semalu tak lagi menguncup

10:08 AM أمانينا 2 Comments

sekilas aku memandang semalu itu lantas tidak sengaja menyeretkan seliparku ke atasnya.
oh, tidak menguncup.
aku selesaikan kerja menyidaiku kembali.
dan aku kembali kepada semalu itu.
aku pijak. pijak lagi.
mahu cuba eksperimen sekolah rendah.
masih tak menguncup.
adakah semalu sudah 'resistance'?
baka semalu moden kah?
dipijak tak menguncup.
aku pijak lagi.
masih begitu.
mungkin saja teoriku benar.
atau mungkin aku tersalah pokok.
:D



semalu acapkali dikaitkan dengan wanita.
aku petik cerita ini.


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,
Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon
tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu
kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada
di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata
kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat
berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu
ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang
sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang
kecil.

2 comments:

cerita KTM

2:12 AM أمانينا 4 Comments

saya tak sempat nak update blog. benda ni bukan wajib, tapi ada share dalam kehidupan saya. lol
 berderet dua hari keluar rumah, rasa macam dah lama tak main2 dengan Aqil.
esok cik Raqiqah@fragile-soft-hearted ajak pi bekerja di taman larangan di Sg Buloh. mari isi poket..huhu

picnic di Taman KLCC khamis ni, sapa mau join mari lah.. akhawat saja...potluck ya..

oh ada cerita-ceriti.

cerita itsar, versi Malaysia.

cerita satu (bukan saya)


-kat Mesir, kalau nak bagi orang lain tempat duduk dalam bas ke tren ke, takdek plak panas telinga aku ni tahan malu. rasa biasa je benda tu. tapi kat sini, mak aii...rasa malu.. kenapa perlu malu??? aargh, Malaysia.........=.=
budaya sini lain,dan akhlaq itu masih belum terdidik habis di dalam hati kita nampaknya.
tak menjadi akhlaq lagi itsar itu, masakan bagi tempat duduk di tren pada orang tua sahaja sudah cukup buat darah naik ke muka utk maintain cuak dan cool, masih teragak2.

cerita dua (mungkin saya)


-erk, nak bagi ke tak... nak bagi ke? ke takpe je? eh kene bagi...makcik tu bawak anak.. kalau tgk poster kt cermin ktm ni, ada 4 jenis orang yang dikatakan lebih memerlukan tempat duduk.
1. ibu mengandung. tiada bapa yang mengandung.
2.orang pgg tongkat=orang tua,
3.orang patah kaki? (xigt)=orang yang uzur dan tak berkmampuan utk berdiri.
4. pompn bawak anak kecil.

maka, memang kene bagi. cmne? nnt ak berdiri orang lain dok tempat aku? ha..soh makcik sebelah ni jaga seat aku, bior aku panggil makcik tu dok sini..skrip2?? makcik, dok la situ..

erk, cmne nk mula ni.........banyak pahala ko dapat ni..xnk ke.? teragak2 lagi? mmg sah le tak jadi akhlaq lagi bab bagi tempat duduk kepada yg memerlukan ni..cepat lah mula, cepatlah...
(berdolak dalih selama 10 minit kot. buang masa =.=)
lastly, dah nak sampai stesen seterusnya, sorang perempuan muda, Indian, bangun utk bagi tempat duduk dia pada makcik tu...
i was like........................................
~o~
i kalah dengan Indian?
.........
devil does persuade me more than her. and i'm weak. cis. i lost.
(sambil buat muke tak ada apa2 berlaku, muka hati kering. cis)


pengajaran:
saya mahu balik mesir.
mesir ada3 gerabak wanita, (total gerabak 8-10 gerabak, jauh lebih panjang dari KTMkomuter)
dan makcik2 arab yang lantang sound mana2 jate yg naik coach wanita,
dan polis2 yang menghalau jate2 yg naik coach wanita.
dan makcik2 arab yang takkan teragak2 untuk saya bagi mereka tempat duduk.
dan kekerapannya setiap 5 minit walaupon tanpa aircond sudah cukup menjimatkan waktu.
tiket segenih ke mana sahaja di dalam cairo.

segenih=50 sen, dgn kelajuan tahap separuh turbo. termurah di dunia.

makcik arab yang budiman, saya rindu akhlaq kamu semua..terima kasih kerana mengajar saya akhlak Islam yg praktikal.


4 comments:

alert!

10:02 PM أمانينا 2 Comments

akak baru dpt berita from kak zai dr hospital temerloh....
5 org adik2 mesir yg otw ke kl utk pogem telah eksiden tadi... mereka semua tercampak keluar dr kereta... semua dlm keadaan sedar, cuma khadijah husni terbaring... harap doa daripada semua...


ya rabbal 'alamin..
kuatkan mereka, kami perlukan mereka.
Nadhrah Azmi, Rashidah Azam, Aida Syuhada
Khadijah Husni
Nurfaryanna Farahim Suhaimi...

:'(

2 comments:

uncertainty

7:30 PM أمانينا 3 Comments

alhamdulillah safely arrived this morning.

so many meeting should be made!

bak kata zatil, 10 days of uncertainty is over.
but future uncertainty is not yet over.

ya Allah, bantu kami melancarkan plan2 kami.
dan bantu saudara2 kami di Mesir, moga Islam tertegak kembali di sana di bawah pemerintah yang adil.

3 comments:

perang dengan diri sendiri

7:32 AM أمانينا 0 Comments

aku masih di Dewan Malaysia Abbasiyya Kaherah( DMAK), menanti giliran to be evacuated. hati antara tenang tak tenang, bukan takutkan tentang muzaharat(rusuhan) yg sedang berlaku di Mesir, sebab realitinya kami sudah berada jauh dari kawasan rumah kami, yang bak kata ayu sepelaung dari Tahrir Square, tapi yang lebih aku risaukan ialah yang lebih dekat dengan aku di sini.

budak kecil mengadu tak dpt tidur lena, dan aku tanya kenapa?
"takut Allah turun bala kat bilik ni.."

aku mengadu pada kak naqibah yang sangat2 dirindui, dan dia wajibkan kita berkumpul setiap hari bersama2, jaga tarbiyah kita, fokus dengan yang dah ikut tarbiyah, baca ayat2 Allah hari2 sama2.
katanya inilah masa untuk kita ukur, ukur sejauh mana kita kuat..kalau bawa ke perang ..... mati x?

motivasi, tawakkal, himmah, semangat.

yang tak ikut tarbiyyah tu, buat apa yang boleh.
tapi kena fokus, kepada yang ikut tarbiyyah. susun saff kita.
berkumpul, tapi janganlah sampai orang kata group eksklusif sangat..

kak naqibah minta diri sebentar utk hal penting and BRB,
dan aku memberi ruang utk aku berfikir.

rasa sedikit lega, cuma perlu betulkan niat. yang bila berkumpul bukan niat mahu lari dari bilik semata2, tapi yang lebih utama, mahu kukuhkan saff, mahu kuatkan diri, mahu jaga tarbiyah,

bukan mahu lari dari tanggungjawab, tapi mahu melaksanakan tanggungjawab yang lebih aula dari tanggungjawab tadi.

announcement dah berkumandang. kami dah dapat arahan utk kumpul di dataran DMAK by 3 AM, dari giliran 77-542, (aku no 303), yakni semua pelajar akhawat yg ada di DMAK sejak isnin lepas akan checkout serentak bersama group pasangan berkahwin.


Allhumma la sahla illa ma ja3altahu sahla.

Doakan kami!

0 comments: