukkan bahawa Ikhwan bukan pergerakan Islam yang terlalu ghairah untuk mendapat kuasa. Mereka lebih rasional dan berwibawa dalam menentukan masa depan Mesir secara menggerakkan parti-parti politik Mesir dalam menentukan dasar pemerintahan negara berasaskan kepada Perlembagaan Islam tanpa menggunakan kekerasan dan radikal.

Dr. Saodah Abd Rahman, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia




2 comments:

bahan?

12:55 AM أمانينا 0 Comments

marilah kawan2, kita tambah column checklist bahan kita.

sebelum ni sekadar tick 'sudah dapat',
marilah tambah lagi dua column.

column 'sudah menguasai'.
column 'confident untuk menyampaikan'.

(anak panah menusuk tembus jantung bila dengar cadangan kak NN ni. kui3~)

......................................................................................................................................

tanggapan aku, mungkin juga kami, selama ini, yang kalau tak dapat bahan lagi tak boleh bagi lagi bahan itu kepada orang lain.
dan kali ini pencerahan datang bertubi2.
bahan itu, mana2 boleh dapat, recording dsb.
tapi fikrah yg ditanamkan tu, sejauh mana ia mampu mencambahkan buah ilmu yang kita ada (aka bahan.)
dengan fikrah yang tertanam kukuh itulah, kita mampu sebenarnya untuk extract apa yang kita faham dari sesuatu bahan itu. kita mampu explain, dan tahu apa mesej utamanya dan bila sesuainya bahan ini.
dan memang tiada alasan lagi sebenarnya, kalau diminta memberi, kita katakan aku tidak pernah dapat lagi benda ni.(arrow3~~~stabbing3~~)
memang, menjadi yang pertama adalah sedikit ''malang'', kurang bahan dsb, tetapi apa yang mahalnya, ialah pengalaman, peristiwa, dan keadaan yang dilalui itu, itu yang sangat mahal. bukan mainly timbangannya pada bahan itu..
sunnatullah, kata kak NN, di mana2 tempat pun sebegitu.
1-kesian sedikit
2-manja
(sapa faham maka fahamlah. huhu..xfaham boleh tnya yg faham)

maka bersyukurlah, kerana ini memang merupakan satu jenis nikmat yang Allah kurniakan, dan barangsiapa yang bersyukur maka Allah akan tambah nikmatNya ke atas hambaNya, dan barangsiapa ingkar, azab Allah menanti buatnya.


0 comments: