10 August 2011

# mesir

Ramadhan di Mesir

"Em, kelas takde petang ni."
Bingkas aku bangun dari pre-departure tidurku dan terus mengadap laptop.
(xde kelas jadi tak payah la nak tidur supaya segar dalam kelas. hehe)
"Ustaz nak balik kot, dah berapa hari dia tak balik rumah," kata Husna lagi.

Masuk hari ini sudah hari ketiga jadual kami bermula jam 5-10 pagi, kelas Nahu, dan 3-6 petang, kelas Fiqh.
Kelas Nahu berjalan dengan laju dan lancar, sampaikan ada pelajar2 ustaz Mahmud hairan, "Cepatnya korang belajar, baru 3 hari dah masuk juzuk dua?" ikut style ustaz masing2 nampaknya, ada yang terlalu detail ada yang memang untuk sekadar faham dan dapat idea dan dapat amali dengan betul. Alhamdulillah.

Lain pula ceritanya dengan kelas Fiqh, sudah hari ketiga, hari pertama muqaddimah kepada fiqh sahaja, hari kedua bab Muqaddimah buku Ibnu Syuja3, buku yang digunakan tu, hari ketiga baru masuk Anwa3ul miyah.(Jenis2 air) (down~) Ulasan ustaz memang menarik tetapi terlalu detail untuk kami yang bukan takhassus fiqh ini. xpe layan je. Entah sempat atau tak habiskan buku fiqh ni sebelum tahun 6 dengan pace sebegini. Berdoalah~

Malam selepas terawih makhsusan untuk tidur dan jika terlewat tidur maka akan mengantuklah pada kelas nahu pagi itu dan itulah yang masih berlaku sepanjang 4 hari ini. T__T
Dan gap antara 10am-3pm juga harus untuk tidur supaya kelas fiqh tidak mengantuk seperti kelas Nahu.
Dan tiada masa lain lagi untuk update emel dan fb selain dari dua waktu ini.

Dan result masih belum keluar. Mengganggu beberapa hati yang mahu balik ke Malaysia dengan segera, mengganggu juga hati2 yang sudahpun pulang ke Malaysia tapi sedikit lewat kerana mahu menunggu result yang dijangka keluar pada awal Ogos tapi tidak keluar2 juga sampai ke hari ini. Ya, mengganggu juga kami yang masih berada di sini. Bukan mahu meminta2 agar result dikeluarkan segera, tapi makan tak sendawa, mandi tak segar, tidur tak mimpi, bila result terlalu lambat keluar dan membantutkan diri untuk merancang perkara lain terutamanya bagi mereka yang tak beli tiket balik tanah air lagi gara2 mahu menunggu result keluar dahulu.

Ramadhan sudah masuk hari ke 10, ya, sudah berada di fasa transisi rahmah kepada maghfirah.
Malam2 yang berlalu baru dua masjid sahaja yang aku bersolat di dalamnya, dan yang menjadi pilihan hati is masjid yang berhampiran dengan supermarket Orange berdekatan dengan Badar baru.
Suasananya tenang dan jemaahnya tidak terlalu ramai, masih ada ruang di belakang jika terlambat datang. Berhawa dingin dan tazkirah selepas rakaat keempatnya jelas dan mudah difahami, kerana pak Imam banyak menggunakan bahasa Arab fushah dan kalamnya wadih. Rasa macam berterawih di surau berhampiran rumah di Malaysia kerana lokasinya yang hanya perlu berjalan kaki dan bacaan yang ringkas dan cepat habis. hee~

Ramadhan ini aku menetap di Badar baru, kerana geng sekelas dua daripadanya di sini, dan Maasyitoh nasyeetoh juga sudah mula tidur di sini hari2 kerana lebih dekat dengan markaz dan aku pula tidaklah mengah mahu naik tangga ke tingkat 5 LS hari2. Tunggu hujung minggu barulah pulang kot. Kasihan juga, bilikku tak tertinggal dengan rapi kali terakhir aku mengemasnya, @@

Menghitung hari untuk pulang ke Malaysia, ah, entah dapat safar ke tak, bila terkenang umrah beberapa sahabat yang ter-cancel gara2 visa tak dapat dibuat, walaupun sudah plan lama sejak dari bulan 6 lagi, tapi di saat2 akhir Allah tidak menghendaki mereka untuk datang ke rumahNya. Maka aku terkenang dan terfikir, apa aku dapat pulang ke Malaysia kah tahun ini? Semua yang mendatang menguatkan aku yang aku ini jahil dan tidak dapat pun memberi kepastian tentang masa hadapan. Jika Allah mahu, maka aku akan pulang, jika tidak maka kekallah aku di sini.

In Sya-a Allah, sa-arji3.
إن شاء الله سأرجع .
Jika Allah mahu, akan ku pulang.

Hari ini berbuka di Muntalaq pula. Kata mereka hari Jumaat berbuka di Markaz Arab. (sungguh ni?)
Entah apa lauk Muntalaq hari ini. Seronok hari2 makan sedap, kalau duduk sorang2 kompem tak masak sebab tak sempat. Ataupun kenelah masak iftor pada waktu tengah hari. T__T

Saya sudah mula rindu pada kakak2 chomel yang sudah pulang ke Malaysia.
kak Chep
kak Iylia
kak Fathy
kak Yamu
kak KCR
dan paling chomel, kak Iman Dashuki. :p

Salam Ramadhan Kareem buat semua.

2 comments:

[fathiyyah] said...

apsal nama saya jatuh nombor tiga? warghhhh

jeles nyaaa bc jadual kamu di sana. sy di sini suri rumah sepanjang masa berbakti kepada keluarga!

amaninast said...

aih kamu, hari2 dapat sediakan juadah untuk suami lagi la banyak pahala kamu ;) saya ni asik orang masakkan saje. saya baru masak sekali kot yakni hari ini!