15 August 2011

Ramadhan 15hb

Sudah 15 hb.
Lagi 10 hari akan pulang ke tanah air, dan lagi 15 hari Ramadhan akan berakhir.
Sesuatu yang amat sedih, jauh lebih sedih daripada tidak dapat balik Malaysia, sekiranya Ramadhan ini aku keluar tanpa mengaut apa2.

Ramadhan semalam kami berkongsi cerita lagi setelah lama tidak bertemu. Maafkan aku kerana kurang bersedia dan lewat tiba, afwan!
Katanya, Ramadhan bulan tadrib untuk kita. Sebulan itu melatih kita untuk terus lazim dengan perkara2 yang kita buat semasa Ramadhan. Katakan kalau kita melazimi diri kita dengan bacaan 2 juzu' Al-Quran sehari, maka selepas kita keluar dari Ramadhan benda itu akan lebih mudah untuk kita teruskan kerana kita sudah biasa. Kita sudah biasa puasa,  dan keluarnya kita dari Ramadhan, kita akan dapati kita mudah untuk berpuasa 6 syawal, dan puasa2 lain.

Maka ilham dari Tuhanku terlintas.
Apa amal soleh yang aku sudah buat setiap hari untuk aku bawa apabila keluar Ramadhan nanti?
Dan terfikir lagi.
Kalau semasa Ramadhan ini kita konsisten dengan tidur selepas subuh, mengadap laptop berjam2, menonton cerita2 dan drama2 yang tidak bermanfaat, konsisten dengan makan berbuka puasa yang berlebih-lebihan, berlengah2 ke masjid dan tidak menjaga waktu, tidak bangun qiam setiap malam.
Jadi, benda2 inilah kan yang akan dibawa keluar Ramadhan, kan?
Sebab kita sangat konsisten dengan benda2 ini.
Kita keluar sebagai seorang yang konsisten juga, tapi bukan pada kebaikan tapi pada benda yang sia2.

Hmm..ruginya.

Terketuk sendiri.

Mana mungkin kita akan keluar sebagai seorang yang baru, seorang yang bersih dan suci, seperti seorang bayi yang baru lahir, yang fitrahnya suci, jika masih begini.
Dan sangat tak patutlah kita bergembira merayakan Eidul Fitri, Hari Raya Fitrah, yang sepatutnya kita sambut sebagai simbol bahawa kita keluar dari Ramadhan umpama bayi yang baru lahir, yang fitrahnya suci.

(Apatah lagi dapat duit raya dengan banyaknya ;)  )

15 hari lagi, aku mahu kejar mana yang aku mampu.


*tadrib=latihan



No comments: