27 October 2011

# usrah

AlQuran untuk kita, tapi kita yang mana satu?

Saya nak share sesuatu. Sesuatu yang saya dapat dalam usrah saya minggu ini. Saya percaya ahli usrah saya yang lain akan share juga apa yang kami dapat minggu ini, dan masing2 ada point kegemaran masing2, dan ini point yang saya gemar. Banyak sangat yang saya suka tapi saya share satu di sini.

Mari kita buka al-Quran, laman ke 67 Mushaf Resm Uthmani, Surah Ali Imran, ayat ke 138.

Mafhum dari ayat ini, saya tuliskan.
Allah berfirman : 
"Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk SEMUA MANUSIA,
dan menjadi petunjuk dan pelajaran bagi ORANG2 YANG BERTAQWA."

Satu view baru bagi saya, bila membaca alQuran, terutamanya pada ayat ini. Tak perasan pula sebelum ini, yang ayat ini ditujukan kepada dua macam golongan.

Satu, untuk ammatun nas, manusia biasa seluruhnya.
Dan kedua, untuk orang2 yang bertaqwa.

Bezanya manusia biasa mendapat faedah dari alQuran, dengan orang2 yang bertaqwa medapat faedah.

Manusia biasa, bila mereka membaca alQuran, apa yang mereka dapat? Mereka akan dapat ilmu. Ilmu, yang menerangkan tentang segala apa yang mereka tak tahu. Dan menjadikan mereka tahu. Penerangan yang sangat jelas. Dan terhenti setakat itu.

Orang2 yang bertaqwa, sudut pandang mereka berbeza. Mereka tidak membaca alQuran untuk mendapatkan ilmu. Hajat mereka kepada alQuran jauh lebih besar daripada manusia2 lain. Mereka membaca dan mempelajari alQuran untuk diikuti dan DIAMALKAN. Kerana itu, bila kita lihat kepada Generasi Al-Quran yang unik, dari kalangan para salafussoleh (3 qurun terbaik : sahabat-tabi'in-tabi' tabi'in), mereka ini tidaklah menghafal alQuran melainkan 10 ayat, kemudian mengamalkannya, kemudian barulah beranjak untuk menghafal 10 ayat seterusnya. Kerana mereka sangat2 faham yang alQuran itu untuk diamalkan, bukan untuk dicedok ilmunya yang luas kemudian menjadi sosok ilmuan terkemuka, menjadi si petah yang tersembur dari mulutnya hujah2 dari ayat alQuran.
Tidak, bukan sebab itu.

Kerana itu, kalamullah di atas menyebut,

"Inilah (Al-Quran) suatu KETERANGAN yang jelas untuk SEMUA MANUSIA,
dan menjadi PETUNJUK dan PELAJARAN bagi ORANG2 YANG BERTAQWA."

Untuk semua manusia, ia menjadi ilmu, penerangan sahaja.
Tapi untuk orang2 bertaqwa, ia menjadi huda dan mau'izoh.
Petunjuk dan Pelajaran.

Jadi, sudah tentu kita mahu tergolong dari kalangan orang bertaqwa bukan?

Jadi, ubahlah cara kita membaca alQuran.
Maksud saya bukan anda mengubah tajwid menjadi berbilang2 harakat. Meng-idgham-kan mana yang ikhfa'.
Tidak, bukan itu.
Ubah niat kita, ubah tujuan kita membaca alQuran.

Hati kita kena hidup, 
untuk takut kepada Allah, 
dan beramal dengan Al-Quran.

Macam masa exam, cuaknya kita tahap tremors dan peripheral cyanosis, dan kita mampu mengingat segala huruf dan muka surat dalam semua buku2 kita, sebab apa? sebab kita TAKUT.

الخوف تجعل عليك طاقة = Ketakutan membuatkan kamu mampu.

Mampu untuk fokus, mampu untuk ingat semuanya. Mampu untuk melakukan apa yang dituntut.


Begitu juga bila kita mahu baca alQuran, hati kita perlu untuk takut. Takut pada Allah. Takut dengan Hari Akhirat. Takut dengan nasib kita di syurga atau neraka.

الخائف هو الذي يفهم القرءان
Orang yang takut, dia lah yang akan memahami alQuran.

Surah Al-An'am, ayat 51.
AlQuran itu, memang akan jadi satu peringatan, untuk orang2 yang takut kepada pertemuannya dengan Allah kelak.
Kalau kita tak takut, kita takkan rasa apa2 bila baca alQuran.
Mari, kita pupuk rasa takut itu kepada Allah.

Takut bukan bermakna pengecut. Dua perkataan ini tidak synchronize bila kita relatekan dengan hubungan kita dengan Allah.
Kita Muslim, kita singa di siang hari, dan Rahib di malam hari.

-Emhoho, LS-

No comments: